Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
| IPG Kampus Bahasa Antarabangsa Institute of Teacher Education, International Languages Campus |
|
|---|---|
|
Segalanya bermula di sini
|
|
| Lokasi | |
| Lembah Pantai, Kuala Lumpur |
|
| Maklumat | |
| Ditubuhkan | April 2000 |
| Pelajar | Kursus Persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas |
| Pengarah | YM Cik Raja Azizah Hanim binti Raja Abdul Aziz |
| Timbalan Pengarah | Pn. Hajah Zuraidah binti Abd. Majid |
| Hal Ehwal Pelajar | En. Mohamad Nazri bin Mohd Yusof |
| Laman web | apps.emoe.gov.my |
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa ataupun dalam Bahasa Inggeris Institute of Teacher Education, International Languages Campus merupakan salah sebuah institut pengajian tinggi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjalankan kursus-kursus perguruan peringkat sijil, diploma dan ijazah. Institut Pendidikan Guru ini ditubuhkan khas untuk bakal guru yang akan mengajar subjek bahasa Inggeris atau TESL. Institut ini juga menawarkan kursus lain seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Kajian Sosial, Matematik, dan Pendidikan Seni Visual selain kursus-kursus pendek yang lain.
Pengenalan ringkas [sunting]
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) merupakan salah satu institusi perguruan yang berusia 27 tahun. Dikendalikan dibawah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. IPGKBA menyediakan latihan dan akreditasi untuk kedua-dua pra-perkhidmatan dan dalam-perkhidmatan perguruan dalam konteks mendapatkan sijil, diploma serta tahap kelayakan dalam belajar dan mengajar dalam bahasa Inggeris
IPGKBA juga terlibat dalam program berkembar antara universiti tempatan dan universiti luar negara bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua atau TESL . Tambahan pula, IPGKBA juga memberikan kemudahan dalam mengembangkan peranan Bahagian Pendidikan Guru dalam menyediakan latihan dan pembangunan bidang pendidikan dan pembelajaran dalam bahasa-bahasa Antarabangsa yang lain seperti bahasa Perancis, Jepun dan Jerman. IPGKBA sebelum ini dikenali sebagai Institut Perguruan Bahasa - Bahasa Antarabangsa. Selain itu, IPGKBA juga turut menjadi pusat pengajian bagi program Kajian Sosial, Matematik, dan Pendidikan Seni Visual.
Rujukan [sunting]
http://jppipgkba.blogspot.com/ (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013, IPG KBA)