Ikatan Masyarakat Islam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ikatan Masyarakat Islam Malaysia
PengasasHaji Abdul Wahab Yunus
Ditubuhkan28 Februari 1990
Dibubarkan1999
PecahanParti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM)
Digantikan olehParti Keadilan Nasional
Ibu pejabatTerengganu
IdeologiIslamisme, Keadilan sosial

Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) atau Muslim Community Union of Malaysia adalah parti politik Islam yang kecil yang ditubuhkan pada 1990 berpengkalan di Terengganu.[1] IKATAN adalah parti serpihan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) yang telah ditubuhkan oleh Tuan Haji Abdul Wahab Yunus (Mantan Ahli Parlimen Dungun) dari Terengganu yang mengambil keputusan bersama kumpulannya untuk keluar daripada HAMIM selepas beliau kalah dalam pertandingan bagi jawatan Presiden HAMIM pada 1990.

Pada asalnya, parti tersebut ditubuhkan menggunakan singkatan IMAM dengan berpusat di Kuala Lumpur. Namun, ROS telah menolak nama tersebut dan singkatan IKATAN telah digunakan.

Perlembagaan IKATAN telah dipinda pada 1999 untuk mengubah nama parti kepada Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan kemudiannya dilancarkan pada 4 April 1999.[2] untuk membolehkan gerakan Reformasi pada tahun 1998-1999 didaftarkan sebagai parti politik berdaftar yang sah setelah menghadapi halangan didaftar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Parti Keadilan Nasional (KeADILan) kemudiannya diubah nama pula kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pengabungan dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) on 3 August 2003.[3]

Logo dan bendera parti[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Europa Publications Staff (22 Jun 2009), "The Far East and Australasia, 2003", Routledge, Eur: Europa Publications, ISBN 978-1-85743-133-9, dicapai pada 2010-04-17
  2. ^ "PKR watershed election, by Azam Aris, Tuesday 26 February 2008, The Edge". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-08. Dicapai pada 2010-05-02.
  3. ^ Malaysiakini : PKR launched, promises to be truly multi-racial

Pautan luar[sunting | sunting sumber]