Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IPG Kampus Batu Lintang
Institute of Teacher Education, Batu Lintang Campus
akan ditambah
Lokasi
Kuching, Sarawak
Maklumat
Ditubuhkan Julai 1948
Pelajar Kursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas
Pengarah Tn. Hj. Awang Hambali bin Hj. Awang Hamdan
Timbalan Pengarah Pn. Hamsiah Bt Abdullah Masni @ Lucy Wong
Hal Ehwal Pelajar En. Abdul Malek B Mohd Tahir
Laman web

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang terletak di Bandaraya Kuching, ibu negeri Sarawak. Ia terletak ira-kira 8 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Institut ini bermula pada penghujung tahun 1947 dengan pengambilan seramai 19 guru pelatih, termasuk yang datang dari Sabah dan Brunei Darusalem. Institut ini berpindah ke tapak sekarang pada pertengahan tahun 1948 dan dibuka secara rasminya pada 1 Julai 1948 dengan nama Pusat Latihan Dan Sekolah Batu Lintang. Sepuluh tahun kemudian, pusat latihan ini bertukar nama kepada Maktab Latihan Batu Lintang. Pada tahun 1967, maktab ini bertukar namanya lagi kepada Maktab Perguruan Batu Lintang.

MPBL dinaik tarafnya ke institut secara rasminya pada 1 April 2006 dan dikenali sebagai Institut Perguruan Batu Lintang (IPBL). Dengan pindaan Akta Pendidikan 1996, Bab 9 Seksyen 42- 49 pada 4 Disember 2008, institut ini ditukar nama rasminya lagi dan kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]