Ikan Malong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ikan Malong ataupun nama saintifiknya Gnathophis mystrom merupakan sejenis ikan yang sering dijumpai di sekitar perairan Malaysia, Jepun, Taiwan, timur China, dan Australia. Di Malaysia, ikan Malong juga dikenali sebagai belut laut disebabkan bentuk tubuhnya yang panjang menyerupai belut.

Ikan Malong mempunyai mulut dan mata yang besar. Gigi Ikan Malong halus dan sangat tajam. Warna Ikan Malong di antara kekuningan sehingga perang tua. Saiz biasa ikan Malong yang dijumpai di Malaysia adalah di antara 15 sehingga 21 sentimeter dan boleh dipancing. Di Malaysia, Ikan Malong tidak dianggap sebagai mempunyai nilai perdagangan.