Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera
[[Image:|centre|150px]]
Aktif Jun 1965
Negara  Malaysia
Cawangan Angkatan Tentera Malaysia
Pusat latihan Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka


Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera atau INSAN merupakan satu institusi latihan di bawah pentadbiran Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Angkatan Tentera Malaysia. Institut ini terletak di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka. Peranan utama INSAN adalah bagi menyediakan, memberi, melatih dan menghasilkan paramedik yang terlatih bagi memenuhi keperluan perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia yang merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu tentera darat, tentera laut dan tentera udara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal penubuhan INSAN bermula pada bulan Jun 1965 dengan Kompeni Perubatan Angkatan Tentera, dengan semua latihan kemahiran untuk anggota sokongan perubatan dikendalikan di Port Dickson. Pada bulan November 1965, pusat latihan berpindah ke RSAT TUDM Sungai Besi, Haigate, Kuala Lumpur. Pada tahun 1970, satu jawatankuasa latihan ditubuhkan di Hospital Kem Terendak bagi mengurus dan menyelaras latihan kemahiran. Kompeni Perubatan dibubarkan dan sebagai gantinya Sekolah Ubatan dan Gigian (SKUG) ditubuhkan pada 14 Mei, 1980. Pada tahun 1988, mama pusat latihan kemudian ditukar kepada Sekolah Kor Kesihatan (SKK), manakala pada tahun 1994, ia dikenali pula sebagai Institut Latihan Kesihatan Tentera Darat (INSAN TD). Bermula pada 1 Januari, 1996, nama Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN AT) mula dipakai secara rasmi.

Senarai komandan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai bekas komandan INSAN;

  1. Lt Kol (Dr) S A Peter (400953) MBBS MPH (01/04/1980 - 31/12/1981)
  2. Lt Kol (Dr) R C Lopes (400955) MBBS DSP (01/01/1982 - 05/04/1984)
  3. Lt Kol (Dr) Mohd Termidzi bin Junaidi (3000608) BDS DDPH (09/04/1984 - 31/12/1985)
  4. Lt Kol (Dr) Abd Rahim bin Ahmad (3000923) MBBS MPH (01/01/1986 - 30/12/86)
  5. Lt Kol (Dr) Ashok Kumar @ Asoka Kumar a/l Rahman Kutty (3001137) AMN MBBS MSC CTM MPH DTMSH (31/12/1986 - 17/08/1988)
  6. Lt Kol (Dr) Ahmad Badrus bin Othman (420296) MBBS MPH DTMSH (18/08/1988 - 31/05/1990)
  7. Lt Kol (Dr) Sulaiman bin Abdullah (3003358) MD MPH DTMSH DPMPH (01/06/1990 - 31/01/1994)
  8. Lt Kol (Dr) Azlan Hamzah bin Dato' Sulong Ahmad (3003805) MBBS MPH psc (01/02/1994 - 10/08/1995)
  9. Lt Kol (Dr) Ya'akop bin Koming (3003912) MD MPH (11/08/1995 - 01/08/2000)
  10. Kol (Dr) Hj Samsudin bin Hj Suirman (3003969) MBBS MPH (02/08/2000 - 28/04/2004)
  11. Lt Kol (Dr) Khairuddin bin Husain (3005487) MBBCh MMed Occup Med (29/04/2004 - kini)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.