Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI) yang dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) ialah salah sebuah dari 2 Institut Pendidikan Guru (IPG) di Johor. Pintu Gerbang IPGKTI

Sejarah IPG[sunting | sunting sumber]

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPG)[sunting | sunting sumber]

Institut Pendidikan Guru merupakan institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Terdapat 27 buah Institut Pendidikan Guru Kampus di bawah kelolaan Institut Pendidikan Guru Malaysia beralamat di alamat berikut:

Institut Pendidikan Guru Malaysia Aras 1 Enterprise Building 3 Block 2200 Jalan Pesiaran APEC Cyber 6 63000 Cyberjaya

Sejarah :- Sejarah pendidikan guru di tanah air bermula dengan penubuhan institusi berikut;

  1. 1878 - The Malay High School, Singapura
  2. 1922 – Sultan Idris Training College, Tanjung Malim – melatih guru-guru Sekolah Melayu. Kini, maktab perguruan ini telah bertukar kepada Universiti Perguruan Sultan Idris atau lebih dikenali dengan singkatan UPSI.
  3. 1935 – Women Teachers’ Training College, Melaka : maktab ini telah melatih guru-guru perempuan terutamanya dalam bidang Sains Rumah Tangga. Kini, maktab perguruan ini telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
  4. 1951 – Malayan Teachers’ Training College, Kirkby, Liverpool, England : Kerajaan Malaysia (Malaya) telah mengambil alih sebuah pusat latihan guru British untuk melatih guru Tanah Melayu di England dengan hasrat untuk melahirkan tenaga pengajar tempatan yang mantap dari segi latihan guru dan fasih berbahasa Inggeris. Maktab ini telah ditutup pada tahun 1962 apabila kerajaan Britain mengambil semula tapak maktab ini kini ia merupakan kawasan perumahan dan pusat komersial. Maktab ini telah melatih 1500 guru antara 1952 hingga 1962. Salah satu peristiwa bersejarah yang berlaku di tempat ini adalah peristiwa pengisytiharan kemerdekaan Malaya oleh Y.A.M Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
  5. 1955 – Malaysian Teacher Training College (MTT), Brinsford Lodge,Wolverhampton, England : Bekas sebuah kilang di Britain ini pernah menjadi sebuah kolej latihan untuk guru Malaysia pada 1955 hingga 1964. Pusat latihan perguruan ini telah melatih 300 guru dalam pelbagai matapelajaran.



Perkembangan maktab perguruan di Malaysia berlaku dengan pesat apabila ia mengalami perubahan besar pada abad ke 21 dan melalui peristiwa berikut ;

  1. 2004 - 27 maktab perguruan dan 1 English Language Teaching Centre telah ditubuhkan. Nama maktab perguruan kemudiannya telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru selepas ia dinaik taraf.
  2. 2005 - Jemaah Menteri telah meluluskan 27 Maktab Perguruan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13 Julai 2005
  3. 2006 - Pengisytiharan naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru. Pengisytiharan ini memberikan satu perubahan besar kepada institusi keguruan dengan bermulanya Program Pensiswazahan Guru yang dijalankan di IPG seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Selain itu, IPG juga mula menjalankan latihan praperkhidmatan yang boleh memberi pengiktirafan ijazah Sarjana Muda kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.
  4. 2008 - Pindaan Akta Pendidikan 1996, yang membenarkan maktab perguruan dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru Malaysia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat 25 Ogos 2008
  5. 2008 - Dewan Negara telah meluluskan pindaan Akta Pendidikan 1996, Bab 9 Seksyen 42- 49 tersebut pada 4 Disember 2008.
  6. 2009 – Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPG Kuala Terengganu ditukar nama kepada IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail pada 16 Januari 2009, sempena memperingati mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Razali Ismail yang telah meninggal dunia pada 28 November 2008.


Identiti institut[sunting | sunting sumber]

Falsafah Pendidikan Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Visi IPG[sunting | sunting sumber]

IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru

Misi IPG[sunting | sunting sumber]

Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia

Visi IPG KTI[sunting | sunting sumber]

Profesionalisme Keguruan Yang Unggul

Misi IPG KTI[sunting | sunting sumber]

Melahirkan ahli profesional dalam bidang keguruan yang mempunyai wawasan dan daya inovasi berasaskan budaya ilmu dan etika kerja berkualiti untuk Maha Pencipta dan keharmonian sejagat

Matlamat IPG KTI[sunting | sunting sumber]

  1. Melahirkan pendidik yang profesional dan bertanggungjawab kepada Pencipta dan masyarakat
  2. Melahirkan pendidik yang terlatih dan mahir melaksanakan kurikulum di sekolah
  3. Melahirkan pendidik yang cekap dan berkesan dalam mengendalikan kokurikulum di sekolah
  4. Melahirkan pendidik CIKGU (Cendekiawan, Iltizam, Berkualiti, Gigih dan beridentiti Unggul)
  5. Melahirkan pendidik yang mempunyai identiti tersendiri dan nilai tambah yang sesuai dengan pengkhususan
  6. Membentuk staf akademik yang cemerlang dalam pendidikan dan perkhidmatan masyarakat
  7. Membentuk staf yang komited dalam bidang tugas masing-masing dengan menghayati Etika Kerja Cemerlang
  8. Menjadikan Institut sebagai pusat kecemerlangan dalam pendidikan dan pusat rujukan pendidikan
  9. Mewujudkan ahli keluarga Institut yang berbudaya IPG untuk meningkatkan kecemerlangan negara
  10. Mewujudkan persekitaran Institut yang ceria untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran

Lagu Rasmi IPG[sunting | sunting sumber]

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta

Berwibawa Berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi Guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang, berakhlak mulia
Mendukung visi misi IPG

Lagu Guru Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu IPGKTI[sunting | sunting sumber]

Semaian subur
Semaian subur
Begitulah cogan kata
Kampus kita, kampus kita
Kampus yang kami cinta

Kami janji, kami rela
Rajin tekun berusaha
Tabur bakti, curah tenaga
Berkhidmat kepada negara

Ilmu pengetahuan yang disemai
Di dada agar subur membunga
Kami akan mendidik Puteri dan
Putera jadi rakyat berguna

(ulang rangkap 2 & 3)

Polisi ECO Institut IPGKTI[sunting | sunting sumber]

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI) mempunyai kesedaran melaksanakan peranannya melestarikan persekitaran kampus sebagai Eco Institut. Ke arah itu, komuniti institut akan memberikan komitmen sepenuhnya melalui pengurusan dan pentadbiran pendidikan, penyelidikan dan inovasi, penghijauan serta kemasyarakatan.

Selaras dengan pernyataan polisi tersebut, IPGKT akan merealisasikannya mengikut had keupayaan tersendiri melalui:

• Kecekapan dalam pengurusan operasi sumber dan kemudahan

• Pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum bagi membolehkan siswa guru memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan nilai, seterusnya menyumbang kepada pembangunan lestari

• Penggalakan penyelidikan dan inovasi Pendidikan dalam Pembangunan Lestari (Education for Sustainable Development - ESD).

• Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran hijau yang kondusif

• Penerapan nilai, pengamalan dan pengembangan sikap lestari

• Pembentukan jaringan kerjasama dengan masyarakat tempatan dan antarabangsa, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta NGO.

Polisi ini perlu dipatuhi dan dilaksanakan secara berfokus melalui inisiatif

yang menyeluruh di semua peringkat organisasi dan aktiviti kampus.


Sistem Pengurusan Kualiti[sunting | sunting sumber]

Skop Pelaksanaan[sunting | sunting sumber]

Sistem pengurusan kualiti yang dilaksanakan oleh IPG KPM ialah Pengurusan Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) termasuk Kursus Persediaan (PPISMP) dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI).

Dasar kualiti[sunting | sunting sumber]

Dasar kualiti IPG KPM ialah untuk menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) secara profesional, cekap dan berkesan untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dasar ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi penyemakan objektif kualiti bagi memberikan ruang kepada usaha penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi untuk memenuhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Dasar ini akan disebarkan melalui saluran komunikasi yang sedia ada kepada setiap warga organisasi untuk difahami dan dihayati.

Objektif Operasi IPG KTI[sunting | sunting sumber]

Objektif operasi ialah untuk memastikan:

  1. semua pelajar baharu memenuhi syarat yang ditetapkan semasa proses pendaftaran;
  2. pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap Proses Pendaftaran yang dijalankan;
  3. pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap program pengurusan pelajar baharu yang dilaksanakan;
  4. pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran;
  5. pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap aktiviti kokurikulum;
  6. pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap praktikum;
  7. pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.5 terhadap bimbingan dalam tutorial peribadi;
  8. sekurang-kurangnya 99.5% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus;
  9. semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima, dan
  10. elaun pelajar dibayar dalam tempoh 10 hari bekerja pertama bulan berkenaan dengan syarat peruntukan diterima daripada IPGM.


Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami warga Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) dengan tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  1. memaklumkan penempatan pemohon yang berjaya mengikuti pengajian di IPGK dalam tempoh 10 hari bekerja selepas senarai pemohon tersebut diterima.
  2. memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mematuhi proforma kursus.
  3. memaklumkan keputusan peperiksaan akhir program / kursus dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat Senat.
  4. menganugerahkan Ijazah atau Diploma kepada lulusan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan.
  5. memastikan guru permulaan lulusan IPG KPM memenuhi 90% kehendak sekolah dari aspek kualiti diri, kemahiran dalam pengajaran-pembelajaran, kebolehan mengurus kokurikulum, dan kemampuan mengurus tugas-tugas di sekolah.
  6. mengambil tindakan setiap aduan pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

Pelanggan Dan Stake Holder[sunting | sunting sumber]

  1. Pelanggan organisasi ialah sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia;
  2. Pelanggan operasi ialah pelajar sepenuh masa KPLI, PISMP termasuk kursus persediaan (PPISMP); dan
  3. Stake holder terdiri daripada Menteri Pelajaran dan Jemaah Menteri.


Hubungi Kami[sunting | sunting sumber]

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat, membuat aduan atau memberi maklum balas melalui:

  1. SMS - Taip IPGKTI ADUAN[taipkan aduan / maklum balas anda] dan hantar kepada 15888
  2. E-mel kepada pentadbirweb.ipgkti(at)gmail.com
  3. Telefon nombor 07-2364788 Fax: 07-2379736
  4. Surat kepada alamat:

Pengarah

Institut Pendidikan Guru

Kampus Temenggong Ibrahim,

Jalan Datin Halimah,

80350 Johor Bahru


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]