Indeks Kualiti Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Indeks Kualiti Air (IKA) adalah standard yang digunakan oleh agensi alam sekitar seperti Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk mengukur kebersihan dan kualiti bekalan air yang boleh digunakan untuk kegunaan domestik, akuakultur dan pengairan.

Kelas IKA Kegunaan air
Kelas 1 >92.7 Dalam keadaan semulajadi
Kelas IIA 85.0-92.7 Air memerlukan rawatan konvensional
Kelas IIB 76.5-85.0 Air boleh digunakan untuk rekreasi
Kelas III 51.9-76.5 Air memerlukan rawatan intensif
Kelas IV 31.0-51.9 Hanya untuk tujuan pengairan. Kualiti air sedang
Kelas V <31.0 Air yang tercemar teruk

Indeks kualiti air sungai di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Mengikut laporan Jabatan Alam Sekitar Malaysia (2005), dua buah kawasan tadahan air yang tercemar teruk di Malaysia adalah Sungai Buloh dan Sungai Klang yang mempunyai IKA kelas IV. Sungai-sungai lain yang mempunyai tahap kelas IV adalah Sungai Rambai di Sepang, Sungai Ampang, Sungai Jinjang dan Sungai Kerayong, kesemuanya di Selangor.

Senarai penuh untuk melihat keadaan kini sungai-sungai serata malaysia, sila layari Indeks Kualiti Air Malaysia Diarkibkan 2020-12-04 di Wayback Machine

Rujukan[sunting | sunting sumber]