Impian Georgia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Impian Georgia–Georgia Demokratik
ქართული ოცნება – დემოკრატიული საქართველო
PemimpinBidzina Ivanishvili
Ditubuhkan21 April 2012
Ibu pejabatTbilisi
Warna        
Laman sesawang
http://www.georgiandream.ge/
Politik Georgia
Parti politik
Pilihan raya

Impian Georgia–Georgia Demokratik (Bahasa Georgia: ქართული ოცნება–დემოკრატიული საქართველო, k'art'uli ots'neba–demokratiuli sak'art'velo) ialah sebuah parti politik di Georgia yang ditubuhkan pada 19 April 2012, melalui ikhtiar ahli politik dan usahawan jutawan Bidzina Ivanishvili.[1]

Walaupun baharu, parti ini berjaya menewaskan parti pemerintah Gerakan Nasional Bersatu dalam pilihan raya parlimen Georgia 2012. Mengikut keputusan awal, ia memenangi pilihan raya tersebut dengan 53% undi, manakala Gerakan Nasional Bersatu mendapat 42%. Presiden Mikheil Saakashvili telah mengakui kekalahan partinya, dan berjanji menyokong proses perlembagaan membentuk kerajaan baharu.[2][3]

Menyatukan parti pembangkang[sunting | sunting sumber]

Semasa penubuhannya, Impian Georgia berjaya menyatukan enam parti pembangkang bagi menghadapi pilihan raya 2012.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ivanishvili's Political Party Launched. Civil Georgia. 21 April 2012. Dicapai 12 Mei 2012.
  2. ^ Georgia’s President Concedes Defeat in Parliamentary Election NYTimes.com. 2 Oktober 2012.
  3. ^ Presiden Georgia akui tewas dalam pilihan raya[pautan mati kekal] BH online. 2012/10/02.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]