Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IPG Kampus Tawau
Institute of Teacher Education, Tawau Campus
Berilmu Mendidik
Lokasi
Tawau, Sabah
Maklumat
Ditubuhkan 2 Julai 2001
Pelajar Kursus Persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Diploma
Pengarah Pn. Hjh Masni binti Madat
Timbalan Pengarah Dr. Hj Mohd. Johan bin Zakaria
Hal Ehwal Pelajar Cik Naima Kadir
Laman web

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau yang dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Tawau ialah sebuah institusi perguruan yang terletak di Tawau, Sabah. Ia merupakan Institut Pendidikan Guru yang terbesar di Malaysia.Gerbang utama institut

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mei 1992, Timbalan Menteri Pendidikan negeri Sabah iaitu Datuk Leo Micheal Toyad telah mengumumkan pembinaan Maktab Perguruan Tawau sempena lawatan beliau ke Tawau pada tarikh tersebut. Majlis pecah tanah kemudiannya telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, YB Dato’ Mohd Najib bin Abdul Razak. Tapak pembinaan institut ini berkeluasan 87 hektar dan terletak di KM 36 Jalan Balung Tawau.

Pembinaan institut ini telah dimulakan pada 2 Julai 2001 oleh Consortium ASSB-BESB JV Sdn. Bhd. dengan menelan belanja sebanyak RM 87 juta dan telah siap sepenuhnya pada bulan November 2004. Pada 30 November 2004, Majlis rasmi penyerahan bangunan Maktab Perguruan Tawau telah diadakan dan selepas itu, segala urusan institut telah diambil alih oleh pasukan Care Taker.

Pada 27 Disember 2004, 170 orang pelajar KDPM dan PISMP dari Maktab Perguruan Sandakan (MPS) telah dipindahkan ke Maktab Perguruan Tawau berikutan MPS akan ditutup. Upacara perlepasan telah disempurnakan oleh YBhg Dr. Sharifah Noor Puteh, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Penerimaan pelajar di Maktab Perguruan Tawau disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Rafie Mahat, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 28 Disember 2004.

Sempena peaiktarafan maktab perguruan di seluruh Malaysia pada 6 Mei 2006 secara serentak menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG), nama Maktab Perguruan Tawau telah digantikan dengan Institut Perguruan Tawau, Sabah. Kini sekali lagi institut telah bertukar nama sejajar dengan penubuhan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Identiti institut[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

IPG yang Unggul Ke Arah Kegemilangan Pendidikan.

Misi[sunting | sunting sumber]

Melaksanakan pendidikan guru secara profesional untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti dan berketrampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Institut Perguruan Tawau yang tercinta
Melahirkan pendidik bangsa
Beriman tenang dan berdedikasi
Penuh yakin menabur bakti

Ilmu dipelajari Bekalan di masa hadapan
Berjiwa teguh semangat berani
Tabah hadapi cabaran

Institut Perguruan Tawau yang ku cinta
Berjasa kepada Negara
Ramai pendidik telah dilahirkan
Bagai lampu dalam gelita
(Bagai lampu dalam gelita)

Lagu Rasmi IPG[sunting | sunting sumber]

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta

Berwibawa Berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi Guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang, berakhlak mulia
Mendukung visi misi IPG

Pautan luar[sunting | sunting sumber]