Industri automotif di Korea Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Industri automobil Korea Selatan adalah kelima terbesar di dunia dari segi isi padu pengeluaran dan keenam terbesar dari segi isi padu eksport, walaupun Korea Selatan bermula lewat dari segi perbandingan. Sedangan operasi permulaannya cuma terdiri daripada pemasangan bahagian-bahagian yang diimport daripada Jepun dan Amerika Syarikat, kini Korea merupakan salah satu daripada negara-negara pengeluaran automobil yang termaju di dunia. Keluaran dalam negara setiap tahun melebihi sejuta unit pada tahun 1988. Pada dekad 1990-an, industri ini menghasilkan pelbagai model rekaan sendiri yang mempertunjukkan bukan sahaja keupayaan tentang reka bentuk, prestasi serta teknologi, tetapi juga merupakan tanda kematangannya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Permulaan awal[sunting | sunting sumber]

Sejarah automobil Korea bermula pada Ogos 1955, ketika Choi Mu-seong, a mekanik kereta Korea, bersama dengan tiga adik-beradiknya, menaikkan enjin pada Jeep Tentera Amerika Syarikat yang telah diubahsuai untuk mencipta kereta pertama yang digelarkan "Sibal".

Pada tahun 1960, Sinjin Automobiles (pendahulu Daewoo Motors) melancarkan Sinjin Publica di bawah perjanjian pelesenan teknikal Toyota. Untuk memperkembangkan industri automobil, kerajaan Korea mengumumkan "Dasar Promosi Industri" pada tahun 1962, dan "Akta Perlindungan Industri Automobil" untuk melindungi industri muda ini. Pengilang automobil dihalang beroperasi di Korea, kecuali melalui usaha sama dengan entiti perniagaan tempatan. Usaha kerajaan menyebabkan syarikat-syarikat daripada bidang yang lain memasuki industri ini serta penubuhan syarikat baru. Tiga syarikat telah diasaskan pada tahun 1982:

  • Industri Kejituan Kyeongseong, yang kemudian menukarkan nama kepada "Industri Kia" dan bermula memasangkan kereta dengan kerjasama Mazda pada tahun 1964;
  • Syarikat Industri Automobil Ha Dong-hwan (pendahulu Syarikat Motor SsangYong); dan
  • Automobil Saenara yang diasaskan dengan kerjasama Syarikat Motor Nissan; syarikat ini adalah pengilang automobil yang pertama di Korea yang mempunyai kemudahan pemasangan moden.

Syarikat Asia Motors diasaskan pada tahun 1965, dan Syarikat Hyundai Motor pada tahun 1968 dengan kerjasama teknikal daripada Syarikat Ford Motor.

Walau bagaimanapun, kesemua syarikat ini cuma merupakan pemasang automobil melalui pengimportan bahagian-bahagian daripada rakan-rakan luar negeri.

1970-an–1980-an[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1970, Toyota bermula menunjukkan keberatan untuk meneruskan hubungannya denga Sinjin Automobiles. Selepas Toyota menarikkan diri pada tahun 1972, Shinjin memasuki usaha sama dengan General Motors dan membentukkan General Motors Korea, yang kemudiannya digelar "Saehan Motors" pada tahun 1976.

The Hyundai Pony, automobil jenama Korea yang pertama, dibina pada tahun 1975. Hyundai Motors mencapai ini dengan menggaji George Henry Turnbull dari British Leyland Motor Corporation sebagai naib presiden. Hasil terakhir merupakan usaha sama, yang terdiri daripada:

Hyundai mendapat lagi satu kecapaian pertama sewaktu ia mengeksportkan Pony ke Republik Ecuador pada tahun1976. Ini merupakan kereta asli Korea yang pertama dieksportkan.

Pada tahun 1982, Kumpulan Daewoo menguasai Saehan Motors, dan menukarkan namanya kepada "Daewoo Motors" pada tahun 1983. Walau bagaimanapun, industri automobil Korea amat terjejas oleh krisis tenaga 1979 dan kemelesetan ekonomi tempatan yang berikutan. Kerajaan mengambil tindakan untuk mengatasi keadaan yang serba salah ini pada tahun 1982 dengan pelaksanaan "Dasar Rasionalisasi Industri Automobil". Tujuan adalah untuk mengelakkan persaingan terlebih di antara keempat-empat pengilang automobil yang utama: Hyundai Motors, Industri Kia, General Motors Korea, dan Asia Motors. Di samping itu, kerajaan menangguhkan liberalisasi import automobil.

Sinjin Automobiles menukarkan namanya kepada "Syarikat Geohwa pada 1981, dan diambil alih oleh Syarikat Dong-A Motor pada tahun 1985. Pada tahun 1986, syarikat menukarkan nama sekali lagi kepada "Syarikat SsangYong Motor".

Sedangkan penyetempatan bahagian automobil merupakan perkara yang dipentingkan pada dekad 1970-an, pengembangan sistem pengeluaran besar-besaran untuk industri yang berorientasikan eksport menjadi isu pada dekad 1980-an. Hyundai memasuki pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1986 dan menetapkan rekod untuk jualan automobil yang terbanyak pada tahun pertama operasinya di Amerika Syarikat bila dibandingkan dengan jenama kereta yang lain — 126,000 buah kereta. Majalah Fortune memilihkan Excel untuk anugerah "Produk Terbaik 10", sebab utama kerana harganya yang rendah. Dengan kejayaan awal dalam pasaran eksport, syarikat itu bermula menghasilkan model-model yang direka secara dalaman serta dikilangkan dengan teknologi tersendiri pada tahun 1989. Sonata, sebuah kereta sedan yang mempunyai saiz sederhana, merupakan model yang pertama. Walau bagaimanapun, Sonata masih mengandungi banyak reka bentuk dan bahagian Mitsubishi.

1990-an dan selepas[sunting | sunting sumber]

Eksport kumulatif Hyundai ke Amerika Syarikat melebihi sejuta pada tahun 1990. Pada tahun 1992, model ScoupeTurbo menang dalam rali Panjat Bukit "Pikes Peak", dan dalam tahun 1993, Elantra dipilih sebagai "Kereta Terbaik Bagi Tahun 1993" di Australia. Model Accentnya mendapat Anugerah Pembelian Terbaik di Kanada pada tahun 1995, dan model Avantenya juga memenangi "Rali Asia-Pasifik" pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun, di tengah-tengah kejayaan ini, kesusahan sedang bergolak di Hyundai.

Hyundai Excel

Walaupun model Excel diterima dengan baik pada permulaan, ia memberikan Hyundai imej yang buruk sewaktu kelemahannya menjadi nyata. Dalam usaha untuk menurunkan kos, kualiti dan kebolehpercayaannya terjejas. Dengan reputasi sebegini di Amerika Syarikat, jualannya merosot dengan drastik dan peniaga-peniaganya bermula membatalkan francaisnya.

Lebih baik daripada memilih untuk keluarkan diri daripada pasaran yang terbesar di dunia, Hyundai bermula melaburkan secara besar-besaran dalam kualiti, reka bentuk, perkilangan serta penyelidikan jangka masa panjang pada tahun 1998, dan memberikan waranti sepuluh tahun ataupun 100,000 batu kepada pemilik keretanya di Amerika Syarikat. Usaha ini mencapai kejayaan kepada Hyundai, dan pada tahun 2004, ia seri dengan Honda untuk kualiti jenama permulaan, serti kedua dalam industri selepas Toyota, di sebuah tinjauan yang dijalani oleh J.D. Power and Associates.

Hampir akhir abad ke-20, industri bermula menghadapi tekanan yang amat kuat di negara sendiri, dengan pasaran tempatan yang bertumbuh pada kadar yang kurang daripada lima peratus, serta persaingan yang hebat, baik di dalam negeri ataupun di luar. Dengan pembaziran tenaga, pencemaran udara dan kesesakan lalulintas menjadi semakin teruk, kerajaan Korea mengenakan duti eksais yang tinggi sekali pada automobil dan gasolin di kalangan negara utama yang mengeluarkan automobil.

Pada tahun 1985, jumlah kenderaan yang didaftarkan di Korea adalah sejuta, akan tetapi pada tahun 1995, jumlahnya telah bertambah menjadi lapan juta. Sebagai gerak balas kepada tekanan-tekanan tersebut, pekilang-pekilang automobil Korea menjadi lebih agresif dari segi menetapkan harga dan kualiti, dan bermula mengembangkan kereta yang lebih besar serta meluaskan julat keluarannya untuk memenuhi pelbagai kecenderungan pelanggan.

Tekanan dalaman di dalam negara juga memaksakan pekilang automobil Korea untuk memasuki pasaran antarabangsa secara agresif. Pada awal dekad 1990-an, Daewoo Motors bermula berkembang dengan pesat ke seluruh dunia. Sehingga tahun 1996, kesemua keretanya berdasarkan model-model General Motors. Selepas Krisis Kewangan Asia yang bermula pada tahun 1997, Daewoo Motors mengambil alih SsangYong, sebuah syarikat kepakaran jip yang mengalami kesusahan pada tahun 1998, akan tetapi dengan pengambilalihan itu, ia sendiri mengalami kesusahan pada tahun 1999.

Asia Motors telah digabungkan secara seluruh dengan Syarikat Kia Motors (nama baru Industri Kia yang ditukarkan pada tahun 1990) pada tahun 1999. Pada tahun 1997, Kia Motor telah mengalami masalah kewangan yang menyebabkan penglibatan Korea Selatan dalam krisis kewangan Asia. Kia kemudian diperolehi oleh Hyundai Motors pada tahun 1998.

Kemasukan Samsung ke dalam industri automobil juga menemui nasib yang tidak baik. Diasaskan pada tahun 1994, Samsung Motors bermula menjual kereta pada tahun 1998, ketika Korea Selatan ditimpa oleh krisis kewangan Asia. Untuk mengatasi kesulitan kewangannya, Samsung menjualkan 70 peratus kepentingannya dalam syarikat kepada Renault dalam bulan Septemeber 2000, dan seterusnya, syarikat itu dinamakan Renault Samsung Motors.

Pembelian Daewoo Motors oleh Perbadanan General Motors pada tahun 2002 serta penyiapan kilang pemasangan pada kos sebilion dolar di Alabama pada tahun 2005 merupakan dua perkembangan utama yang akan mendorong industri automobil Korea untuk menumpukan usaha mereka ke Amerika Utara, pasaran eksportnya yang terbesar. Pemindahan Hyundai ke Amerika Syarikat menjadikan Hyundai sebagai pekilang automobil Asia yang keenam untuk membina kilang di Amerika Syarikat, dpekilang asing yang ketiga di Alabama, serta pekilang automobil yang keenam di tenggara Amerika Syarikat sejak 1990.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

1940-an & 1950-an[sunting | sunting sumber]

  • 1946: Industri Kejituan Kyeongseong diasaskan (pendahulu Syarikat Kia Motor).
  • 1955: (1) Choi Mu-seong, seorang mekanik kereta Korea, beserta tiga adik beradik, memasangkan enjin pada jip tentera Amerika Syarikat untuk membina model bersejarah yang digelarkan "Sibal"; (2) Sinjin Automobiles diasaskan (pendahulu Daewoo Motor); (3) Syarikat Kerja Awam Hyundai diasaskan oleh Chung Ju-yung; (4) Kedai Pemasangan Kereta Ha Dong-hwan diasaskan.

1960-an[sunting | sunting sumber]

  • 1960: Sinjin Automobiles melancarkan Sinjin Publica di bawah pelesenan Toyota.
  • 1961: Kerajaan mengasaskan "Akta Pemiawaian Perindustrian" dan mengumumkan "Akta Perniagaan Pengangkutan dan Akta Lalu Lintas Jalan".
  • 1962: (1) Kerajaan mengasaskan "Rancangan Industri Automobil 5-Tahun" dan mengumumkan "Akta Perlindungan Industri Automobil"; (2) Saenara Automobiles diasaskan dengan kerjasama teknikal daripada Syarikat Nissan Motor ; (3) Syarikat Industri Automobil Ha Dong-hwan Automobile diasaskan; (4) Industri Kejituan Kyeongseong bertukar nama menjadi "Industri Kia".
  • 1963: Sinjin Crown dan Sinsungho dilancarkan.
  • 1964: (1) Kerajaan mengumumkan "Rancangan Promosi Komprehensif untuk Industri Automobil"; (2) Industri Kia mengeluarkan model-model Mazda di bawah pelesenan; (3) Kia T-600 Triple Truck dilancarkan.
  • 1965: (1) Kerajaan mengumumkan "Rancangan Penyetempatan Automobil 3-Tahun" dengan tujuan untuk mencapai kandungan 90 peratus menjelang tahun 1967; (2) Syarikat Asia Motors diasaskan; (3) Sinjin Automobiles mengambil alih Saenara Automobiles.
  • 1966: Model Sinjin Corona, Trak Sinjin, dan Sinjin Ace dilancarkan.
  • 1967: Kerajaan mengumumkan "Piawai Kebenaran Kilang Automobil".
  • 1968: (1) Syarikat Hyundai Motor diasaskan dan menandatangani perjanjian pelesenan dengan Syarikat Ford Motor; (2) Model Hyundai Cortina, Hyundai Ford 20M, Hyundai Ford Siri D, dan Hyundai Ford Siri DK dilancarkan.
  • 1969: Kerajaan mengumumkan "Rancangan Asas bagi Promosi Industri Automobil".

1970-an[sunting | sunting sumber]

  • 1970: (1) Model Sinjin New Crown, Bas Hyundai 0303 Benz, Kia Titan dan Kia Boxer dilancarkan; (2) Toyota menunjukkan keberatan untuk meneruskan kerjasama dengan Sinjin Automobiles.
  • 1972: (1) Sinjin Automobiles berusaha sama dengan General Motors untuk membentukkan General Motors Korea, dan melancarkan Chevrolet 1700 yang berdasarkan model Holden Torana; (2) Model Kia Brisa (K303) dilancarkan berdasarkan model Mazda Familia; (3) Trak Kia KB dilancarkan berdasarkan model trak Hino; (4) Sinjin Automobiles melancarkan Jeep dibawah pelesenan daripada American Motors; (5) Trak Daewoo BF101 dan bas BV101 dilancarkan berdasarkan model trak Isuzu.
  • 1973: (1) Lebuh raya Kyeongbu dibuka; (2) New Cortina Hyundai dilancarkan.
  • 1974: (1) Kerajaan menetapkan matlamat setengah juta kereta dibuat setiap tahun melalui pengumuman "Rancangan Promosi Industri Automobil"; (2) Sinjin Automobiles berusaha sama dengan American Motor pada dasar 50-50 untuk membentukkan Syarikat Sinjin Jeep; (3) Model GM Korea Rekord berdasarkan Opel Rekord dilancarkan.
  • 1975: (1) Kerajaan mengasaskan "Akta Promosi Sistematisasi" bagi perusahaan kecil dan sederhana dalam industri automobil; (2) Syarikat Hyundai Motor Co. mengasaskan institut penyelidikan sendiri dan mengeluarkan Hyundai Pony, kereta jenama Korea pertama yang direka bentuk oleh Ital Design dan yang berdasarkan teknologi Mitsubishi; (3) Model Camina GM Korea dilancarkan berdasarkan Holden Torana.
  • 1976: (1) Hyundai Motor mencipta sejarah Korea dengan pengeksportan "Pony" ke Republik Ecuador; (2) Industri Kia mengambil alih Syarikat Asia Motors; (3) GM Korea bertukar nama menjadi "Saehan Automobiles", dan mengeluarkan model Saehan Gemini (berdasarkan Opel Kadett dan Isuzu Gemini), serta Saehan Elf (berdasarkan Isuzu Elf); (4) Trak Hyundai dilancarkan, berdasarkan trak Mitsubishi Fuso dan bas Mitsubishi Fuso; (5) Model Hyundai HD1000 dan Hyundai Vison dilancarkan.
  • 1977: Ha Dong-hwan Automobiles bertukar nama menjadi Dong-A-Motors.
  • 1978: (1) Model Hyundai Ford Cortina Mark IV, Hyundai Ford Cortina Mark V dan Hyundai Ford Granada dilancarkan; (2) Model

Saehan Rekord dan Saehan Royale Salon, kedua-dua berdasarkan Opel Rekord, dilancarkan.

  • 1979: (1) Syarikat Shinjin Jeep Motor bertukar nama menjadi "Syarikat Shinjin Motor" disebabkan syarikat menjadi perbadanan tempatan; (2) Trak Kia Bongo dilancarkan.

1980-an[sunting | sunting sumber]

  • 1980: Government announced integration of automobile industry.
  • 1981: Sinjin Automobiles changed its company name to Geohwa Company.
  • 1983: Saehan Automobiles changed its name to Daewoo Motor;
    • Daewoo Motor formed GM Daewoo with General Motors, and launched Daewoo Royale series;
    • Hyundai Stellar launched;
    • Hyundai Motors established Hyundai Auto Canada Inc.;
    • Keohwa's Korando launched.
  • 1985: Ministry of Commerce and Industry postponed import liberalization of automobiles;
    • Dong-A Motor Co. took over Geohwa Co.;
    • Kia Besta launched;
    • Number of vehicles registered in South Korea exceeded one million.
  • 1986: Government designated automobile industry for rationalization, based on the "Industry Development Act";
    • Government revised the "Road Transportation & Vehicle Act, and other related regulations;
    • Dong-A Motor Co. took over Geohwa Co. and renamed it Ssangyong Motor Co.;
    • Hyundai Excel, and Hyundai Presto AMX Model, launched and exported to USA;
    • Hyundai Excel nominated by Fortune magazine for the "Best Product 10" award;
    • Daewoo Lemans, based on Opel Kadett, launched.
  • 1988: Annual domestic automobile production volume exceeded one million units;
    • Korea Automobile Manufacturers Association (KAMA) established;
    • Hyundai named "Official Car" in Seoul Olympic;
    • Hyundai Chorus and Hyundai Sonata (new model) launched;
    • SsangYong Korando family launched.
  • 1989: Hyundai Motor completed construction of its plant in Bromont, Canada;
    • Hyundai Sonata launched, using in-house design, but still featuring Mitsubishi technology;
    • 3Gen from Hyundai Excel, Hyundai Porter 1.25 ton launced;
    • Kia Capital and Kia Wide-Bongo launched, along with Kia Motors's import model, Mercury Sable.

1990-an[sunting | sunting sumber]

  • 1990: Hyundai’s cumulative exports to the U.S. surpassed 1 million in 1990;
  • 1994: Samsung Motors founded.
  • 1995: Number of vehicles registered in South Korea exceeded eight million;
    • Hyundai's Accent earned "Canadian Best Buy Award", and also won the "Asia-Pacific" Rally;
    • First Seoul International Motor Show opened.
  • 1997: Kia Motors went into financial trouble, and helped push South Korea into the Asian financial crisis.
  • 1998: Hyundai began investing heavily in quality, design, manufacturing, and long-term research, and added a 10-year or 100,000 mile warranty to its vehicles in the United States;
    • Samsung Motors started selling cars;
    • Kia Motors acquired by Hyundai Motor;
    • Daewoo Motors took over the troubled Jeep specialist, SsangYong, but ran into financial trouble in 1999.
  • 1999: Asia Motors completely merged with Kia Motors Company.

2000-an[sunting | sunting sumber]

  • 2002: Daewoo memperolehi General Motors.
  • 2004: Hyundai seri dengan Honda untuk kualiti jenama permulaan, dan merupakan kedua dalam industri selepas Toyota, dalam tinjauan yang dilaksanakan oleh J.D. Power and Associates.
  • 2005: (1) Hyundai menyiapkan pembinaan kilang pemasangan yang menelan kos sebanyak $1 bilion di Montgomery, Alabama; (2) Samsung menjual 70% daripada kepentingnya kepada Renault, dan syarikat itu ditukar nama menjadi Renault Samsung Motors.

Pengeluar kereta[sunting | sunting sumber]

Hyundai[sunting | sunting sumber]

Kia[sunting | sunting sumber]

GM Daewoo[sunting | sunting sumber]

SsangYong[sunting | sunting sumber]