Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Institut Perguruan Tawau)
IPG Kampus Tawau
Institute of Teacher Education, Tawau Campus
Lokasi
Tawau, Sabah
Maklumat
MotoPeneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru
Ditubuhkan28 Disember 2004
Jumlah penuntut111 pelajar sepenuh masa, 103 pelajar KDC
PengarahDr. Najamuddin Bin Hj. Bachora
Laman sesawang

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau yang dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Tawau ialah sebuah institusi perguruan yang terletak di Tawau, Sabah. Ia merupakan Institut Pendidikan Guru yang terbesar di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Maktab Perguruan Tawau mula dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-7. Namun, rekabentuknya disiapkan pada awal Rancangan Malaysia Ke-8.

Pada 15 Mei 1992, Timbalan Menteri Pelajaran, iaitu Datuk Leo Micheal Toyad telah mengumumkan pembinaan Maktab Perguruan Tawau sempena lawatan beliau ke Tawau pada tarikh tersebut. Majlis pecah tanah kemudiannya telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, YB Dato’ Mohd Najib bin Abdul Razak. Tapak pembinaan institut ini berkeluasan 87 hektar dan terletak di KM 36 Jalan Balung Tawau.

Pembinaan institut ini telah dimulakan pada 2 Julai 2001 oleh Konsortium ASSB-BESB JV Sdn. Bhd. dengan menelan belanja sebanyak RM 87 juta dan telah siap sepenuhnya pada bulan November 2004.

Pada 30 November 2007, Majlis rasmi penyerahan bangunan Maktab Perguruan Tawau telah diadakan dan semenjak itu, segala urusan institut telah diambil alih oleh pasukan 'Care Taker'.

Pada 27 Disember 2004, 170 orang pelajar KDPM dan PISMP dari Maktab Perguruan Sandakan (MPS) telah dipindahkan ke Maktab Perguruan Tawau berikutan penutupan MPS pada 1 Januari 2005. Upacara perlepasan telah disempurnakan oleh YBhg Dr. Sharifah Noor Puteh, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Penerimaan pelajar di Maktab Perguruan Tawau disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Rafie Mahat, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 28 Disember 2004.

Sempena peaiktarafan maktab perguruan di seluruh Malaysia menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 6 Mei 2006 secara serentak, nama Maktab Perguruan Tawau telah digantikan dengan Institut Perguruan Tawau, Sabah.

Pada 16 Januari 2009, Y.A.B Menteri Pelajaran pada masa itu, Dato' Hishamuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Pada tahun 2010, pentadbiran Institut Pendidikan Guru diasingkan daripada Bahagian Pendidikan Guru dan IPG Kampus diselenggara sepenuhnya oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia di Cyberjaya.

Untuk makluman semua, pengarah yang bertugas pada ketika ini adalah Dr. Najamuddin bin HJ Bachora.

Identiti institut[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru

Misi[sunting | sunting sumber]

Institut Pendidikan Guru Melahirkan Guru Yang Kompeten dan Berjiwa Pendidik melalui Program Pendidikan Guru yang Dinamik ke arah Pendidikan Sekolah Bertaraf Dunia

Lagu Rasmi IPG[sunting | sunting sumber]

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta

Berwibawa Berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi Guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang, berakhlak mulia
Mendukung visi misi IPG

Pautan luar[sunting | sunting sumber]