Informix-4GL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Informix-4GL merupakan sebuah bahasa pengaturcaraan 4GL yang dibangunkan oleh Informix pada pertengahan 1980-an. Ia menyertakan SQL terbenam, sebuah bahasa penulis laporan (report writer language), sebuah bahasa borang, dan sebuah set terhad kebolehan mustahak (fungsi, kenyataan if dan while, dsb.).

Projek Informix-4GL dimulakan pada 1985, dengan Chris Maloney sebagai ketua arkitek. Roy Harrington pula bertanggungjawab terhadap enjin Informix Turbo (kemudiannya dinamakan Online). Sebuah Alat Pembangunaan Aplikasi Rancak yang dipanggil Peralatan FourGen CASE, telah diberkaskan sekali dengan Informix-4GL dari 1989 hingga 1996. Satu lagi perkakas pengaturcaraan Informix yang dinamakan "New Era" turut dihasilkan, yang menyokong pengaturcaraan berorientasikan objek serta satu tahap keserasian kod dengan Informix-4GL.

Aplikasi berdikari[sunting | sunting sumber]

# Atur cara yang akan dikompil menggunakan fglpc atau c4gl, bergantung kpd versi yg digunakan

# Pilih pangkalan data 
DATABASE demo

MAIN
  # Mendefinisi satu rekod menggunakan struktur berupa jadual
  DEFINE cust_record LIKE customer.*

  # Baca data dari jadual (JDBC, ODBC, eat my dust!)
  SELECT * FROM customer INTO cust_record.* WHERE cust_id=1

  # Pratonton data di tengah-tengah skrin
  DISPLAY "Customer: ", cust_record.cust_name AT 10, 10

END MAIN

Pautan luar[sunting | sunting sumber]