Abdul Rahim Muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Imuda)
Lompat ke: pandu arah, cari

Abdul Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda merupakan seorang pelakon, pengacara, pelawak , pelukis dan kartunis terkenal di Malaysia. Beliau memulakan kariernya sebagai pelukis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama-sama dengan rakan sekerjanya iaitu Sabri Yunus. Selain itu, beliau turut menghantar komik-komiknya untuk diterbitkan di dalam majalah Gila-Gila. Antara komik terkenal beliau ialah Maharajalela vs. Birch yang merupakan komik parodi kepada kisah penjajahan British di Perak.

Bakat Imuda dan Sabri sebagai pelawak dan pelakon terserlah apabila bergiat dalam teater, terutamanya teater sulung Pi Mai Pi Mai Tang Tu arahan Hatta Azad Khan. Sejak daripada itulah Imuda berhenti daripada menjadi pelukis sepenuh masa di DBP untuk memberi tumpuan dalam bidang lawak dan lakonan.

Beliau pernah berundur seketika daripada dunia lakonan dan pengacaraan akibat penyakit buah pinggang, dan kini beliau terus melukis komik Pi Mai Pi Mai Tang Tu untuk akhbar Berita Minggu.

[sunting] Peserta Maharaja Lawak Mega

Pi mai adalah gandingan Imuda, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Sathiya , menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega dari 30 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011 di Shah Alam, Selangor dan disiarkan secara langsung menerusi slot Astro Warna saluran 132. Mereka tersingkir di minggu kedua akhir iaitu di Stadium Tertutup Majlis Bandaran Johor Bahru. Tema persembahan mereka ialah tema adaptasi daripada filem klasik dan konsep bebas. Juri tetap MLM, Chef Wan , penyanyi Siti Nurhaliza binti Tarudin dan jurulatih bola sepak Zainal Abidin Hassan serta juri jemputan, penyanyi Ferhad memberi markah 15.8 peratus. [1]

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan