Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Teacher Education Institute, Darulaman Campus
Lokasi
Jitra, Kedah
Maklumat
Moto"Sinar ilmu diutara"/ Dinamik dan Kompetitif
Ditubuhkan1 Jun 1990
Jumlah penuntutProgram Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) & Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (PDPLI)
PengarahDatin Naimah binti Jaafar
Timbalan PengarahHajjah Nor Azian bitin Mohd Darus
Hal Ehwal PelajarHaji Mohamad Fauzi bin Hamid
Laman sesawang

Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman(IPG KDA) yang merupakan sebuah institusi pendidikan di Jitra, Kedah.

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

Institut Perguruan Darulaman ditubuhkan pada 1 Jun 1990 di tapak kampus Universiti Utara Malaysia di Jitra (kini merangkumi bandar Sintok), Kedah. Sekumpulan 218 orang pelajar, beberapa orang pensyarah dan staf sokongan dari Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur adalah peneroka awal.

Luas kampus ini adaiah 25 hektar, yang terdiri daripada lapan buah bangunan akademik, sebuah bangunan pentadbiran, sebuah bangunan gerakerja kokurikulum (GERKO), sebuah bangunan Budisiswa, sebuah dewan besar dan sebuah bangunan pusat sumber. Kampus ini juga menyediakan berbagai kemudahan seperti surau, gelanggang permainan dan kemudahan sukan serta olahraga. Kampus ini dikongsi bersama dengan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (lAB) yang menduduki dua buah bangunan akademik.

Terdahulu, Institut ini mengendalikan Kursus Perguruan Asas Pengajian Sekolah Rendah Lima Semester dalam bidang Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Agama Islam, Sains dan Matematik serta Matematik dan Muzik. Untuk sekolah menengah pula, institut ini mengendalikan Kursus Perguruan Lepas Ijazah dalam bidang Pengajian Melayu dan Sejarah, Pengajian Melayu dan Sastera, Perdagangan dan Perakaunan serta Perdagangan dan Ekonomi Asas. Di samping itu, mulai sesi 1995 Kursus Perguruan Lepas Diploma dalam bidang Sains telah diperkenalkan.

Institut ini juga mengendalikan kursus dalam perkhidmatan iaitu Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun (KSPK) dalam bidang Program Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Pemulihan serta Bimbingan dan Kaunseling. Sementara itu Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu dalam bidang Komputer Dalam Pendidikan dan Bimbingan dan Kaunseling juga wujud. Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) yang menggantikan KSPK telah diperkenalkan pada bulan Julai 1996 manakala Kursus Diploma Perguruan Malaysia pada bulan Ogos 1996.

Perangkaan pada 1 November 1996 menunjukkan bilangan pelajar Institut Perguruan Darulaman adalah seramai 2128 orang. Mereka terdiri daripada 354 orang guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia, 221 orang peserta Kursus Perguruan Lepas Ijazah, 138 orang peserta Kursus Lepas Diploma, 1133 orang peserta Kursus Perguruan Sekolah Rendah dan 282 orang peserta Kursus Perguruan Sekolah Rendah Semester tiga, empat dan lima dan 282 orang peserta Kursus Diploma Perguruan Khas.

Pada masa ini IPG KDA mempunyal empat belas buah jabatan, iaitu Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Bahasa, Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Sains, Jabatan Matematik, Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Jabatan Kajian Sosial, Jabatan Sains Perpustakaan dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral sebagai jabatan akademik. Jabatan akademik ini disokong oleh sembilan unit iaitu Unit Khidmat Pengurusan, Unit Penilaian dan Peperiksaan, Unit Praktikum, Unit Latihan dalam Perkhidmatan, Unit Pusat Sumber, Unit Kokurikulum, Unit Pembangunan Akademik, Unit Psikologi dan Kaunseling dan Unit Teknologi Maklumat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]