Ikatan Muslimin Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA)
Ikatan Muslimin Malaysia.jpg

Logo rasmi ISMA
Ibu pejabat IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Penubuhan
Asal Malaysia
Dahulu dikenali Ikatan Siswazah Muslim Malaysia
Identiti
Orang penting Abdullah Zaik bin Abdul Rahman (Presiden)
Kawasan berkhidmat Malaysia
Fokus Tarbiyyah
Matlamat Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi
Moto Membangun Umat Beragenda;
Melayu Sepakat, Islam Berdaulat
Laman sesawang ismaweb.net/v4/

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) (Jawi: إيكاتن مسلمين مليسيا; Arab: جمعية الاتحاد الإسلامي الماليزي‎; Inggeris: Malaysian Muslim Solidarity) ialah sebuah badan bukan kerajaan juga merupakan antara gerakan Islam di Malaysia. Ditubuhkan pada 7 Julai tahun 1997 di Malaysia dengan nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia[1] sebelum berkembang maju dan kemudian menukar namanya kepada Ikatan Muslimin Malaysia pada tahun 2005. Kini mempunyai 23 cawangan berdaftar di seluruh Malaysia dan 8 cawangan luar negara.

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

  • Membangun kekuatan tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama.
  • Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memantapkan kefahaman ahli serta masyarakat bagi melahirkan pimpinan di masa depan.
  • Mengangkat kesedaran peri-pentingnya pembinaan keluarga.
  • Membentuk remaja ke arah membangunkan potensi intelektual, fizikal dan spiritual.
  • Membimbing pemuda menjadi individu muslim berketrampilan dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  • Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat-maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran media yang dibenarkan.
  • Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio-ekonomi ahli dan masyarakat.
  • Membantu masyarakat dari segi kebajikan dan aspek kemanusiaan.

Tujuan dan matlamat[sunting | sunting sumber]

  • Menggabungkan dan menyatukan semua warga negara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan beragama Islam dalam sebuah pertubuhan yang melaksanakan segala bentuk aktiviti dan program dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
  • Menggembelingkan kepakaran dan pengalaman ahli‑ahli dan sukarelawan yang berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • Mewujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan.
  • Menjadi anggota kepada pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam dan luar negara yang mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat yang sama dengan ISMA serta menerima keanggotaan pertubuhan‑pertubuhan tersebut.
  • Menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhan‑pertubuhan di dalam dan luar negara dalam menjayakan matlamat dan tujuan ISMA demi kebaikan dan kepentingan masyarakat.
  • Mewujudkan pusat‑pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi ahli dan masyarakat.
  • Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat‑maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran‑saluran media yang dibenarkan oleh pihak berkuasa secara kerjasama dengan pihak media massa di dalam dan luar negara.
  • Menerima dan menguruskan sumbangan‑sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahli‑ahli ISMA sendiri (selain daripada yuran keahlian) atau daripada mana‑mana pihak individu atau institusi/syarikat/firma dari dalam dan luar negara dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan‑tujuan dan maksud ISMA.

Sistem perkaderan[sunting | sunting sumber]

ISMA menggunakan pendekatan hampir sama seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir dalam merekrut ahli mereka.[2] Calon kader yang akan direkrut diajak menyertai dalam forum-forum pembinaan rohani yang dikendalikan oleh ISMA sendiri seperti usrah (keluarga), halaqah (kelompok belajar), liqa (pertemuan mingguan), rehlah (rekreasi), mukhayyam (perkhemahan), daurah (pelatihan intelektual) dan nadwah (seminar).

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Presiden ISMA[sunting | sunting sumber]

ISMA hari ini diterajui oleh Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin sebuah badan yang menjalankan kempen bantuan dan kesedaran isu Palestin dalam kalangan rakyat Malaysia[3]

Yang Dipertua Kawasan[sunting | sunting sumber]

Utara

  • Kangar - Ustaz Yahaya Bin Nayan
  • Alor Setar - Dr. Zulkifli Bin Yusof
  • Sungai Petani - Muhammad Luttfi Bin Khalid
  • Seberang Perai Utara - Ustaz Hamidi Bin Abu Hassan
  • Ipoh - Ustaz Haji Mohd Zamri Bin Hashim
  • Kuala Kangsar - Ustaz Ishak Bin Don
  • Seri Iskandar - Ustaz Fazlan Syahidi Bin Ghazali

Tengah

Selatan

Timur

Borneo

Lagu ISMA[sunting | sunting sumber]

Lagu: Ikatan Muslimin Malaysia

Pencipta: Nazrey Johani
Lirik: Nazrey Johani / JKP ISMA

Berlandaskan Al-Qur’an dan Sunnah
Kita Bersatu Berukhuwah Di ISMA
Dengan Keikhlasan Dan Kejujuran
Mari Bekerja Berjuang Dan Berjihad

Bukan Mengejar Pangkat Dan Harta
Bukan Mencari Uang Dan Kekayaan
Demi Berkhidmat Kepada Bangsa
Untuk mendapat Reda Ilahi

Teman Di ISMA Kita Jadikan
Saudara Sahabat Yang Sejati
Bersatu Teguh Dan Istiqamah
Miliki Sifat Mukmin Mulia

Bertolong Bantu Kerana Allah
Contohi Peribadi Rasul
Berjuanglah Bersama ISMA
Untuk Agama Negara Dan Bangsa

Bersama ISMA Kita Berjihad
Ikuti Sunnah Rasul
Berjuanglah.. Berkorbanlah..
Moga Amal Diterima Allah
Dalam Ikatan Muslimin Malaysia.

Cawangan[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

ISMA mempunyai 23 cawangan berdaftar di seluruh Malaysia dan menjalankan pelbagai program dan aktiviti setempat melalui cawangan-cawangan ISMA.

Cawangan ISMA di Malaysia
Zon Cawangan
Utara
  • ISMA Kangar
  • ISMA Alor Setar
  • ISMA Sungai Petani
  • ISMA Kepala Batas
  • ISMA Ipoh
Tengah
  • ISMA Kuala Lumpur
  • ISMA Gombak
  • ISMA Hulu Langat
  • ISMA Shah Alam
  • ISMA Klang
Selatan
  • ISMA Melaka
  • ISMA Seremban
  • ISMA Port Dickson
  • ISMA Kuala Pilah
  • ISMA Johor Bahru
Timur
  • ISMA Kota Bharu
  • ISMA Kuala Terengganu
  • ISMA Dungun
  • ISMA Kemaman
  • ISMA Kuantan
  • ISMA Temerloh
Borneo
  • ISMA Kuching
  • ISMA Kota Kinabalu

Luar Malaysia[sunting | sunting sumber]

ISMA di luar negara digerakkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang komited dengan fikrah dan matlamat ISMA. ISMA di luar negara bergerak sebagai persatuan kebajikan dan akedemik mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di luar negara. [5]

ISMA Mesir[sunting | sunting sumber]

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) merupakan cawangan sulung ISMA di luar negara. Sejarah penubuhan ISMA-Mesir bermula pada tahun 2006 dengan penubuhan jawatankuasa penaja. Kemudian pada tahun 2008, ISMA-Mesir berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di Republik Arab Mesir. [5]

ISMA Australia[sunting | sunting sumber]

ISMA telah melebarkan sayapnya ke benua Australia apabila ISMA Australia dilancarkan secara rasmi pada 16 Julai 2009. Perasmian ISMA Australia telah disempurnakan oleh Setiausaha I Duta Besar Malaysia di Australia, Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee di University of Melbourne. [6] ISMA Australia bergerak aktif di 3 lokaliti utama iaitu di Melbourne, Adelaide dan Sydney. [7]

ISMA Jordan

ISMA makin mendapat tempat di kalangan mahasiswa mahasiswi di seluruh dunia. Bumi Jordan seterusnya menjadi salah satu cawangan rasmi ISMA di luar negara. Didaftarkan secara rasmi dengan Education Malaysia Jordan (EMJ) pada 18 Januari 2012[8], ISMA Jordan kini bergerak secara aktif di seluruh Jordan dengan membawa slogan Membangun Mahasiswa Beragenda [9]

Negara lain[sunting | sunting sumber]

Agensi ISMA[sunting | sunting sumber]

ISMA juga mempunyai beberapa persatuan di bawahnya sebagai sayap. Antaranya ialah:

Penglibatan ISMA di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Konvensyen Pemikiran Imam Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa KOBANNA

ISMA dilihat aktif dalam memperjuangkan hak-hak orang Islam di Malaysia dengan mengeluarkan beberapa kenyataan di ruang akhbar agar pihak kerajaan dapat mengambil perhatian mengenainya.[16][17] ISMA juga turut terlibat dalam menganjurkan program HIMPUN bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia tentang bahayanya murtad.[18] ISMA juga merupakan salah satu kompenan dalam pertubuhan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) yang ditubuhkan atas dasar menjaga kepentingan umum umat Islam daripada dicabar.[19][20]

Di peringkat pusat, ISMA dilaporkan telah menganjurkan siri konvensyen iaitu Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna (2010), Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (2011) dan Konvensyen Memartabat Islam Memperkasa Ummah (2012)[21]. Turut dianjurkan ialah program bersifat kekeluargaan seperti Konvensyen Keluarga Melayu Muslim (2011). [22]

ISMA juga banyak memfokuskan aktivitinya pada pembinaan jatidiri dan kemasyarakatan dengan program-program seperti Qiamullail, I'tikaf, ramah mesra, gotong-royong dan sukaneka. [23]

ISMA juga dilihat terlibat dalam mengadakan program-program motivasi dan kelas-kelas pengajian agama seperti kelas Al-Quran, Kem Lepasan SPM, Jambori Remaja Muslim dan lain-lain.[24] Mereka juga dilihat aktif memberi kesedaran terhadap masyarakat akan pengaruh liberalisme, fahaman Syiah, kristianisasi dan isu-isu sosial.[16]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Slogan[sunting | sunting sumber]

Slogan ISMA :

  • Membangun Umat Beragenda

Slogan ini menggantikan slogan ‘Membina Generasi Harapan’ yang diguna pakai sebelumnya oleh ISMA[25]. Slogan ini membawa maksud ISMA mengajak agar umat Islam, khususnya di Malaysia, memiliki agenda besar untuk menjaga kepentingan Islam termasuk perpaduan umat Islam. Slogan ini dilihat sebagai slogan yang lebih universal berbanding slogan "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat" yang khusus bagi permasalahan umat Islam Malaysia.[26]

  • Melayu Sepakat, Islam Berdaulat

“Islam Berdaulat”; merujuk kepada kedudukan Islam sebagai yang tertinggi di segi pemerintahan, pengaruh dan pembuat keputusan. Merujuk kitab-kitab Fiqh,[perlu rujukan] kedudukan Islam yang tertinggi sering dirujuk kepada firman Allah swt dalam kitab Al-Quran bermaksud, “Dan Allah sekali-kali tidak akan menjadikan jalan untuk orang-orang kafir di atas orang-orang beriman”(An-Nisa': 141)[27]

“Melayu Sepakat”; menurut ISMA, ia bererti umat Melayu yang bersepakat dan bermuafakat dalam perkara-perkara yang berkait dengan kepentingan bersama, apatah lagi yang berkait dengan mendaulatkan Islam di tanah air. ISMA menggunakan firman Allah swt iaitu dalam dalam Al-Quran yang bermaksud, “Bertolong-tolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan” (Al-Maidah) sebagai dalilnya. Lawan kepada “Bersepakat” adalah pertelingkahan yang membawa kepada hilangnya kekuatan. Firman Allah yang bermaksud, “Dan jangan kamu bertelingkah, nanti kamu rosak dan hilang kekuatan kamu. Bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang-orang sabar (Al-Anfaal)[27].

Slogan ini menimbulkan banyak spekulasi dan perbahasan dalam kalangan pejuang-pejuang, persatuan dan parti Islam terutamanya di Malaysia.[perlu rujukan] Perkataan 'Melayu' di dalam slogan ISMA itu sering ditafsir sebagai lambang perjuangan ISMA khusus kepada orang Melayu sahaja dan tidak bersifat universal kepada perjuangan Islam.

Menurut ISMA, istilah 'Melayu' digunapakai kerana di Malaysia, bangsa Melayu diberi hak-hak keistimewaan untuk memimpin.[perlu rujukan] Oleh kerana orang Melayu dirujuk sebagai orang Islam dalam perlembagaan, dengan membawa kesepakatan di kalangan bangsa Melayu membolehkan kepimpinan Islam dibentuk di peringkat pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud kaum lain yang beragama Islam disisihkan. Yang utamanya bangsa Melayu memegang kuasa pentadbiran sebagai majoriti bumiputera di Malaysia.

Politik[sunting | sunting sumber]

ISMA mula melibatkan dalam dunia politik Malaysia pada tahun 2013 dengan menurunkan calon daripada Biro Poltik ISMA pada Pilihan Raya Umum ke-13.[28][29] ISMA menggunakan tiket parti BERJASA dengan kawasan-kawasan yang mereka bertanding majoriti pengundi adalah pengundi muslim tetapi diletakkan calon bukan muslim oleh parti kerajaan dan pembangkang.[30][31] Menurut ISMA lagi, jika di kawasan wakil ISMA bertanding terdapat juga calon Melayu atau Islam yang bertanding, mereka akan berundur dan bertanding di kawasan lain.[32] Namun begitu, pendekatan ISMA menyertai PRU-13 telah disifatkan sebagai politik perkauman mengikut beberapa NGO di Malaysia.[33] ISMA tetap menegaskan bahawa mereka bukan parti politik dan kekal sebagai NGO bebas tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.[34] Keputusan PRU-13 menunjukkan semua kawasan calon ISMA bertanding kalah dan hilang wang pertaruah, tetapi jauh meninggalkan calon-calon bebas yang lain.[35]

Ramai yang mungkin mengatakan, "ISMA sebelum ini menegaskan dalam profilnya[36] bahawa mereka bukan parti politik dan tidak akan terlibat di dalam sebarang kegiatan politik kepartian". Kebelakangan ini ISMA kelihatan telah cenderung kepada politik tidak sebagaimana sebelumnya. Walaubagaimanapun ISMA masih tidak lupa untuk menekankan kepada permasalahan tarbiyyah (pendidikan) sesuai dengan laungan slogan utamanya 'Membina Generasi Harapan'.

Pendekatan politik ISMA dilihat tidak menjurus ke arah politik kepartian yang mengutamakan proses pilihanraya semata-mata, tetapi politik ISMA adalah politik untuk mendaulatkan Islam melalui proses pembinaan peribadi dan melalui tahap-tahap yang tersusun rapi.

ISMA dilihat cuba memberi solusi kepada permasalahan politik umat Islam dengan slogan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" yang dilihat ISMA sebagai misi jangka panjang dan berterusan serta bukan mengikut penggal pilihanraya, atau isu bermusim. ISMA dilihat mengambil intipati perjuangan tokoh gerakan Islam Hassan al Banna dalam Risalah Muktamar ke-5 Ikhwanul Muslimun yang menyeru kepada perpaduan Arab demi menjaga kedaulatan Islam, begitu juga yang dilihat ISMA, mereka menyeru kepada perpaduan Melayu di rantau ini demi menjaga kedaulatan Islam di Nusantara.[37]

COMANGO[sunting | sunting sumber]

ISMA menjadi badan yang terkehadapan dalam menggagalkan COMANGO. Ini juga mendatangkan ketidaksenangan aktivis Muslim liberal yang menganggap saranan COMANGO kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu selari dengan ajaran Islam yang "benar" dan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.[38]

ISMA menuduh COMANGO membawa dan menyebarkan agenda liberal yang berasaskan Barat. Terdapat siri ceramah besar-besaran oleh ISMA bagi menerangkan bahaya COMANGO ini kepada masyarakat Malaysia.[39]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.ismaeropah.com/profil/pengenalan/
  2. Dr. Kamal Helbawi ingatkan ISMA jangan abai aspek pembinaan insan. ISMA web. Capaian 23-07-2013
  3. (Sunday February 6, 2011) Palestinians still need our help, says NGO. The Star online. Capaian 24 Ogos 2012.
  4. http://ismadungun.com/?p=208%7CISMA Dungun
  5. 5.0 5.1 [1] Pengenalan ISMA Mesir
  6. http://inijalanku.wordpress.com/2009/07/28/tahniah-isma-australia/
  7. http://www.ismaaustralia.com/
  8. http://www.ismaweb.net/v4/2012/01/tahniah-atas-pengiktirafan-isma-jordan/
  9. http://www.youtube.com/watch?v=e2MafsreeeI
  10. http://www.ismaweb.net/v4/info-isma/cawangan-luar-negara/
  11. http://pembina.com.my/
  12. http://remajaisma.wordpress.com/
  13. http://muis.ismaweb.net/tentang-kami/
  14. http://tvisma.net/
  15. http://imedik.org/kenali-i-medik/
  16. 16.0 16.1 Lebih 6 juta belia hadapi krisis identiti. Utusan Malaysia. Capaian 27 Mac 2012.
  17. Krisis identiti belia: Ahmad Shabery jawab pendedahan Ikatan Muslimin Malaysia. Utusan Malaysia. Capaian 27 Mac 2012.
  18. Himpunan Sejuta Umat di Terengganu dihadiri 6,000 orang. Utusan Malaysia. Capaian 27 Mac 2012.
  19. http://accinmalaysia.wordpress.com/
  20. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm
  21. http://utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
  22. "Isma anjur konvensyen keluarga", Berita Harian 15 Oktober 2011, halaman 29.
  23. "Salur mesej daulatkan Islam", Sinar Harian Edisi Johor, 15 Mei 2011.
  24. "KRIM serlahkan remaja Muslim hebat", Sinar Harian Edisi Selangor & KL, 7 Julai 2011.
  25. Slogan ISMA
  26. http://www.ismaweb.net/v4/2012/04/hidup-beragenda/
  27. 27.0 27.1 http://www.ismaweb.net/v4/2011/11/kenapa-melayu-sepakat-islam-berdaulat/
  28. ISMA akan libatkan diri dalam PRU ke-13. Capaian 2-2-2012
  29. Zaik: Isma sah tanding PRU13. Sinar Harian. Capaian 2-2-2012
  30. Isma tanding PRU13 guna tiket Berjasa. Sinar Harian. Capaian 7-03-2013.
  31. ISMA tautkan undi orang Melayu, bukan pecah undi. ISMA web. Capaian 7-03-2013.
  32. PRU-13: Isma pertaruh lapan calon atas tiket Berjasa. Utusan Malaysia. Capaian 11-04-2013
  33. Pencalonan Zul Noordin, Fathul Bari dikecam. FreeMalaysiaToday. Capaian 26-05-2013.
  34. ISMA kekal sebagai NGO. ISMA web. Capaian 7-03-2013
  35. Keputusan PRU13 bagi 7 tokoh ISMA. ISMA web. Capaian 6-5-2013
  36. http://www.ismaweb.net/v4/info-isma/profil/
  37. http://www.ismaweb.net/v4/2012/07/isma-dan-politik/
  38. Marina to ISMA: Retract Comango link or face legal action. The Malay Mail Online. Capaian 24 November 2013.
  39. ISMA adakan 20 siri ceramah ‘Bahaya Comango’ besar-besaran. ISMAWeb. Capaian 24 November 2013

Pautan luar[sunting | sunting sumber]