Budaya Indie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Indie (budaya))

Indie, merupakan ringkasan kepada (bahasa Inggeris independent) bebas, merupakan berkenaan trend yang dilihat dalam muzik, filem dan budaya kecil yang berkembang pada akhir kurun ke-20.

Takrifan yang lebih umum perkataan tersebut adalah untuk lebih bebas dari aliran utama. Perkataan ini semakin dikaitkan dengan budaya kecil yang ditakrifkan melalui kaitannya dengan muzik, fesyen, tabiat, dan kepercayaan. Budaya Indie merupakan satu carahidup yang menurut gaya masyarakat yang dianggap secara sedar melencong dari aliran utama. Satu kepercayaan yang sekata dalam budaya indie adalah anti-menurut. Pengaruh utama bagi budaya indie terhasil dari medan muzik indie, yang dikaitkan dengan budaya DIY pada seni. Ramai pengikut budaya indie dikaitkan dengan senario medan muzik dan seni bebas tempatan.

Semenjak kemunculannya pada awal 1980-an, semakin ramai remaja telah tertarik dengan kepercayaan dan gaya budaya indie. Sebagaimana budaya kecil sebelumnya, budaya indie telah menjadi sebahagian budaya remaja aliran utama, dalam sesetengah cara mencapai status pengikut yang pada awalnya ditolak. Pada 2000-an, budaya indie telah bercampur (crossovers) dengan budaya kecil lain, termasuk budaya alternatif, punk, Hipster, sekolah seni, hippie, grungers, dan gaya hidup Mod.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Rock Indie meletakkan dirinya sebagai genre muzik pada 1980-an apabila kumpulan seperti Pixies dan Sonic Youth, yang tidak pernah mencapai kejayaan besar dalam aliran utama, mencapai tahap kepujian kritikal (critical acclaim) dan pengikut kultus dikalangan kumpulan peminat bagi alternatif atau muzik yang tidak bersama label utama.

Muzik Indie mentakrifkan dirinya sebagai diperlukan bagi melawan syarikat besar, mula bangkit semenjak era punk Hardcore (teras) apabila kumpulan seperti Minor Threat, Black Flag dan Bad Brains kesemua mentakrifkan diri mereka sebagai semangat bebas, membebaskan kesemua video mereka pada syarikat rakaman kecil, menempah persembahan mereka sendiri dan mencipta sikap Buat Sendiri (DIY) bagi muzik punk. Di Amerika kumpulan Bebas awal kemudiannya dilabel sebagai kumpulan rock 'Alternative' atau 'College'.


Filem[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana scene muzik indie, filem bebas merupakan bentuk seni yang dihasilkan tanpa pembiayaan, dan dengan itu penyesuian, berbanding studio filem utama, yang dengan itu membenarkan peminat yang menghargai meneroka kualiti lebih tulin atau avant-garde dalam filem. Oleh kerana filem sedemikian kini semakin meningkat kepopularan sesetengah jaringan satelit telah melancarkan saluran filem indie khusus, membawa filem bebas kepada penonton telivesen yang lebih luas.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

artisans, and designers]