Inanam
Inanam merupakan suatu kawasan yang terletak di Sabah.
Inanam mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan bertanah subur serta rata. Inanam merupakan salah satu kawasan perindustrian selain daripada Kolombong. Pusat perniagaan terletak pada pekannya iaitu terletak di Batu 6 jalan Tuaran dengan anggaran 10 km dari Kota Kinabalu.
Isi kandungan |
Pertanian [sunting]
Selain bidang industri, perniagaan tani juga terkenal dengan menjual pelbagai barangan tani seperti sayur-sayuran, ikan dan sebagainya.
Kemudahan [sunting]
Malah, tidak ketinggalan terdapat juga beberapa deretan-deratan bangunan yang terdiri daripada restoran, kedai makanan dan minuman, cyber internet, pasar raya, bank, pasar raya, pasar sayur, gereja dan lain-lain lagi.
Tempat menarik [sunting]
Lebih kurang 3 km dari pekan ini, terdapat sebuah perkelahan yang dikenali sebagai Air Terjun Kiansom. Pengangkutan mini bas ke sana disediakan oleh penduduk tempatan dengan harga RM2.50 mulai dari stesen pekan Inanam. Bayaran pintu masuk untuk dewasa adalah RM1.00 dan kanak-kanak RM0.50. Gerai jualan kecil juga terdapat di luar pintu masuk. Pada kebiasaanya, hujung minggu menjadi tumpuan orang ramai pergi berkelah.
Etnik Penduduk [sunting]
Penduduk Inanam adalah datang daripada pelbagai kaum seperti etnik Kadazan-Dusun, Cina dan malah terdapat juga orang Filipina bekerja sebagai peniaga tani.
Pautan luar [sunting]
|
|||||||||||