Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Institut Perguruan Gaya)
IPG Kampus Gaya
Institute of Teacher Education, Gaya Campus
Lokasi
Kota Kinabalu, Sabah
Maklumat
MotoInstitut Cemerlang Pelajar Gemilang
Ditubuhkan4 Julai 1963
Jumlah penuntutKursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas
PengarahDr. Gerturude Jock
Timbalan PengarahDr. Norafidah Noradilin
Laman sesawang

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya merupakan salah sebuah institusi perguruan di Sabah, Malaysia. Ia terletak di atas sebidang tanah berbukit seluas 19.4 hektar, berjarak kurang daripada 2 km dari pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Kedudukan Institut Perguruan Gaya adalah strategik, iaitu terletak tidak jauh daripada kompleks beli belah Karamunsing, bandar Luyang, Hospital Queen Elizabeth dan Muzium Negeri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya terletak di kawasan berbukit seluas 19.4 hektar kira-kira 2 km dari bandar Kota Kinabalu. Ia berdekatan dengan Hospital Ratu Elizabeth, Muzium Negeri dan Masjid Negeri serta pusat-pusat membeli belah di Karamunsing dan Luyang.Dahulunya, institusi ini dikenali sebagai sebagai Maktab Gaya atau Gaya Teachers’ Trainning College yang telah ditubuhkan pada 4 April 1963 dan diterajui oleh En. J.E. Todd sebagai Pengetua Pertama Maktab Perguruan Gaya.

Pada 22 Julai 1963, Maktab Perguruan Gaya dibuka secara rasmiya oleh Sir William Goode iaitu Gabenor North Borneo Colony yang terakhir.[1] Majlis Perasmian Institut Perguruan Gaya pada 4 Julai 1963. Di antara tahun 1963-1981, IPG diuruskan di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Pada tahun 1981, sesuai dengan usaha kerajaan untuk menyelaraskan pentadbiran semua Maktab perguruan di seluruh negara, tanggungjawab pentadbiran dan pengurusan Institut Perguruan Gaya telah dipindahkan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementeriaan Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Pada 6 Mei 2006, Maktab Perguruan Gaya telah dinaiktaraf selaras dengan penjenamaan semula Maktab-Maktab Perguruan di Malaysia kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Kurikulum dan sistem latihan yang dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya adalah sama seperti di institut-institut lain di Malaysia. Kurikulum perguruan ini meliputi bidang akademik, pengkaedahan, kokurikulum dan praktikum yang wajib diikuti oleh semua pelajar.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  • Bangunan Kuliah
  • Bangunan Pentadbiran
  • Dewan
  • Gelanggang sukan
  • Makmal sains
  • Pusat sumber
  • Kafeteria
  • Makmal komputer
  • Asrama
  • Surau

Alamat[sunting | sunting sumber]

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491,
88805 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel: 088-210646, 210979, 219530
Faks: 088-217124

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]