In God We Trust
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
In God We Trust (Kepada Tuhan Kami Percaya) adalah moto rasmi Amerika Syarikat dan negeri Florida. Moto ini pertama kali muncul di atas syiling AS pada tahun 1864 semasa sentimen kuat Kristian dalam Perang Saudara. In God We Trust tidak menjadi moto kebangsaan rasmi sehingga Akta Kongres 1956 diluluskan.