India Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini merujuk kepada kawasan Subbenua India. Untuk subbenua India yang merangkumi Asia Tenggara, lihat Hindia.
Untuk stesen sistem kereta api ringan, lihat stesen DRL India Timur.

India

East-India-locator.png

Negeri-negeri India Timur ditonjolkan dengan warna merah.[1]
Zon waktu IST (UTC+5:30)
Keluasan 418, 323 km² 
Negeri dan wilayah Bengal Barat, Orissa, Bihar, dan Jharkhand
Bandar raya yang mempunyai paling banyak penduduk (2008) Kolkata, Durgapur, Hoogly, Bhubaneswar, Patna, Cuttack, Ranchi, Rourkela
Bahasa rasmi Bengali,Hindi dan Oriya
Jumlah penduduk 226,925,195

India Timur ialah kawasan India yang terdiri daripada negeri Bengal Barat, Bihar,[2][3], Jharkhand, dan Orissa. Orissa dan Bengal Barat berkongsi sesetengah ciri budaya dan bahasa dengan Bangladesh dan negeri Assam. Bersama-sama dengan Bangladesh, Bengal Barat membentuk kawasan etno-linguistik Bengal sebelum Pemecahan India pada 1947.

Kebanyakan kawasan India Timur terletak di pantai timur India di sebelah Teluk Bengal dan di dataran Indo-Ganges. Jharkhand di dataran Chota Nagpur ialah negeri berbukit-bukit dan berhutan lebat yang kaya dengan mineral. Kawasan itu disempadani oleh:

Kawasan India Timur merupakan pusat sejarah empayar Maurya, Kalinga, Utkal, Gajapati, Sunga dan Pala yang memerintah kebanyakan subbenua India pada zaman kegemilangan mereka. Pada Zaman Pertengahan India, ia diserap ke dalam Empayar Mughal dan kemudiannya ke dalam empayar British. Selepas kemerdekaan pada 1947, negeri-negeri itu menyertai Kesatuan India dan mengambil bentuk terkini selepas States Reorganization Act (Akta Penyusunan Semula Negeri) 1956 diluluskan. Pada hari ini, negeri-negeri India Timur masih menghadapi masalah penduduk yang berlebihan, degradasi persekitaran dan rasuah yang menular, walaupun terdapat kemajuan ekonomi dan sosial yang bererti.

Rujukan dan nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Maity Pradyot Kumar ,Folk-rituals of Eastern India, pp. 7, "It is to be noted that among the provinces of the eastern India, i.e Bengal, Bihar, Orissa and Assam .... "
  2. "State Profile". Bihar Government website. http://gov.bih.nic.in/Profile/default.htm. 
  3. "Food riots, anger as floods swamp South Asia". Reuters India. http://in.reuters.com/article/topNews/idINIndia-35134220080822. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]