Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IPG Kampus Ipoh
Institute of Teacher Education, Ipoh Campus
Institut Cemerlang Pelajar Gemilang
Lokasi
Ipoh, Perak
Maklumat
Ditubuhkan 1 Jun 1983
Pelajar Kursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas
Pengarah Tn. Hj. Abd. Kadir b. Basiran
Timbalan Pengarah Tn. Hj. Mat Akhir Hj. Abdullah
Hal Ehwal Pelajar En. Salehuddin b. Hussain
Laman web

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, Negeri Perak telah mula diasaskan di Kangar. Buat permulaan guru pelatih kumpulan pertama seramai 161 orang telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Kangar sebagai kampus sementara. Bilangan pensyarah pada ketika itu ialah seramai 13 orang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh telah mula diasaskan di Kangar. Buat permulaan guru pelatih kumpulan pertama seramai 161 orang telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Kangar sebagai kampus sementara. Pengetua pertama institut ini ialah Encik Abu Bakar bin Don dan Naib Pengetua ialah Encik Khalil Shah bin Jamaludin. Bilangan pensyarah pada ketika itu ialah seramai 13 orang.

Pada 1 Januari 1977, institut ini telah dipindahkan ke Ipoh dengan menumpang bangunan Institut Perguruan Kinta di Jalan Dairy, Ipoh. Pada 1 April 1977, institut ini telah berpindah ke kampus sementara di Kampung Dato' Ahmad Said, Manjoi, Ipoh dan dikenali sebagai Maktab Perguruan Ipoh (Baru). Kampus tetap di kawasan seluas 42.5 hektar di Hulu Kinta siap pada 1 Jun 1983 dan sekali lagi institut ini berpindah dan kekal sehingga sekarang. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini telah dirasmikan pada 2 Mei 1987 oleh Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mana pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan.

Kini Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berkembang maju di bawah pimpinan pengarah Tuan Hj. Kamarulizham bin Hazizi yang merupakan pengarah institut pada ketika ini. IPG Kampus Ipoh menawarkan kursus berkaitan perguruan meliputi Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan (PISMK) yang mana bekerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Perkhidmatan Malaysia (KDPM), Kursus Dalam Cuti (KDC) dan lain-lain.