Ilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

ʾIlāh (Bahasa Arab: إله‎; jamak: آلهة ʾālihah), ialah perkataan Arab untuk "dewa" atau "tuhan". Bentuk femininnya ialah ʾilāhah إلاهة "dewi". Ia muncul dalam nama tuhan monoteistik agama Ibrahimiah sebagai Al-Lāh, harfiahnya "Tuhan".

Istilah ini ada digunakan dalam kitab al-Quran ketika menerangkan kewujudan Tuhan dan kepercayaan bukan-Muslim terhadap dewa/tuhan lain. Ia juga wujud dalam penyataan pertama šyahādah, "tiada ʾilāh melainkan Al-Lāh".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Georgii Wilhelmi Freytagii, Lexicon Arabico-Latinum. Librairie du Liban, Beirut, 1975.
  • J. Milton Cowan, The Hans Wehr Dictionary of Modern Written Arabic. Ed. ke-4. Spoken Language Services, Ithaca (NY), 1979.