Orang India Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari India Malaysia)
Orang India Malaysia
Jumlah penduduk
2,019,600[1]
6.6% daripada penduduk Malaysia (2020)[1]
Kawasan ramai penduduk
Pantai Barat dari Semenanjung Malaysia (kebanyakannya di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor)
Singapura (20,483 pada 2010)[2]
Bahasa
Tamil MalaysiaTeluguMelayuInggerisBahasa Inggeris (kreol) • Melayu ChettyBahasa CinaBahasa-bahasa India lain-lain seperti Malayalam, Punjabi, Kannada, Hindi-Urdu, Gujarat dan Sindhi
Agama
Kebanyakannya
Hinduisme
Minoriti
Agama Kristian · Islam · Agama Buddha · Sikhisme · Jainisme · Zoroastrianisme · Bahá'í
Kumpulan etnik berkaitan
India Singapura, Burma India, India Indonesia, Malaysian Malayali, Chitty, Chindian, Indo-Caribbeans, India di Afrika Selatan, Indo-Fijian, Indo-Mauritians

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina .

Sejarah

Rencana utama:Senarai Orang India Malaysia
Little India di Johor Bahru, Johor.

Orang India yang telah datang sebagai hamba ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau empat sebelum masihi (2,500 tahun dahulu).[3][4] menyebut mengenai cengkih[5], [6], [7] (yang berasal dari kepulauan Indonesia).

Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri SelatPulau Pinang, Melaka dan Singapura — oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:

  • peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an; dan
  • pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian.

Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu

Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu.[8]

Kata-kata Tamil dalam bahasa Melayu

Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:.[8]

Bahasa Tamil Bahasa Melayu
akka kakak
kadai kedai
kappal kapal
katikam ketika
muthu mutiara
nagaram negara
purva purba
raja raja
suniyam sunyi
tali tali
udayam udaya
vakai bagai
bhumi bumi
Surya Suria
Bumiputeran Bumiputra

Penghijrahan Tamil

Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.

Pembahagian pekerjaan

Persatuan India Muar di Johor.

Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya ketika zaman kolonial British, kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Kebanyakan orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf kerani dan keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka) telahpun dipra-tentu oleh Kerajaan British yang menjajah Malaya ketika dahulu. Maka, keperluan pelbagai tenaga kerja akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratentukan.

Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pemgawal.

Selepas tahun 70-an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar akibat banyak ladang-ladang getah telah ditutup dan dimajukan untuk tujuan lain. Terdapat pekerja yang telah bekerja berpuluh-puluh tahun telah diberhentikan begitu sahaja dan tidak diberikan apa-apa pampasan.[9].

Pada 22 Ogos 2009, YB Dato Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia menyatakan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah meningkatkan taraf hiidup pekerja ladang, terutamanya orang India yang berkerja di ladang.[10] Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan Fasa kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990). Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak sokongan kepada kaum India Malaysia. Terdapat peruntukan RM1 juta pada tahun (2006) menerusi tabung bantuan pendidikan Pembangunan Insan Kemahiran Teknikal, bagi tujuan melatih belia-belia India yang gagal dalam pelajaran untuk mengikuti kursus jangka pendek di Kolej Industri dan Pendidikan Negeri Selangor (INPENS). Belia India bukan sahaja diberi latihan dalam bidang kemahiran teknikal, tetapi mereka juga diberikan bimbingan keagamaan setiap hari Jumaat oleh guru agama mereka. Selain itu wang saku juga diberi sebenyak RM100 sebulan. Selain itu, Kerajaan negeri Selangor turut mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet negeri Selangor untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dikendalikan oleh Yayasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setahun. Peruntukan sebanyak RM3 juta setahun juga diberikan untuk rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil-kuil berdaftar. [11]

Kini, hampir 16% pekerja profesional di Malaysia terdiri daripada kaum India. Ini termasuk doktor (28.4%), peguam (26.8%), doktor gigi (21%), doktor veterinar (28.5%), jurutera (6.4%), akauntan (5.8%), juruukur (3.0%) dan arkitek (1.5%). Terdapat juga peningkatan jumlah perniagaan dalam masyarakat India. Kebanyakan golongan profesional terdiri daripada kaum Tamil Sri Lanka dan Kaum Malayalee. Manakala, kaum Sindhis, Gujaratis dan Punjab juga terlibat dalam perniagaan.[perlu rujukan]

Kelompok etnik yang lain

Muzium Chetti di Melaka.

Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilanganya. Dua daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu:

Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang-bidang profesional.

Taburan geografi

Kesepadanan yang rapat antara pembahagian etnik dan pekerjaan komuniti India dibayangkan dalam taburan geografi kaum India di Tanah Melayu. Orang Tamil India Selatan bertumpu, khususnya di ladang getah dan landasan kereta api Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, walaupun sebilangan mereka juga bekerja di limbungan Pulau Pinang.

Orang Telugu banyak terdapat di ladang-ladang getah Perak Bawah dan beberapa bahagian di utara Selangor, Negeri Sembilan, Kulim dan Sungai Petani di Kedah dan Pahang, sedangkan orang Malayalee tinggal terutamanya di Perak Bawah, Kuala Lumpur, beberapa bahagian di Negeri Sembilan, serta di Johor.

Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan Muslim Tamil (Mamak), lebih tertumpu di kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur, Seremban, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru dan Singapura. Tamil Sri Lanka pada umumnya juga merupakan komuniti bandar, walaupun sebilangan mereka juga tinggal di kawasan-kawasan luar bandar sebagai kakitangan ladang.

Jumlah dan peratus kaum India mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan

Carta 2017 menunjukkan kaum India (tidak termasuk bukan warganegara):[12]

Negeri/Wilayah Persekutuan Bahasa Tamil Penduduk Peratus
Johor ஜொகூர் 259,321 7.2%
Kedah காடாரம்/கெடா 147,105 7.1%
Kelantan கிளந்தான் 4,800 0.3%
Melaka மலாக்கா 57,735 6.2%
Negeri Sembilan நெகிரி செம்பிலான் 163,661 14.9%
Pahang பகாங் 66,300 4.3%
Perak பேராக் 302,243 12.2%
Perlis பெர்லிஸ் 3,100 1.3%
Pulau Pinang பினாங்கு 172,205 10.1%
Sabah சபா 12,259 0.5%
Sarawak சரவாக் 7,900 0.3%
Selangor சிலாங்கூர் 810,000 13.5%
Terengganu திரங்கானு 3,000 0.3%
Kuala Lumpur கோலா லம்பூர் 183,340 10.3%
Labuan ளாபுன் 832 1.0%
Putrajaya புத்ராஜெயா 1,325 1.5%

Sumber: Statistik Bancian Negara Malaysia tahun 2017, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Agama

Religions of Indian Malaysians[13]
Religion Percent
Hinduism
  
86.2%
Christianity
  
6.0%
Islam
  
4.1%
Other Religion
  
1.9%
Buddhism
  
1.7%
No Religion
  
0.05%
Folk Religion
  
0.04%
Unknown
  
0.01%

Masyarakat India yang kebanyakannya terdiri daripada Tamil mengikuti ajaran Hinduisme sebagai kepercayaan utama. Hinduisme dan Buddha dibawa ke Semenanjung Melayu dari India sekitar abad ke-2 masihi. Kerajaan yang dipengaruhi India seperti Kadaram (Kedah Tua), dan Ilangosagam (Langkasuka) mengamalkan Hinduisme dan Buddha semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Srivijaya dan Tamil-Chola.[14] Beberapa orang India yang awal tiba telah berasimilasi dengan patas dalam pendudukan tempatan menerusi perkahwinan silang.

Hindu

Hinduisme ialah anutan paling banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat Tamil, termasuklah kedua-dua aliran kedewaan Hindu dan Tamil. Masyarakat Tamil yang berlatarbeakangkan India dan Sri Lanka mengamalkan Hinduisme. Kebanyakan masyarakat Malayali dan Telugu di Malaysia juga mengamalkan Hinduisme.

Sikh

Sikhisme diamalkan secara meluas oleh masyarakat Punjabi. Kebanyakan masyarakat Sindhi juga beribadat di Gurdwara Sikh di Malaysia.

Kristian

Kristian diamalkan oleh kumpulan kecil masyarakat Tamil. Di Malaysia, kebanyakan masyarakat India penganut Kristian bermazhab sam ada Katolik, Pentekosta, Anglikan, Metodis, atau Lutheran. Kebanyakan masyarakat Malayali yang Kristian mengikuti Katolik atau Kristian Syria.[15]

Islam

Hubungan dagang masyarakat Tamil terdahulu bermula dalam era kemunculan Islam. Penduduk Melayu di Nusantara belajar mengenai Islam menerusi pedagang dari Gujerat dan kemudian dikembangkan oleh pedagang Arab. Kebanyakan masyarakat India Muslim diserap dalam masyarakat Melayu yang luas disebabkan latar belakang agama yang sama, dengan tahap asimilasi yang tinggi dan perkahwinan silang antara masayarakat Melayu dan India. Di Malaysia, Muslim Tamil sering dirujuk sebagai 'Mamak' manakala Muslim Malayali dikenali sebagai 'Kaka' atau 'Malabari'.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b Department of Statistics Malaysia (2020). "Current population and estimates, Malaysia 2020 Group". Dicapai pada 15 July 2020.
  2. ^ "Census of Population 2010" (PDF). Singapore Department of Statistics. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 October 2016. Dicapai pada 4 February 2018.
  3. ^ R.K. Narayan, The Ramayana. Penguin Group, 2006, page xxiii: "The Indian epic, the Ramayana, dates back to 1500 BC according to certain early scholars. Recent studies have brought it down to about the fourth century BC."
  4. ^ [1] History of Ancient India: Earliest Times to 1000 A. D. By Radhey Shyam Chaurasia p. 38:"the Kernel of the Ramayana was composed before 500 B.C. while the more recent portion were not probably added till the 2nd century B.C. and later."
  5. ^ Archaeology and Language II: Archaeological Data and Linguistic Hypotheses By Roger Blench
  6. ^ Between East and West: The Moluccas and the Traffic in Spices Up to the ... By R. A. Donkin
  7. ^ Medicinal Plants Cultivation & Their Uses By H. Panda
  8. ^ a b Arokiaswamy, Celine W.M. (2000). Tamil Influences in Malaysia, Indonesia, and the Philippines. Manila s.n. m/s. 37, 38, 41, 43, 45–49, 51–57.
  9. ^ Hindraf – Pukul Anak Sindir Menantu, Oleh malaysiahadari.
  10. ^ Kementerian Sumber Manusia akan Menukar Taraf Hidup Pekerja Ladang.
  11. ^ Kementerian Sumber Manusia akan Menukar Taraf Hidup Pekerja Ladang.
  12. ^ Department of Statistics, Malaysia (2010). "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. m/s. 11, 62–81. Dicapai pada 6 Julai 2005.
  13. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 17 June 2012. p. 82
  14. ^ Arasaratnam, Sinnappah (1970). Indians in Malaysia and Singapore. London: Oxford University Press. m/s. 4, 168, 169, 170, 171, & 175. ISBN 978-0-19-218184-8.
  15. ^ Daniel, J. Rabindra (1992). "Diversity Among Indian Christians in Peninsular Malaysia". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 1 (262): 71–88. JSTOR 41493199.

Pautan luar