Infusi subkutaneus
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Infusi subkutaneus atau infusi interstisial, (Bahasa Inggeris: hypodermoclysis), ialah pemberian bendalir melalui bahagian subkutaneus. Biasanya cecair yang digunakan ialah salin atau larutan glukosa.[1]
Infusi subkutaneus boleh digunakan apabila kadar penyerapan perlahan bendalir diperlukan berbanding dengan infusi intravena. Secara tipikalnya, ia dihadkan kepada kadar 1 ml seminit, walaupun kadar ini dapat ditambah dengan menggunakan dua tempat sekaligus. Kelebihan utama infusi subkutaneus berbanding infusi intravena ialah ia murah dan boleh diberi oleh mereka yang tidak terlatih dengan pemantauan minimum. Justeru ia amat sesuai digunakan dalam rawatan di rumah.[2]
Hialuronidase dapat meningkatkan penyerapan melalui infusi subkutaneus.
Rujukan [sunting]
- ↑ "hypodermoclysis", Merriam-Webster's medical dictionary online.
- ↑ Menahem Sasson, Pesach Shvartzman, "Hypodermoclysis: An Alternative Infusion Technique", American Family Physician, Vol. 64, No. 9 (November 1, 2001).
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |