Iklim (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Iklim

Poster promosi kumpulan Iklim.
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Terengganu, Malaysia
Genre Rock
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1989 - 1998, 2003 & 2004 (reunion) 2005 - kini
Label Suara Cipta Sempurna (1990 - 1994)
Warner Music Malaysia (1994-1999)
Nova Music (2003-2004)
Kegiatan berkait Berkumpulan
Ahli
Umarul (Gitar utama)
Mohalim (Gitar bes)
Huzali (Papan nada)
Kama (Dram)
Bekas ahli
Saleem

Kumpulan Iklim ialah sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock yang muncul pada akhir dekad 1980-an atau lebih spesifik lagi pada tahun 1989. Kumpulan ini sinonim dengan penyampaian lagu yang berirama rock perlahan (slow rock).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Iklim bermula apabila Mohalim.Kama dan Umarul dengan ketiadaan penyanyi tetap,dengan izin Tuhan telah mendapat seorang penyanyi dengan suara yang mantap ia itu A. M. Salim Abdul Majeed di Kg Setiu pada tahun 1985 yang mana semuanya berasal dari empat anak muda Terengganu.Kumpulan Iklim telah pun mendapat pelawaan sebagai artis dari sebuah syarikat rakaman ketika itu, untuk memantapkan lagi muzik Iklim terpaksa menambah seorang lagi pemuzik ia itu Huzali berperanan sebagai pemain keyboard.Apabila siap demo tiga lagu Kumpulan Iklim terus menjaja demo setiap syarikat rakaman pada tahun 1988.Penubuhan kumpulan tersebut adalah menyahut seruan kerajaan setiap nama Kumpulan muzik dikehendaki dalam bahasa malaysia ,pada asal nama kumpulan Khatulistiwa,oleh kerana nama itu sudah pun digunapakai,jadi terpaksa dibubarkan dan buat cadangan nama lain,maka lahir lah Nama Kumpulan Iklim adalah sempena muzik Iklim berbagai corak dimainkan,ada panas,sejuk,gelora,tenang dan sebagainya dalam muzik sama lah cuaca dunia. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial / kelab malam dan juga beberapa undangan ekslusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.

Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yang menjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah:

  1. Suci Dalam Debu
  2. Hakikat Sebuah Cinta
  3. Satu Kesan Abadi
  4. Sandiwara Cinta Semusim Ammarah Bujang Kota
  5. Seribu Penghargaan

Namun lagu Suci Dalam Debu begitu gah ketika itu sehinggakan populariti kumpulan IKLIM naik mendadak secara tiba-tiba, melalui single Suci Dalam Debu juga IKLIM telah dinobatkan beberapa anugerah menerusi Industri Muzik Malaysia & Indonesia pada sekitar tahun 1990, 1991 & 1992. Antara anugerah yang diperolehi ialah:

  1. Anugerah Seri Angkasa RTM 1990 - IKLIM
  2. Anugerah Bintang Popular 1990 - IKLIM
  3. Juara Lagu 1990 Suci Dalam Debu Tempat ke-2
    1. Lirik Terbaik , Persembahan Terbaik Tempat 3
  4. Pujaan 10 Radio Satu RTM
  5. NESCAFE 1990 - Suci Dalam Debu, 10 Minggu Berada Di Tangga Pertama Dalam Carta Radio Pujaan 10 Nescafe

Lagu Suci Dalam Debu telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanah air dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu , Suci Dalam Debu juga telah memecah rekod Jay Jay & CAFERE menerusi Single mereka Rindu Bayangan yang paling lama pernah bertahan di tangga Pertama selama 6 minggu di carta Radio Pujaan 10 Nescafe . Pada tahun 1991 Fenomena IKLIM bersama Suci Dalam Debu Dianuggerahkan pula menerusi Anugerah Triple Platinum 1991 Di Malaysia - Album Satu Kesan Abadi Jualan 250,000 Unit , IKLIM juga telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci Dalam Debu" di bawah arahan ZULKIFLI M.OSMAN Pada 1991 yang dibintangi oleh Julia Rais , Sidi Oraza , Imuda , Khairil Anwar & pelakon pelakon Veteran Iaitu Aziz Sattar , Aziz Singah , Mak Mah & Affida Es. Walau bagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem ini kurang menonjol dan boleh di pertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal hingga akhir filem Suci Dalam Debu . Fenomena Suci Dalam Debu terus berlarutan hingga tahun berikutnya iaitu pada tahun 1992 Iklim dinobatkan menerusi dua anugerah dari Indonesia iaitu Anugerah HDX Awards Indonesian MUSIC INDUSTRY menerusi Suci Dalam Debu - Lagu Terbaik 1992 & Album Suci Dalam Debu menerusi Jualan Terbaik pada 1992 iaitu 1 Juta Unit

Setelah itu, Populariti Saleem dan IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 90-an hingga sekarang adalah seperti berikut:

artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Pada asal penubuhannya , Kumpulan IKLIM dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Terengganu, Mereka terdiri daripada A.M Saleem Abdul Majid, Umarul Mahdzar, Mohd Salim, Kamaruddin & Fadhil Suhaimi. Namun perpecahan berlaku apabila pemain gitar kedua, Fadhil Suhaimi keluar daripada kumpulan Iklim semasa proses rakaman album pertama sedang berlangsung. Tempat beliau telah digantikan oleh pemain papan nada, Huzali Ali memandangkan instrumen papan nada banyak digunakan dalam album pertama Iklim - Satu Kesan Abadi (1990). Berikut adalah senarai ahli anggota IKLIM dari 1988 - 2010:

1988 - 1990

  1. A.M Saleem Abdul Majid (Saleem)- Vokalis
  2. Umarul Mahdzar (Umarul)- gitar elektrik & akustik
  3. Mohd Salim (Mohalim)- gitar bass
  4. Fadhil Suhaimi (Fadhil)- gitar kedua
  5. Kamaruddin (Kama)- drum

1990 - 1994

  1. A.M Saleem Abdul Majid (Saleem)- Vokalis
  2. Umarul Mahdzar (Umarul)- gitar elektrik & akustik
  3. Mohd Salim (Mohalim)- Gitar bass
  4. Kamaruddin (Kama)- drum
  5. Huzali Ali (Huzali)- papan nada

1994 - 1996

  1. Saleem - Vokal
  2. Mohalim - Gitar bass
  3. Kama - Drum
  4. Huzali - Papan nada

1996 - 1997

  1. Mohalim - Gitar bass
  2. Kama - Drum
  3. Huzali - Papan nada
  4. Azmani - Vokalis undangan

1997 (bergabung khas untuk album Dirgahayu)

  1. Saleem- Vokalis
  2. Mohalim- Gitar bass
  3. Kama- Drum
  4. Huzali- Papan nada

1998 - 1999

  1. Mohalim- Gitar bass
  2. Kama- Drum
  3. Huzali- Papan nada
  4. Khir- Vokal
  5. Zaini- Gitar

2003 - 2004 (reunion Iklim)

  1. Saleem - Vokal
  2. Umarul - Gitar utama
  3. Mohalim - Gitar bass
  4. Kama - Drum
  5. Huzali - Papan nada

2007 - Iklim & Frenz - Nuansa '07

  1. Umarul - Gitar utama
  2. Mohalim - Gitar bass
  3. Kama - Drum
  4. Huzali - Papan nada
  5. Vokalis undangan -
    • Faizal (AF)
    • Aris Ariwatan
    • J. Yanzent
    • Mus (May)
    • Joey (BPR)

2007 - 2010

  1. Umarul - gitar
  2. Mohalim - bsss
  3. Kama - drum
  4. Huzali - papan nada

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Selepas IKLIM menempa nama melalui lagu berhantu meraka SUCI DALAM DEBU, Iklim meneruskan perjalanan seni muzik mereka


Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. Satu Kesan Abadi - IKLIM ( 1990 )

-Hits Songs -

  • Suci Dalam Debu ( Wan Zul / S.Amin Shahab )
  • Hakikat Sebuah Cinta ( Azam Zur'Ain )
  • Satu Kesan Abadi ( Nasha Kevin / Fawzy Amin )
  • Sandiwara Cinta Semusim ( Syed Amran / Wan Zul )
  • Ammarah ( Mohalim / Usop )
  • Seribu Penghargaan ( Umarul )
  • Bujang Kota ( Mohalim / Siso )


2. Bulan Jatuh Ke Riba - IKLIM ( 1991 )

-Hits Songs-

  • Gerhana Cinta Luka ( Umarul )
  • Selamat Tinggal Penderitaan ( Wan Zul / S.Amin Shahab )
  • Bulan Jatuh Ke Riba ( Nur Ehsan / Zur Ain )
  • Sayembara ( Mohalim,Kama / Gebeng )
  • Elusan Cinta ( Syed Amran / Nur Ehsan )


3. Budi - IKLIM ( 1992 )

-Hits Songs-

  • Mimpi Yang Pulang ( Syarum Saidin / Adinda Amiro )
  • Blues Terangganu Kita ( Umarul,Mat Adorina / Mat Adorina,Iklim )
  • Budi ( Wan Zul )
  • Mahligai Seribu Mimpi ( Syed Amran / Azida N.S )
  • Biografi Yang Luka ( Wan Zul / Dr Wan Zawawi )
  • Mantera Anak Seni ( Wan Zul / Dr Wan Zawawi )


4. Iklim - IKLIM ( 1994 )

-Hits Songs-

  • Di Pintu Mahligai ( IKLIM / S.Amin Shahab )
  • Sebenarnya Kata Pujangga ( Azam / Dungun / Aris Ariwatan )
  • Dialah Segalanya ( Anuar Dahlan / S.Amin Shahab )
  • Si Karut Marut ( Mohalim / Arab )
  • Suara Iklim ( J.S Kevin )
  • Hukum Alam ( Shamsuddin Sidek / Rosli Ali )


5. UMARUL ( IKLIM ) - PANAS ( 1995 )

-Hits Songs-

  • PANAS duet UMARUL & ITO ( Blus Gang ) ciptaan ( SET LADANG ADINDA AMIRO )
  • BLUS GUANA GITU GINI ciptaan ( ADINDA AMIRO / LAGU & ZALI TERANGGANU )
  • INSTRUMENTAL UMARUL ciptaan ( UMARUL )


6. Bukan Niatku - IKLIM ( 1995 )

-Hits Songs-

  • Bukan Niatku ( IKLIM / Adinda Amiro )
  • Kasih Syurgawi ( Awang B.P.R / Azam Dungun )
  • Hey Maria ( Mohalim / Siso )
  • Cinta & Khalimah ( Bong / Azam Dungun )


7. Salam Perpisahan - IKLIM ( 1996 )

-Hits Songs-

  • Karam..Di Laut Duka ( Shamsuddin Sidek / Rosli Ali )
  • Mungkin Tak Pasti ( Dadang S.Manaf / Lukhman.S
  • Malang Nasibmu ( Kamal Halim / Bob )


8. Pergimu Satu Tanda - Iklim ( 1998 )

-Hits Songs-

  • Pergimu Satu Tanda ( Khir Rahman )
  • Zapin Terbilang ( Mohalim )


9. Bunga Emas - Iklim ( 2003 )

-Hits Songs-

  • Bunga Emas ( Eddie Hamid / Romali A.S )
  • Debu - Debu Rindu ( Mat Pintu A.K,A Umarul )
  • Insan Seni ( Azam Dungun )
  • Hutang ( Kama / Liman Irfan )
  • Semut ( Mohalim / Siso )


10. Nuansa - IKLIM & Frenz ( 2007 )
- ( Rakaman Semula )

-Hits Songs-

  • Madley (Hakikat Sebuah Cinta, Satu Kesan Abadi & Suci Dalam Debu) versi 07
  • Suci Dalam Debu versi 07 ( vokal - Faizal AF )

Album Koleksi[sunting | sunting sumber]

  1. Dunia Iklim ( 1993 )

-Hits Songs-

  • Bukan Aku Tak Cinta ( Adinda Amiro & Rosyid Somantri )
  • Dunia ( duet Saleem & Umarul ) / ( Jeffry Dungun / Mat Adorina )
  • Patah Ranting Di Cermin Usia ( Annmas / Nur Ehsan )


2. Saleem ( Iklim ) - IKLIM ( 1993 )

-Hits Songs-

  • Sheilla ( Adinda Amiro & Rosyid Somantri )
  • What Can I Say ( Bong / Hassan Abdullah )


3. Seribu Penghargaan - IKLIM ( 1995 )

-Hits Songs-

  • Seribu Penghargaan ( duet Saleem & Umarul ) / ( Umarul )
  • Love U So Much ( Instrumental ) / ( Mat Adorina )


4. Sambutlah Tanganku - IKLIM ( 1997 )

-Hits Songs-

  • Sambutlah Tanganku ( Fauzi Marzuki / S.Amin Shahab )


5. Emas Selamanya - IKLIM ( 1997 )


6. Dirgahayu - IKLIM ( 1997 )

-Hits Songs-

  • Bukan Ku Tak Sudi ( Reza / Arab )

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  1. Iklim & Saleem ( MTV Karaoke ) - ( 1998 )
  2. Saleem IKLIM & Rahmat EKAMATRA - ( 2000 )
  3. Best Of The Best IKLIM & SEARCH - ( 2002 )
  4. Iklim EMAS UNPLUGGED - ( 2003 )
  5. Iklim EMAS MYSTERPICE - ( 2003 )
  6. Iklim EMAS MODERATE - ( 2003 )
  7. Iklim Sesuatu Yang Abadi - ( 2003 )
  8. Iklim Musim Bermusim - ( 2004 )
  9. Iklim Memori Hit - ( 2005 )
  10. Iklim ( KEUNGGULAN Saleem & Iklim ) - ( 2007 )
  11. Iklim ( Nyanyian Syahdu / Saleem & Iklim Terunggul ) - ( 2007 )

Filem & Konsert[sunting | sunting sumber]

1991 - FILEM / SUCI DALAM DEBU

  • ( arahan ZULKIFLI M.OSMAN )
  • ( pelakon..Sidi Oraza , Julia Rais , Imuda & IKLIM )

1991 - FILEM / RIANG TIRANA

  • ( menggunakan Lagu IKLIM Sebagai Muzik Latar )
  • ( pelakon Badrul Muhayat & Erma Fatima )

1994 - KONSERT IKLIM - di Tapak Ekspo Seksyen 15, Shah Alam, Selangor (19 Jun 1994)

Lagu & single popular[sunting | sunting sumber]

  1. Suci Dalam Debu
  2. Bukan Aku Tak Cinta
  3. Di Pintu Mahligai
  4. Gerhana Cinta Luka
  5. Blues Terangganu Kita
  6. Bukan Ku Tak Sudi
  7. Bunga Emas
  8. Mimpi Yang Pulang
  9. Karam..Di Laut Duka
  10. Sheilla
  11. Bukan Niatku
  12. Sambutlah Tangan Ku
  13. Hakikat Sebuah Cinta
  14. Selamat Tinggal Penderitaan
  15. Namun Ku Punya Hati
  16. Mantera Anak Seni
  17. Sayembara
  18. Ammarah
  19. Mahligai Seribu Mimpi
  20. Sebenarnya Kata Pujangga
  21. Patah Ranting Di Cermin Usia
  22. Datang & Pergi
  23. Satu Kesan Abadi
  24. Bulan Jatuh Ke Riba
  25. Budi
  26. Dunia
  27. Sandiwara Cinta Semusim
  28. Biografi Yang Luka
  29. Elusan Cinta
  30. Suara Iklim
  31. Seribu Penghargaan
  32. Debu Debu Rindu
  33. Pergimu Satu Tanda
  34. Kasih Syurgawi
  35. Mungkin Tak Pasti
  36. What Can I Say
  37. Love U So Much ( Instrumental )
  38. Insan Seni
  39. Dialah Segalanya
  40. Hukum Alam
  41. Bujang Kota
  42. Malang Nasibmu
  43. Cinta & Khalimah
  44. Si Karut Marut
  45. Hey Maria
  46. Eksperesi Funky
  47. Hutang
  48. Abadi
  49. Senandung Semalam
  50. Semut

Penghargaan & Anugerah[sunting | sunting sumber]

( IKLIM - 1990 - 2004 ) 
             
  1. ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1990 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM
  2. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1990 - Artis Berkumpulan Paling Popular / IKLIM
  3. JUARA LAGU 1990 Suci Dalam Debu - Juara Lagu Tempat 2 / Lirik Terbaik / Persembahan Terbaik Tempat 3
  4. PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1990 - Lagu , Suci Dalam Debu 10 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio ( Rekod )
  5. ANUGERAH TRIPLE PLATINUM 1991 Di MALAYSIA - Album Satu Kesan Abadi Jualan 350,000 Unit
  6. HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY - Suci Dalam Debu Lagu Terbaik 1992
  7. HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY - Album Suci Dalam Debu Jualan Terbaik 1992 ( 1 Juta Unit )
  8. ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1991 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM
  9. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1991 - Artis Berkumpulan Paling Popular / IKLIM
  10. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Saleem ( IKLIM ) / Memenangi Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam album
  11. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Iklim / Memenangi Kategori Rakaman Album Terbaik
  12. TV SINGAPORE ( SBC RIA ) 1993 - Iklim / Memenangi Kategori , Kumpulan Muzik Terbaik , Menerusi Lagu BUKAN AKU TAK CINTA
  13. MUZIK - MUZIK 1994 TV3 - Lagu / Bukan Aku Tak Cinta 24 Minggu Dalam Carta ( Rekod )
  14. ANUGERAH PLATINUM 1994 - Album Dunia Iklim - Jualan 200,00 Unit
  15. ANUGERAH PLATINUM 1995 - Album Iklim 94 - Jualan 120,00 Unit
  16. ANUGERAH PLATINUM 1997 - Album Emas Selamanya Iklim - Jualan 200,000 Unit
  17. ANUGERAH PLATINUM 1997 - Album Dirgahayu Iklim - Jualan 150,000 Unit
  18. ANUGERAH EMAS 2004 - Album Bunga Emas Iklim - Jualan 50,000 Unit



Pautan luar[sunting | sunting sumber]