Indeks Pembangunan Manusia
| ██ 0.900 dan keatas ██ 0.850–0.899 ██ 0.800–0.849 ██ 0.750–0.799 ██ 0.700–0.749 | ██ 0.650–0.699 ██ 0.600–0.649 ██ 0.550–0.599 ██ 0.500–0.549 ██ 0.450–0.499 | ██ 0.400–0.449 ██ 0.350–0.399 ██ 0.300–0.349 ██ under 0.300 ██ Maklumat data tak diperolehi |
| ██ 0.950 dan lebih ██ 0.900–0.949 ██ 0.850–0.899 ██ 0.800–0.849 ██ 0.750–0.799 | ██ 0.700–0.749 ██ 0.650–0.699 ██ 0.600–0.649 ██ 0.550–0.599 ██ 0.500–0.549 | ██ 0.450–0.499 ██ 0.400–0.449 ██ 0.350–0.399 ██ bawah 0.350 ██ tiada rekod |
Indeks Pembangunan Insan (Bahasa Inggeris: Human Development Index, singkatan HDI) ialah sebuah rumusan indeks komposit (indeks yang menggabungkan pelbagai petunjuk) yang mengukur pencapaian purata sesebuah negara dalam tiga aspek asas kehidupan manusia, iaitu kehidupan yang panjang dan sihat, pencapaian pendidikan dan gaya hidup. Indeks ini dipersembahkan sebagai satu piawaian dalam mengukur pembangunan insan, yang dianggap oleh Rancangan Pembangunan PBB (UNDP) sebagai satu konsep atau proses melebarkan peluang seorang insan dengan memberikannya peluang pendidikan yang lebh cerah, penjagaan kesihatan, pendapatan, pekerjaan dan sebagainya. Kegunaan asas HDI ialah untuk menyusun negara-negara di dunia mengikut tahap "pembangunan insan", yang lazimnya digunakan untuk menentukan samada sesebuah negara itu ialah negara maju, negara membangun atau negara mundur.
Indeks ini dibangunkan pada tahun 1990 oleh seorang ahli ekonomi Pakistan bernama Mahbub ul-Haq dan Sir Richard Jolly, dengan bantuan daripada Gustav Ranis daripada Universiti Yale dan Meghnad Desai dari Sekolah Ekonomi London (LSE). Ia digunakan oleh UNDP di dalam Laporan-laporan Pembangunan Insan yang diterbitkannya pada setiap tahun. Dikatakan bahawa idea pemenang Hadiah Nobel dari India, Amartya Sen adalah sangat berpengaruh dalam pembangunan indeks ini. Tetapi Sen pernah menggambarkannya sebagai satu "ukuran kesat", kerana beberapa kekangannya, meskipun beliau menerima fokusnya yang menumpukan kepada aspek-aspek pembangunan yang lebih meluas berbanding ukuran pendapatan per kapita yang digantikannya. Hari ini, HDI ialah laluan bagi para pengkaji ke dalam ukuran-ukuran yang lebih terperinci dan lebih pelbagai yang terkandung di dalam Laporan-laporan Pembangunan Insan.
HDI menggabungkan tiga aspek asas kehidupan manusia yang diukur melalui petunjuk-petunjuk tertentu seperti berikut:
- Jangka hayat ketika kelahiran, sebagai ukuran kesihatan kelanjutan usia penduduk.
- Pengetahuan dan pendidikan, yang diukur melalui kadar celik huruf dewasa (dengan pemberat dua pertiga) dan gabungan kadar kemasukan kasar ke pengajian peringkat rendah, menengah dan tinggi (dengan pemberat satu pertiga).
- Gaya hidup, yang diukur melalui Keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita pada pariti kuasa beli (PPP) dalam dolar Amerika Syarikat.
Sebuah ukuran alternatif, yang memfokuskan terhadap kadar kemiskinan di sesebuah negara, dipanggil Indeks Kemiskinan Manusia.
Rujukan [sunting]
- ↑ Human Development Index (HDI) - 2010 Rankings, United Nations Development Programme
- ↑ Indices & Data | Human Development Reports (HDR) | United Nations Development Programme (UNDP)
Pautan luar [sunting]
- (Inggeris) Pejabar Laporan Pembangunan Insan
- (Inggeris) Rumusan - Laporan Pembangunan Insan 2007/2008PDF
- (Inggeris) [http://hdr.undp.org/en/media/hdr_20072008_en_complete.pdf Laporan Pembangunan Insan 2007/2008PDF
- (Inggeris) [http://hdr.undp.org/en/media/hdr_20072008_tech_note_1.pdf Penerangan teknikal definisi HDIPDF
- (Inggeris) Senarai Negara mengikut HDI di NationMaster.com
- (Inggeris) Peta Dunia Pembangunan Insan
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |