Inazuma Eleven (manga)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Inazuma Eleven (manga)
Inazuma Eleven (manga) Vol01 Cover.jpg
Muka depan Inazuma Eleven isu pertama yang diterbitkan oleh Shogakukan
イナズマイレブン
(Inazuma Erebun)
Genre Sukan (Bola sepak), Sains fiksyen
Manga
Inazuma Eleven
Pengarang Ten'ya Yabuno
Penerbit Shogakukan
Demografik Kanak-kanak
Majalah Asal CoroCoro Comic
Tarikh Pengeluaran Jun 2008 – kini
Jilid 6
Siri anime televisyen
Inazuma Eleven
Pengarah Katsuhito Akiyama
Studio Level-5, OLM
Penyiaran Asal TV Tokyo
Lain-lain Penyiaran
Tarikh tayangan 5 Oktober 2008 – kini
Filem anime
Inazuma Eleven: Saikyō Gundan Ōga Shūrai
イナズマイレブン 最強軍団オーガ襲来
Studio Level-5
Dikeluarkan pada 12 Disember 2010

Inazuma Eleven adalah siri manga sains fiksyen bola sepak oleh Ten'ya Yabuno berdasarkan siri permainan video Nintendo DS dengan tajuk yang sama. Telah diterbitkan oleh Shogakukan di CoroCoro Comic sejak edisi Jun 2008. Siri manga ini memenangi anugerah Kodansha Manga Award 2010 dalam kategori Manga kanak-kanak.

Sebuah siri anime berdasarkan siri manga dan permainan video mula ditayangkan di rangkaian TV Tokyo pada tanggal 5 Oktober 2008. Siri ini dihasilkan oleh Level-5 dengan TV Tokyo dan OLM. Siri ini juga disiarkan di TVB di Hong Kong, Modern Sembilan TV di Thailand, Tooniverse di Korea Selatan, Cartoon Network di India Taiwan, Australia dan New Zealand, Rai 2 di Itali sejak 14 Jun 2010.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Watak utama, Endou Mamoru, adalah penjaga gol yang sangat berbakat dan cucu salah satu penjaga goal terkuat di Jepun, yang meninggal sebelum ia lahir. Walaupun kemahiran yang luar biasa yang dimilikinya namun, sekolahnya tidak mempunyai kelab bola sepak yang nyata kerana 6 ahli lain tidak menunjukkan minat walaupun dalam latihan. Tetapi selepas seorang lelaki misteri yng bernama Gouenji datang ke bandar Endou's, penjaga gol muda ini telah menetapkan untuk mencari dan mengetuai ahli untuk pasukan bola sepak. Daripada itu, Endou bertemu pemain dari seluruh tempat sehingga ia dan pasukannya bermain bola sepak mereka sendiri.