Imbangan pembayaran
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Imbangan pembayaran adalah suatu penyata kira-kira yang merekodkan semua urusniaga dan aliran wang yang dilakukan di antara suatu negara dengan negara-negara lain dalam suatu tahun tertentu. Urusniaga ini meliputi bayaran bagi eksport dan import negara bagi barangan, perkhidmatan, dan modal kewangan, serta sebagai pemindahan kewangan. Apabila nilai urusniaga dari kegiatan eksport melebihi import, maka imbangan pembayaran dalam keadaan lebihan dan sebaliknya apabila nilai urusniaga dari kegiatan import melebihi eksport, maka imbangan pembayaran dalam keadaan kurangan.