Inisiatif Chiang Mai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Inisiatif Chiang Mai (CMI) ialah satu persetujuan mengenai bantuan kecairan serantau yang melibatkan 13 bank pusat negara anggota ASEAN+3 yang bersetuju menyalurkan kredit kepada satu sama lain sekiranya berlaku krisis sementara imbangan pembayaran atau kecairan. CMI diumumkan ketika perjumpaan menteri-menteri kewangan ASEAN+3 untuk mesyuarat tahunan Bank Pembangunan Asia (ADB) di Chiang Mai, Thailand, pada bulan Mei 2000.[1] Mula berkuatkuasa pada 24 Mac 2010, bantuan kecairan ini mempunyai dana rizab pertukaran asing bernilai AS$120 billon.[2]

Peserta Inisiatif Chiang Mai: anggota ASEAN diwarnakan hijau muda; negeri Tambah Tiga diwarnakan hijau

Tinjauan sejarah[sunting | sunting sumber]

Berikutan krisis kewangan Asia 1997/98, negara-negara Asia Timur berkongsi pendapat mengenai perlunya kerjasama yang lebih erat, bukan sahaja sebagai penampan kepada berulangnya krisis yang serupa tetapi juga untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. Keadaan yang wujud pada masa itu juga menunjukkan keperluan bertindak pantas melalui satu kerjasama pengaturan kewangan sebagai tambahan kepada kemudahan di bawah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pada Kemuncak Persidangan ASEAN+3 bulan November 1999 di Manila, Filipina, pemimpin-pemimpin ASEAN+3 bersetuju untuk menguatkan lagi mekanisme kerjasama melalui kerangka ASEAN+3. Pada perjumpaan menteri-menteri kewangan ASEAN+3 pada bulan Mei 2000 di Chiang Mai, mereka bersetuju untuk menubuhkan perjanjian kewangan serantau sebagai tambahan kepada kemudahan antarabangsa sedia ada.

Rangka kerja CMI[sunting | sunting sumber]

CMI terdiri daripada Pengaturan Swap ASEAN dan jaringan Pengaturan Swap Dua Hala, seperti berikut[3]:

  1. Pengaturan Swap ASEAN (ASA) – dilancarkan pada tahun 1977 dengan kemudahan berjumlah AS$100 juta, ASA pada mulanya melibatkan Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. ASA kemudian telah diperluaskan merangkumi semua negara anggota ASEAN, dengan jumlah terkini AS$2 bilion. Mereka boleh memohon untuk menswapkan mata wang tempatan dengan dolar Amerika, yen atau euro sehingga dua kali ganda jumlah komitmen masing-masing dan untuk tempoh maksimum enam bulan. Sebagai satu kemudahan pembayaran segera, pinjaman di bawah ASA harus dibuat dalam tempoh tujuh hari bekerja mulai dari tarikh permohonan dikemukakan kepada Bank Agen yang dilantik untuk menguruskannya; dan
  2. Pengaturan Swap Dua Hala (BSA) – saiz pengaturan swap di bawah setiap perjanjian yang ditandatangani antara negara anggota ASEAN+3 ditentukan melalui rundingan dua hala. Pengeluaran segera sehingga 20.0% jumlah maksimum pinjaman boleh dibuat apabila negara pemberi swap mengesahkan bahawa negara pemohon swap memang mengalami masalah kecairan jangka pendek. Baki hanya akan dikeluarkan setelah negara penerima berada di bawah program IMF. Sehingga kini, 16 BSA berjumlah AS$80 bilion telah ditandatangani, melibatkan lapan negara anggota.

Langkah seterusnya[sunting | sunting sumber]

Negara anggota ASEAN+3 bersetuju berusaha ke arah satu rangka kerja yang lebih maju dengan meluaskan CMI ke peringkat pelbagai hala untuk terus memperkukuhkan CMI. Mereka telah menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk menghalusi pelaksanaan perkara ini. Sebagai langkah awal, ia akan menumpukan kepada penubuhan pengaturan rizab terkumpul yang ditadbir sendiri menerusi satu perjanjian.

Bendera Negara Mata wang Bank pusat [[Keluaran dalam negara kasar|KDNK nominal 2010
(AS$)
Sumbangan kewangan[4]
(AS$)
Flag of the People's Republic of China.svg Flag of Hong Kong.svg Republik Rakyat China dan Hong Kong renminbi dan dolar Bank Rakyat China dan Lembaga Monetari Hong Kong 5,971,618,000,000[Note 1] 38,400,000,000[Note 2]
Flag of Japan.svg Jepun yen Bank Jepun 5,390,897,000,000 38,400,000,000
Flag of South Korea.svg Korea Selatan won Bank Korea 1,007,084,000,000 19,200,000,000
Flag of Indonesia.svg Indonesia rupiah Bank Indonesia 695,059,000,000 4,770,000,000
Flag of Thailand.svg Thailand baht Bank Thailand 312,605,000,000 4,770,000,000
Flag of Malaysia.svg Malaysia ringgit Bank Negara Malaysia 218,950,000,000 4,770,000,000
Flag of Singapore.svg Singapura dolar Penguasa Kewangan Singapura 217,377,000,000 4,770,000,000
Flag of the Philippines.svg Filipina peso Bank Pusat Filipina 189,061,000,000 4,770,000,000
Flag of Vietnam.svg Vietnam đồng Bank Negeri Vietnam 101,987,000,000 1,000,000,000
Flag of Laos.svg Laos kip Bank Republik Demokratik Rakyat Lao 6,341,000,000 30,000,000
Flag of Brunei.svg Brunei Darussalam dolar Lembaga Matawang dan Monetari Brunei 11,963,000,000 30,000,000
Flag of Cambodia.svg Kemboja riel Bank Negara Kemboja 11,360,000,000 120,000,000
Flag of Myanmar.svg Myanmar kyat Bank Pusat Myanmar 35,646,000,000 60,000,000
Nota
  1. KDNK China dan Hong Kong ialah AS$5,745,133,000,000 dan AS$226,485,000,000.
  2. Sumbangan Hong Kong AS$4,200,000,000 dimasukkan sekali dengan Republik Rakyat China.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Tadahiro Asami, "Chiang Mai Initiative as the Foundation of Financial Stability in East Asia", IIMA, 1 Mac 2005
  2. Siaran Akhbar BNM 24 Mac 2010
  3. Laporan Ekonomi 2007/2008, ms. 22, Bank Negara Malaysia
  4. "The Establishment of the Chiang Mai Initiative Multilateralization" (PDF). Kementerian Kewangan (Jepun). 28 Disember 2009. ms. 2. Diperoleh pada 4 Januari 2010.