Sumbang mahram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Inses)

Sumbang mahram (kata lama: sumbang[1]) ialah hubungan seks dilakukan sesama ahli-ahli keluarga yang rapat. Ia merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks yang lain. Umpamanya, masyarakat Marquesa Polinesia Perancis sebelum dipengaruhi oleh dunia Barat membenarkan keseksualan kanak-kanak dan pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang mahram.

Pengertian yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan-kebudayaan yang berbeza mempunyai tanggapan-tanggapan yang berbeza tentang apa yang dimaksudkan dengan "kegiatan seks" serta "ahli keluarga yang rapat". Sesetengah kebudayaan hanya mengambil kira mereka yang mempunyai hubungan melalui kelahiran, sedangkan yang lain termasuk mereka yang mempunyai pertalian melalui perkahwinan serta pengambilan anak angkat. Ada juganya kebudayaan yang melarang sebarang hubungan seks antara mereka yang dibesarkan dalam rumah tangga yang sama, manakala ada yang melarang hubungan seks antara orang-orang yang dibesarkan dalam rumah tangga yang berkait.

Sumbang mahram boleh berlaku antara saudara yang sama jantina mahupun berlainan jantina. Ia juga boleh berlaku antara saudara kandung, ibu bapa dengan anak-anaknya, serta antara saudara-saudara dewasa.

Sumbang mahram antara saudara yang rapat merupakan satu jenayah dalam kebanyakan bidang kuasa wilayah, termasuk kes-kes yang mendapat kesepersetujuan, walaupun sekali lagi apa yang dimaksud dengan istilah "rapat" berbeza-beza. Bagaimanapun, oleh sebab sumbang mahram merupakan suatu perbuatan perorangan yang dilakukan secara sulit, undang-undang sumbang mahram merupakan sebuah undang-undang yang susah dikuatkuasakan. Terdapat banyak perbezaan antara negara-negara tentang keseriusan jenayah sumbang mahram, dengan sebilangan negara seperti Australia menganggap sumbang mahram sebagai satu kesalahan berat yang boleh didakwa, manakala negara-negara yang lain menganggapnya sebagai suatu jenayah kecil dengan hukuman yang jauh lebih ringan.

Penjelasan biologi dan sosial[sunting | sunting sumber]

Hubungan sumbang mahram diketahui berpotensi tinggi menghasilkan keturunan yang secara biologinya lemah, baik fizikal mahupun mental (cacat), atau bahkan berbahaya (membawa maut). Fenomena ini juga umum dikenal dalam dunia haiwan dan tumbuhan sebagai pembiakbakaan dalam. Ini boleh terjadi akibat pengumpulan homozigot atau gen-gen pembawa 'sifat lemah' dari kedua-dua induk pada satu individu (anak).

Secara sosial, hubungan sumbang dapat disebabkan, antara lain, oleh ruangan dalam rumah yang tidak memungkinkan ibu bapa, anak, atau sesama saudara berpisah bilik. Hubungan sumbang antara orang tua dan anak dapat pula terjadi kerana keadaan psikososial yang kurang sihat pada individu yang terlibat.

Hampir semua budaya tidak mentoleransi hubungan sumbang, kecuali beberapa budaya lama yang mengecualikannya untuk untuk kepentingan-kepentingan tertentu, seperti politik atau kemurnian kaum. Semua agama besar dunia juga melarang hubungan sumbang. Di dalam aturan agama Islam (fiqh), misalnya, terdapat konsep mahram yang mengatur hubungan sosial di antara individu-individu yang masih sekerabat. Seseorang itu tidak diperkenankan menjalin hubungan percintaan atau perkawinan dengan ibu bapa, datuk atau nenek, saudara kandung, saudara tiri (bukan saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara, serta cucu.

Perbezaan antara sumbang mahram dengan pembiakbakaan dalam[sunting | sunting sumber]

Konsep-konsep "sumbang mahram" dan "pembiakbakaan dalam" adalah tidak sama.

"Sumbang mahram" merujuk kepada pantang larang kegiatan seks dari segi sosial antara orang-orang perseorangan yang dianggap bersaudara terlalu rapat untuk berkahwin. Dengan kata yang lain, sumbang mahram merupakan sepatah istilah sosial dan kebudayaan. Sebaliknya, "pembiakbakaan dalam" merujuk kepada pembiakan antara orang-orang perseorangan dengan gen yang terlalu rapat, tanpa mengira kedudukan-kedudukan sosial mereka. Istilah ini ialah istilah saintifik dan bukannya istilah sosial atau kebudayaan.

Dalam banyak masyarakat, takrif untuk "sumbang mahram" dan "pembiakbakaan dalam" adalah sama. Umpamanya, hubungan seks antara orang-orang yang rapat gennya dianggap sebagai sumbang mahram. Sebaliknya, dalam masyarakat-masyarakat yang lain, hubung kaitnya mungkin tidak sebegitu ketara. Banyak budaya menganggap hubungan seks antara sepupu selari sebagai sumbang mahram, tetapi tidak hubungan seks antara sepupu silang, walaupun tahap hubungan genetik tidak berbeza. Selain itu, hubungan seks mungkin dianggap sebagai sumbang mahram walaupun tidak terdapat sebarang hubungan genetik, umpamanya antara:

  • ibu bapa tiri dengan anak tirinya
  • seorang lelaki dengan kakak atau adik iparnya
  • seorang perempuan dengan abang atau adik iparnya

walaupun hubungan-hubungan tersebut tidak membabitkan sebarang risiko pembiakbakaan yang melebihi perkahwinan yang dibenarkan.

Bentuk sumbang mahram[sunting | sunting sumber]

Sumbang mahram antara ibu bapa dengan anak[sunting | sunting sumber]

Sumbang mahram antara ibu bapa dan anak mereka pada mana-mana satu umur boleh berlaku, baik antara jantina yang berbeza mahupun antara jantina yang sama.

Banyak ahli-ahli sains, sosiologi, dan psikologi, serta pekerja sosial dan pegawai kerajaan yang lain telah mengkaji kesan sumbang mahram ibu bapa dan mempertimbangkannya daripada kedua-dua segi. Bagaimanapun, pendirian berat sebelah umumnya wujud dalam penyelidikan, bersama-sama dengan hubungan rapat antara para penyelidik dengan "mangsa-mangsa" yang menjejaskan keobjektifan penyelidikan mereka (umpamanya, Andrew Vachss, Ken Adams). Adanya perbezaan yang dramatik antara bilangan-bilangan kes ketika ibu bapa "tiri" juga dianggap sebagai kes sumbang mahram.

Memandangkan dwisifat pantang larang dan sifat haram sumbang mahram antara ibu bapa dengan anak mereka, serta fakta bahawa ia dilakukan dengan kanak-kanak yang bergantung kepada mereka, banyak kes tidak dilaporkan dalam statistik kerajaan rasmi yang hanya mengandungi matlumat yang diberikan secara rela.

Sumbang mahram antara saudara kandung[sunting | sunting sumber]

Interaksi-interaksi sumbang mahram sepersetujuan antara adik beradik yang berumur serupa kekadang berlaku, menurut sebuah kajian oleh Floyd Martinson yang mendapati bahawa antara 10-15% daripada pelajar kolej mempunyai pengalaman seks kanak-kanak dengan seorang saudara kandung. Pengalaman tersebut merupakan sejenis keseksualan kanak-kanak. Bagaimanapun, ketika terdapat perbezaan umur yang besar antara saudara-saudara kandung, dan ibu bapa tidak membekalkan keluarga berfungsi, dan/atau ketika paksaan atau perdayaan digunakan, sumbang mahram saudara kandung boleh mengakibatkan kerosakan psikologi yang serius kepada saudara kandung yang lebih muda, menurut penyelidik Richard Niolon. Sumbang mahram saudara kandung boleh juga merosakkan atau memusnahkan sama sekali ikatan saudara kandung.

Hubungan seks antara sepupu dan antara saudara jauh[sunting | sunting sumber]

Peta tentang kesahan perkahwinan antara sepupu di Amerika Syarikat.

Dalam kebanyakan dunia Barat, sumbang mahram secara amnya merujuk kepada hubungan seks yang dilarang dalam keluarga. Bagaimanapun, takrif tentang keluarga berbeza-beza. Di dalam Amerika Syarikat, perkahwinan antara sepupu diharamkan di sesetengah negeri, tetapi adalah sah di sisi undang-undang di negeri-negeri yang lain, dengan ahli-ahli sosiologi mengelaskan undang-undang perkahwinan kepada dua kategori:

  • kumpulan yang mengambil takrif sumbang mahram daripada kitab Bible yang lebih tidak menyukai perkahwinan dalam jurai keturunan berbanding dengan saudara sedarah;
  • kumpulan yang berpendirian bertentangan, iaitu lebih tidak menyukai perkahwinan antara saudara sedarah (seperti sepupu), berbanding dengan jurai keturunan.

Dua puluh empat buah negeri mengharamkan perkahwinan antara sepupu, dan lagi enam buah negeri membenarkannya hanya dalam keadaan-keadaan yang khusus. Umpamanya, Utah membenarkan perkahwinan antara sepupu hanya jika kedua-dua pasangan berumur melebihi 65 tahun, atau sekurang-kurangnya 55 umur atas bukti kemandulan. Carolina Utara membenarkan perkahwinan antara sepupu kecuali mereka merupakan sepupu daripada melebihi satu jurai keturunan (bahasa Inggeris: "double first cousins") . Maine membenarkan perkahwinan antara sepupu hanya selepas penyerahan sijil kaunseling genetik. Sembilan belas buah negeri yang tinggal, serta Daerah Columbia membenarkan perkahwinan antara sepupu tanpa sebarang sekatan.

Sah di sisi undang-undang di negeri-negeri berikut

Alabama, Alaska, California, Carolina Selatan, Carolina Utara, Colorado, Connecticut, Daerah Columbia, Georgia, Hawaii, Maryland, Massachusetts, New Jersey, New Mexico, New York, Pulau Rhode, Tennessee, Vermont, Virginia

Diharamkan di negeri-negeri berikut

Arkansas, Dakota Selatan, Dakota Utara, Delaware, Florida, Idaho, Iowa, Kansas, Kentucky, Louisiana, Michigan, Minnesota, Mississippi, Missouri, Montana, Nebraska, Nevada, New Hampshire, Ohio, Oklahoma, Oregon, Pennsylvania, Texas (tiada kes baru sejak 1 September 2005; perkahwinan dahulu masih dianggap sah di sisi undang-undang), Virginia Barat, Washington, Wyoming

Sah di bawah keadaan-keadan tertentu di negeri-negeri berikut

Arizona, Illinois, Indiana, Maine, Utah, Wisconsin

Atas sebab Fasal Kepercayaan Penuh dan Penghargaan dalam Perlembagaan Amerika Syarikat, sebuah perkahwinan antara dua orang sepupu yang diadakan di sebuah negeri yang mengesahkannya secara amnya masih sah di sisi undang-undang di negeri-negeri lain yang mengharamkan perkahwinan sedemikian. Oleh itu, dua orang sepupu yang merupakan penduduk sah di Virginia dan yang berkahwin di sana, tetapi kemudian berpindah ke Michigan, masih akan diakui sebagai berkahwin secara sah di sisi undang-undang Michigan. Bagaimanpun, lingkungan "Fasal Kepercayaan Penuh dan Penghargaan" tidak jelas kerana negeri-negeri tidak perlu mengakui perkahwinan yang diadakan di Massachusetts antara pasangan sama jantina. Jelas adanya percanggahan, dengan mahkamah-mahkamah mentafsirkan klausa tersebut dengan cara-cara yang berbeza. Sesetengah negeri seperti Wisconsin [1]) juga memperlakukan perkahwinan di luar negeri yang diadakan di sana untuk memintasi sekatan perkahwinan negerinya, serta juga perkahwinan yang diadakan di negerinya untuk mengelakkan sekatan di bidang kuasa wilayah lain, sebagai batal dan tidak sah.

Lihat juga: Pasangan sepupu

Sumbang mahram terselindung dan sumbang mahram emosi[sunting | sunting sumber]

'Sumbang mahram terselindung' dan 'sumbang mahram emosi' merupakan istilah yang menimbulkan perbalahan yang digunakan oleh sesetengah orang apabila memerihalkan keadaan-keadaan yang tidak mempunyai sebarang sentuhan seks yang sebenar, tetapi hanya merupakan hubungan emosi yang tidak wajar antara saudara-saudara. Salah satu contoh adalah ketika seorang ibu bapa memperlakukan anaknya dengan cara yang serupa dengan cara seseorang memperlakukan pasangan seksnya, walaupun mereka tidak melakukan sebarang kegiatan seks.

Mereka yang menggunakan istilah 'sumbang mahram terselindung' akan menggunakan istilah 'sumbang mahram terang-terangan' untuk memerihalkan hubungan seks antara saudara-saudara, walaupun hampir semua orang akan memanggilnya sebagai "sumbang mahram" secara mudah tanpa sebarang pembatasan. Hanya penyokong konsep sumbang mahram terselindung secara amnya akan menggunakan istilah 'sumbang mahram terang-terangan'. Banyak pemandiri sumbang mahram dan orang-orang yang lain berdebat bahawa sesuatu keadaan yang tidak melibatkan sentuhan seks yang fizikal harus tidak dipanggil sumbang mahram.

Konsep sumbang mahram terselindung adalah penuh dengan perbalahan. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, perkara ini telah biasa dibincangkan oleh ahli-ahli terapi serta kumpulan-kumpulan membantu diri, dengan buku-buku seperti Digoda dengan Senyap: Apabila Ibu Bapa Menjadikan Anak Mereka Sebagai Pasangan - Memahami Sumbang Mahram Terselindung (Silently Seduced: When Parents Make their Children Partners - Understanding Covert Incest) oleh Kenneth Adams (ISBN 1-55874-131-3). Bagaimanapun, konsep ini telah dikritik kerana mengecilkan perbuatan-perbuatan yang secara tradisi dikenali sebagai sumbang mahram. Ia juga dikritik sebagai menghantukan ibu bapa yang, sedangkan menghadapi persoalan emosi dalam hubungan dengan kanak-kanak mereka, tidak pernah melakukan sebarang perbuatan yang akan memanggil "sumbang mahram" oleh kebanyakan orang. Para pengkritik mendakwa bahawa "sumbang mahram terselindung" bukannya konsep yang berkait dengan penyelidikan ilmiah yang serius; sebaliknya, ia hanya merupakan ciptaan psikologi popular.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "sumbang". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 499 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan sokongan[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan politik[sunting | sunting sumber]

  • PROTECT ialah sebuah persatuan kebangsaan yang bertujuan untuk menghapuskan undang-undang "kekecualian sumbang mahram" yang masih wujud di sesetengah negeri Amerika Syarikat.

Rencana terbitan[sunting | sunting sumber]

  • Sumber Penganiayaan Dalam Keluarga (Sumbang Mahram) – oleh Andrew Vachss, seorang peguam yang mewakili kanak-kanak dan belia secara khusus, dengan 30 tahun pengalaman dalam bidang perlindungan kanak-kanak.
  • Rencana: Kaum Lemah lembut – "Tertarik kepada ketaatan mereka, mahkamah-mahkamah telah membenarkan kaum Amish hidup di luar kawalan undang-undang..."
  • Buah Larangan – "Pembiakbakaan dalam antara ahli-ahli poligami di sepanjang sempadan Arizona-Utah sedang mewujudkan sebuah kasta kanak-kanak terencat akal serta yang amat cacat."

Persoalan sosial[sunting | sunting sumber]

Persoalan undang-undangan[sunting | sunting sumber]

Sains dan biologi[sunting | sunting sumber]

Statistik[sunting | sunting sumber]