InstaForex

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
InstaTrade Corporation
Jenis Swasta
Industri Perdagangan dalam talian, pertukaran asing
Ditubuhkan 2007
Ibu pejabat Kepulauan Virgin British
Pekerja 200+
Laman web www.instaforex.com

InstaForex (Perbadanan InstaTrade) – ialah sebuah syarikat ECN yang menyediakan perkhidmatan perdagangan dalam talian untuk pasaran kewangan antarabangsa pertukaran asing (forex) dan perkhidmatan perdagangan CFD untuk perbezaan kontrak.

Nama syarikat ini wujud daripada perkataan Ingeris "instant" (segera) dan "forex", yang mana membawa maksud "arahan pelaksanaan serta-merta dalam pasaran pertukaran asing".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Projek InstaForex di jumpai pada tahun 2007 oleh Perbadanan InstaTrade sebagai broker-ECN dalam pasaran kewangan pertukaran asing. Kemudiannya, telah membuat pendaftaran kontrak dengan syarikat terkemuka dalam kejuruteraan perisian untuk pasaran-pasaran kewangan – MetaQuates Software. Inilah titik permulaan bagaimana InstaForex beroperasi seluruh dunia dalam perkhidmatan-perkhidmatan pembrokeran. Ketika beberapa bulan pertama, kontrak-kontrak operasi InstaForex boleh diklasifikasikan hanya tertumpu pada agen-agen-kontra barat sahaja, yang mana menyediakan laluan masuk ke pasaran mata wang perbankan. Bagi menyediakan maklumat sokongan kepada pelanggan-pelanggan, perjanjian telah ditandatangani untuk menyediakan berita-berita dengan syarikat media terunggul dalam pasaran-pasaran kewangan di USA – Dow Jones & Company.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Perbadanan Instatrade didaftarkan dalam kawasan luar pesisir Kepulauan Virgin British. Jabatan Perhubungan Pelanggan, Jabatan Urusniaga dan Jabatan Pemasaran adalah di Kaliningrad (Rusia). Lagipun, Instaforex mempunyai ramai perwakilan dari seluruh dunia seperti di Rusia, Ukraine, Latvia, Kazakhstan, Malaysia, Indonesia, India, Dubai, Iran, China, dan A.S.

Lesen[sunting | sunting sumber]

Aktiviti-aktiviti kumpulan syarikat InstaForex adalah tertakluk di bawah undang-undang antarabangsa dan Rusia. Perbadanan InstaTrade di daftarkan di Kepulauan Virgin British dan akta-akta perundangan mengikut garis panduan undang-undang British. Pejabat utama adalah di Rusia dan lesen-lesen pembrokeran di peroleh bagi kumpulan syarikat Instaforex yang mana di akui oleh hak kuasa utama Persekutuan Rusia – Persekutuan Perkhidmatan Pasaran Kewangan (FFMS).

Operasi syarikat[sunting | sunting sumber]

Arah utama operasi kumpulan InstaForex adalah menyediakan perkhidmatan perdagangan dalam talian. Syarikat ini telah menyediakan perkhidmatan seumpama ini lebih dari 50 buah negara di seluruh dunia. Majoriti yang menerima perkhidmatan jenis ini datangnya dari negara-negara Eropah dan Asia. Setiap hari lebih dari 300 peniaga membuka akaun di InstaForex dan melabur dana dalam mata wang dan pasaran-pasaran saham.

Pada masa sekarang, lebih dari 140,000 individu dan syarikat menjadi pelanggan-pelanggan InstaForex.

Platform dagangan[sunting | sunting sumber]

Melakukan urusniaga dan menguruskan akaun-akaun dagangan dilakukan dengan sistem dagangan InstaTrader. InstaTrader adalah kejuruteraan perisian yang mana menggunakan produk MetaTrader4 dari syarikat MetaQuotes Software. Kepelbagaian fungsi di terminal dagangan menghasilkan peluang melaksanakan urusniaga di pasaran Forex, menerima sebut harga pasaran untuk pasangan mata wang utama, campuran, indeks saham dunia, menerima berita-berita pasaran yang mana di umum dan ditinjau oleh pihak syarikat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]