Imran Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustaz

Imran Abdul Rahman

Butiran peribadi
Lahir1966
Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganZuraidah Haji Ismail
Kediaman Melaka
Alma materUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik

Imran Abdul Rahman ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pusat Falak Al Khawarizmi Tanjung Bidara selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Melaka selepas kemelut 2020[1].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Imran yang dilahirkan pada tahun 1966 di Kampung Pengkalan Balak Masjid Tanah telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tambichik Karim dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Selangor. Beliau pernah mengambil Sijil Pengajian Islam di Universiti Teknologi Malaysia (1993-1995) dan Diploma Pengajian Islam daripada Kolej Dar Al Hikmah (1998-2001).

Beliau mempunyai seorang isteri, Zuraidah Haji Ismail, selain dikurniakan empat orang cahaya mata yang sama-sama membantu beliau mengusahakan PASTI Ar Rahman di Pengkalan Balak.

Beliau juga pernah beberapa kali menjadi calon pilihan raya mewakili PAS termasuk Pilihan raya umum Malaysia ke-14 di kawasan tradisi beliau di DUN Tanjung Bidara namun belum berjaya memenanginya.

Beliau yang telah lama aktif di dalam PAS semenjak masih dalam usia pemuda ini pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya sebagai Ketua Dewan Pemuda Kawasan Masjid Tanah (2002-2007), Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (2007-2012) dan Timbalan Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka (2005-2012).

Belau juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Melaka dan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah. Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pusat Falak Al Khawarizmi Tanjung Bidara selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Melaka selepas kemelut 2020.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Imran Abdul Rahman telah menerima anugerah pingat Bintang Cemerlang Melaka (BCM), sempena sambutan hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam pada 31 Oktober 2020.

  •  Melaka.
    • Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 2020

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anas Abdullah (31 Oktober 2020). "Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka terima anugerah BCM". Berita PAS. Dicapai pada 3 Julai 2021.