Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Jenis | Syarikat milik kerajaan |
|---|---|
| Industri | Piawaian dan kualiti |
| Pendahulu | SIM (1966) |
| Ditubuhkan | 1975 |
| Ibu pejabat | Shah Alam, Selangor, Malaysia |
| Bilangan lokasi | Cawangan di setiap negeri |
| Tempat dibekalkan | Malaysia |
| Perancang utama | (Pengerusi) Yahaya Ahmad (Presiden & CEO) |
| Anak syarikat | SIRIM QAS International Sdn. Bhd. SIRIM Training Services Sdn. Bhd. |
| Laman web | www.sirim.my |
Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau SIRIM Berhad (Standard & Industrial Research Institute of Malaysia) ialah sebuah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia.
SIRIM ditubuhkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada tahun 1975 di bawah Akta SIRIM (Incorporation) 157. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam pelbagai disiplin terutamanya teknologi di Malaysia.