Inception (filem)
| Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
| Inception (filem) | |
|---|---|
| Pengarah | Christopher Nolan |
| Penerbit | Christopher Nolan Emma Thomas |
| Pengarang | Christopher Nolan |
| Lakonan | Leonardo DiCaprio Ken Watanabe Joseph Gordon-Levitt Marion Cotillard Ellen Page Tom Hardy Cillian Murphy Tom Berenger Michael Caine Dileep Rao |
| Muzik | Hans Zimmer[1] |
| Sinematografi | Wally Pfister |
| Penyuntingan | Lee Smith |
| Studio | Legendary Pictures Syncopy Films |
| Pengedar | Warner Bros. Pictures |
| Mula ditayang | Julai 16, 2010 |
| Tempoh ditayang | 140 minit[2] |
| Negara | Templat:Filem AS |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Perbelanjaan | AS$160 juta[3] |
Inception adalah wayang aksi fiksyen sains tahun 2010 yang ditulis, diterbit-sama dan diarahkan Christopher Nolan. Wayang ini menampilkan pelakon-pelakon antarabangsa dibarisi Leonardo DiCaprio, Ken Watanabe, Joseph Gordon-Levitt, Marion Cotillard, Ellen Page, Tom Hardy, Cillian Murphy, Dileep Tao, Tom Berenger dan Michael Caine. DiCaprio memerankan Dom Cobb seorang perisik korporat khas dan pencuri yang kerjanya merangkumi "Extraction" iaitu mengeluarkan maklumat komersial berharga secara rahsia dari minda tanpa-sedar sasaran ketika mereka sedang bermimpi. Dikehendaki kerana kes bunuh dan terhalang melawat anak-anak, Cobb ditawarkan peluang untuk merasai kehidupan lamanya sebagai ganjaran melakukan kerja mustahil:"Inception", menyuntik idea asli ke dalam minda separa-sedar sasaran.
Pada tahun 2001 Encik Nolan telah menulis tentang "pencuri mimpi" dan dipersembahkan kepada Warner Bros. dalam bentuk cerita yang diwawaskan sebagai wayang seram berinspirasikan konsep mimpi sedar. Merasakan yang dia perlu memiliki pengalaman dengan wayang skala besar, Nolan telah beralah dan mengerjakan Batman Begins (2005) pula, kemudiannya The Prestige dan The Dark Knight. Enam bulan telah diambil Nolan untuk mengasah skrip sebelum dibeli pihak Warner Bros. pada bulan dua 2009. Inception telah dirakamkan di enam buah negara dan empat benua, bermula di Tokyo, Jepun pada 19 Jun 2009 dan berakhir di Kanada pada hujung bulan sebelas tahun itu.
Belanja rasmi wayang ini adalah 160 juta dollar yang dibahagikan antara Warner Bros. dan Legendary Pictures. Reputasi and kejayaan Nolan dengan The Dark Knight membantu mendapatkan $100 juta untuk pengiklanan, dengan kebanyakan publisiti berlaku secara internet. Inception ditayang-perdana pada 8 Julai 2010 di London dan dilancarkan untuk dua versi panggung yang biasa dan versi IMAX pada 16 Julai. Dengan keuntungan kasar sebanyak $800 juta seluruh dunia, Inception adalah wayang pecah panggung dan termasuk dalam salah-satu wayang berkeuntungan tinggi sepanjang masa.
Pautan luar [sunting]
- Tapak sesawang rasmi
- Inception di Pangkalan Data Filem Internet
- Templat:Amg title
- Inception di Rotten Tomatoes
- Inception Trailers
- http://www.mind-crime.com/
- http://www.pasivdevice.org/
Rujukan [sunting]
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanInception_Cast_and_Crew_Updatestidak disediakan - ↑ [1]
- ↑ Boucher, Geoff. "Christopher Nolan's Inception -- Hollywood's first existential heist film", Los Angeles Times, 2010-04-11. Dicapai pada 2010-05-05.