Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IPG Kampus Tuanku Bainun
Institute of Teacher Education, Tuanku Bainun Campus
Berilmu Mendidik
Lokasi
Kubang Semang, Pulau Pinang
Maklumat
Ditubuhkan 1993
Pelajar Kursus Persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Diploma
Pengarah Cik Hjh. Rosenah binti Mohd Noor
Timbalan Pengarah akan ditambah
Hal Ehwal Pelajar Encik Mansor bin Ahmad
Laman web

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah siap sepenuhnya pada awal tahun 1993. Nama Institut telah digunakan bagi menggantikan nama Maktab selaras dengan dasar Kerajaan yang menaikkan taraf maktab-maktab perguruan di Malaysia menjadi Institut mulai bulan April 2006.

Keluasan kampus ini adalah 66.38 ekar dan kos pembinaannya ialah RM 38 juta. Kampus institut ini merupakan antara kampus yang termoden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kakitangan dan guru pelatih.

Sejarah institut[sunting | sunting sumber]

Majlis perasmian institut ini telah disempurnakan oleh Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 18 April 1994. Perasmian institut ini merupakan hari bersejarah dan ia telah dihadiri oleh tokoh-tokoh seperti TYT Gabenor Pulau Pinang, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Menteri Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengetua Maktab Perguruan dari seluruh Malaysia pada masa itu.

Antara kemudahan yang dimiliki oleh institut ini termasuklah sebuah dewan perhimpunan yang boleh menampung 1,000 orang, astaka sukan yang mengandungi satu padang bola sepak dan trek larian 400 meter, gimnasium, gelanggang sukan terbuka, 5 blok asrama, surau, kuarters dan rumah kakitangan, kafetaria, kantin, Pusat Sumber, bangunan prasekolah, 2 buah dewan kuliah, 3 blok akademik dan bengkel.

Ambilan pertama seramai 376 orang guru pelatih telah melaporkan diri pada 1 Disember 1992. Pengkhususan yang ditawarkan bagi pengambilan pertama ini ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik dan Pengajian Muzik. Kumpulan ini merupakan kumpulan pertama menerima sijil perguruan mereka dan anak sulung serta perintis institut ini. Pengambilan kedua guru pelatih seramai 459 orang dalam 14 unit telah mendaftar diri di maktab ini pada Julai 1993.

Kursus yang ditawarkan ialah Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Matematik, Pengajian Muzik dan kursus baru iaitu Pengajian Agama Islam dan Pengajian Tamil. Pada bulan Disember 1993 seramai 229 guru pelatih baru telah melaporkan diri. Bagi sesi ini satu lagi kursus baru telah diperkenalkan di institut ini iaitu Pengajian Sains. Bilangan pelatih yang berdaftar semasa institut ini dirasmikan adalah seramai 1063 orang, sementara tenaga pengajar pula berjumlah 73 orang. Selain itu, bilangan staf sokongan adalah 38 orang.

Seramai 540 guru pelatih baru untuk sesi 1994/1997 dalam 18 unit telah mendaftarkan diri pada Julai 1994. Mulai sesi ini kumpulan pertama guru pelatih untuk Kursus perguruan Sekolah Menengah Kemahiran Hidup tambahan (PSM-(KMT)), Kemahiran hidup Ekonomi Rumahtangga (KH-(ERT)) dan Kemahiran Hidup Pertanian (KH-(P)) telah memulakan pengajiannya. Pada tahun 1996 berakhirlah kursus KPA dan pengambilan pertama Kursus Diploma Perguruan Malaysia.

Kumpulan ini sekarang ialah perintis kepada Kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) dan kumpulan kedua DPM telah mendaftar diri pada bulan Julai 1997 diikuti kumpulan ketiga DPM pada bulan Julai 1998. Sejak diasaskan, institut ini telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Kejayaan ini telah dicapai sejak Pengetua yang pertama lagi iaitu En. Adnan bin Abd. Rahman. Ini diikuti pula oleh En. Ariffin bin Yahaya yang memulakan tugas pada 1994.

Rujukan[sunting | sunting sumber]