Institut Wasatiyyah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Institut Wasatiyyah Malaysia
Maklumat am
Jenisagama
Penubuhan
PengasasKerajaan Malaysia
Identiti
Kawasan berkhidmatMalaysia
FokusDasar Wasatiyyah Negara
Bidangmenyelaras melaksanakan pendekatan wasatiyyah di Malaysia
Pembubaran
Dibubarkan2018
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Institut Wasatiyyah Malaysia atau IWM ditubuhkan sejajar dengan iltizam YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah mengetengahkan pendekatan kesederhanaan ataupun wasatiyyah dalam mengemudi umat dan negara bagi menghadapi cabaran pada masa sekarang dan akan datang.

Justeru itu, Institut Wasatiyyah Malaysia menggerakkan pendekatan wasatiyyah berdasarkan aspirasi Dato' Sri Mohd Najib ke segenap lapisan masyarakat merangkumi golongan profesional, pemimpin masyarakat, kelompok cendekiawan, pelajar, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam bagi menggarap pendekatan wasatiyyah ini sebagai tonggak kepada kesatuan umat di Malaysia.[1]

Objektif[sunting | sunting sumber]

IWM ditubuhkan dengan beberapa objektif:

  • Menyumbang ke arah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang menghayati nilai-nilai dan etika yang unggul berteraskan konsep wasatiyyah dalam segenap aspek kehidupan. Memberi tumpuan terhadap aspek kesederhanaan dan keseimbangan menerusi rasa hormat terhadap demokrasi, peraturan dan undang-undang, pendidikan, InfoPokers maruah dan harga diri seseorang, serta keadilan sosial.[2]
  • Menjadi pusat kepada perkembangan dan percambahan idea bagi membanteras segala kegiatan ekstremis.[3]
  • Mengumpulkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang untuk berbincang, memberikan pandangan dan menganalisa perkara yang berkaitan wasatiyyah.

Lembaga Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia[sunting | sunting sumber]

Penaung  : YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak

Pengerusi  : YB Dato' Seri Dr Abdullah Bin Md Zain

Pengarah  : YBHG Tuan Haji Mohd Yusof Din

Pengarah Eksekutif : YBHG Datuk Akmar Hisham Mokhles

Seminar Nusantara: Islam di Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Pada 18 hingga 20 Januari, FELDA dengan kerjasama Persatuan Generasi Bestari dan MYKMU telah mengadakan satu seminar "Islam Di Asia Tenggar" bertempat di PWTC, Kuala Lumpur Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh wakil-wakil muslimin dari segenap pelusuk Asia Tenggara. Ianya bertujuan untuk membincangkan hal-hal berkaitan perkembangan Islam di Asia Tenggara.[4]

Dengan bertemakan slogan "Harapan Dan Cabaran" seminar ini memberikan satu anjakan paradigma tentang perubahan sekitar umat Islam di Asia Tenggara.[5] Dunia Islam amnya dan Asia Tenggara khasnya, melihat Malaysia sebagai negara Islam paling berjaya membangunkan masyarakat dan negara hasil penghayatan dan aplikasi ajaran Islam yang sederhana (wasatiyyah) dan berhikmah.

Malaysia berjaya membangunkan asas-asas ekonomi, sosial dan agama secara adil dan saksama walaupun dalam suasana kemajmukan rakyatnya.

Pada masa yang sama, jika wujud sebarang isu masyarakat Islam minoriti di mana-mana negara Asia Tenggara, Malaysia mampu memainkan peranannya.

Hakikatnya kewibawaan Malaysia ini adalah hasil sokongan majoriti rakyat kepada sebuah kerajaan yang berkesinambungan dan hasil kebijaksanaan pemimpinnya mengemudi negara sejak merdeka.

Justeru,Seminar Nusantara – Islam Di Asia Tenggara : Cabaran Dan Harapan yang diadakan menghimpunkan tokoh ilmuan dan pemimpin masyarakat Islam dari negara-negara Asia Tenggara, bagi melahirkan kesepakatan agar mampu berperanan dengan Cobaslot Diarkibkan 2020-08-09 di Wayback Machine sebaik mungkin di negara masing-masing.

Pembentang Kertas Kerja[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Semasa berlangsungnya seminar tersebut, wakil pembentang dari Singapura Prof Muhammad Hussin Bin Mutalib telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan warga Islam di Singapura bernasib lebih baik dari warga negara Islam di tempat lain.

Perkara ini telah mengundang perasaan yang tidak senang dari kalangan peserta seminar. Mereka melahirkan rasa tidak puas hati semasa sesi soal jawab dimana wakil dari Singapura telah disoal dan dipertikai dingdong online Diarkibkan 2020-10-08 di Wayback Machine.[6]

`Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 1 Malaysia Official Website . "Najib Umum Penubuhan Institut Wsatiyyah", Malaysia, 27 October 2005. Retrieved on 23 January 2013.
  2. ^ Jamaluddin, Aziz . "Institut Wasatiyyah Tolak Ekstremisme" Diarkibkan 2013-03-11 di Wayback Machine, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ", Malaysia, 21 April 2012. Retrieved on 23 January 2013.
  3. ^ Bernama. "Najib Umum Penubuhan Institut Wasatiyyah", MalaysiaKini, Malaysia, 17 January 2013, Retrieved on 23 January 2013
  4. ^ YADIM. "Institut Wasatiyyah Buktikan Kerajaan Tegas Tolak Ekstremisme"[pautan mati kekal], Malaysia 26 January 2012, Retrieved on 23 January 2013.
  5. ^ http://ummatanwasatan.net/2012/01/institut-wasatiyyah-buktikan-kerajaan-tegas-tolak-ekstremisme/[pautan mati kekal]
  6. ^ Yan, Adam, "Seminar Nusantara: Malang Sungguh Melayu Singapura" Diarkibkan 2013-01-21 di Wayback Machine, "MYKMU", 20 January 2013, Retrieved on 23 January 2013.