Imran Farooq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Imran Farooq
Fail:Imran Farooq.jpg
Kelahiran(1960-06-14)14 Jun 1960
Meninggal dunia16 September 2010(2010-09-16) (umur 50)
PekerjaanDoktor
Parti politikMuttahida Qaumi Movement
PasanganShumaila Nazar
Anak-anak2 children

Dr. Imran Farooq (Urdu: عمران فاروق‎; 14 Jun 1960 – 16 September 2010) adalah bekas ahli parlimen Pakistan dan pengasas Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) di Pakistan. Beliau ditemui mati ditikam di luar rumahnya di kota London. Beliau dibunuh ketika baru balik dari kerja.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Farooq berkahwin dengan Shumaila Nazar di London pada tahun 2004 dan mempunyai dua orang anak.

Politik[sunting | sunting sumber]

Farooq menjadi pengasas Persatuan Mahasiswa Mohajir Pakistan (APMSO) di Universiti Karachi sebelum menjadi parti politik MQM yang ditubuhkan oleh Altaf Hussain pada 1984. Sekitar 1968-1969 pergerakan mahasiswa bangkit menentang pemerintahan diktator Ayob Khan . Farooq menjadi setiausaha agung. Pada 1972, rusuhan bahasa berlaku di mana parti ini menyokong penduduk berbahasa Urdu terutama di Karachi dan lain-lain bandar Sindh. Mereka menuntut Presiden Pakistan Zulfiqar Ali Bhutto menjadikan bahasa Urdu sebagai mata pelajaran wajib. [1]

Pada 1988 beliau bertanding dalam pilihan raya dan menang di Mna, Karachi. MQM adalah parti ke-4 terbesar di Pakistan. Altaf Hussain bekerja sebagai pemandu teksi di London.

Mohajir bermaksud mereka yang melarikan diri dari India selepas petisyen 1947 yang memisahkan India dengan Pakistan.

Pada 1992, tentera Pakistan dikerah ke Karachi bertindak terhadap MQM. Ramai pemimpin MQM lari bersembunyi termasuk Altaf Hussain. Mereka bergerak melalui bawah tanah, secara rahsia . Pada 1997,Gerakan Muhajir Qaumi Muttahida menjadi Gerakan sahaja . Beliau lari ke London pada 1999 menggunakan pasport palsu dan identiti dan memohon suaka politik. Kerajaan Pakistan menuduh beliau terlibat dalam lima tuduhan pembunuhan dan empat cubaan membunuh. Beliau menafikan pembabitan beliau dan menganggapnya sebagai tuduhan politik. Selama 7 tahun dia bersembunyi di Karachi.

Ketika berada di London, beliau lebih banyak bersembunyi dan menjauhkan diri daripada MQM. Beliau berkahwin pada 2004 di London.

Sumber menyatakan beliau mungkin terlibat dengan pemerasan, penyeludupan senjata dan kejahatan rangkaian Afrika Selatan. Kerajaan Pakistan menerima tekanan politik selepas berlaku banjir dahsyat di 1/5 wilayah Pakistan.[2]

Mati ditikam[sunting | sunting sumber]

Pada 16 September 2010, beliau ditemui mati ditikam dan kepalanyanya cedera di Green Lane, Edgware utara London , sekitar 17:30 WIB (16:30 UTC ). [3] Polis Scotland Yard melancarkan siasatan besar-besaran terhadap serangan serius di Edgware, utara London jam 5.30 petang . Rakaman CCTV dan rakaman telefon bimbit belum memaparkan sebarang petunjuk. Polis memeriksa dari rumah ke rumah untuk mendapatkan maklumat kejadian. Finchley Mortuary melakukan bedah siasat.

Kekerasan tercetus di Karachi. Beberapa kedai dan kenderaan dibakar tetapi tiada yang maut.

Rakan seperjuangannya Altaf Hussain yang juga menetap di London . MQM berkabung selama 10 hari dan membatalkan sambutan ulang tahun kelahiran pemimpin MQM, Altaf Hussain. MQM mempunyai ramai pengikut di Karachi.

Perdana Menteri Pakistan Yousuf Raza Gilani mengutuk pembunuhan Imran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A turbulent political history
  2. ^ "British Anti-terrorism squad to Investigation Dr. Farooq's assassination". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-19. Dicapai pada 2010-09-18.
  3. ^ "Mangsa adalah pengasas parti MQM dalam kerajaan campuran Pakistan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-22. Dicapai pada 2010-09-18.