Inter-Services Intelligence

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Directorate for Inter-Services Intelligence
انٹر سروسز انٹیلی جنس
Ringkasan agensi
Ditubuhkan 1948
Di bawah tanggungjawab Kerajaan Pakistan
Ibu pejabat Islamabad
Eksekutif agensi Lt Jen Ahmad Shuja Pasha, Ketua Pengarah

ISI (Inter-Services Intelligence) ialah perkhidmatan perisikan terbesar di Pakistan. Ia salah satu daripada tiga cabang utama agensi perisikan Pakistan. Tugas dan fungsi ISI di Pakistan dan luar negara sama seperti CIA di Amerika Syarikat dan SIS di Great Britain.

ISI diwujudkan sebagai unit bebas pada tahun 1948 untuk memperkukuhkan perisikan ketenteraan Pakistan semasa Perang Pakistan-India 1947. Badan ini dulunya dikenali sebagai Biro Perisikan (Intelligence Bureau atau IB) yang menangani perkongsian maklumat perisikan di antara cabang-cabang ketenteraan serta pengumpulan maklumat perisikan luar. Ibu pejabat ISI pada mulanya terletak di Rawalpindi tetapi kemudian dipindahkan ke Islamabad. Pengarah ISI sekarang adalah Leftenan General Ahmad Shuja Pasha yang mula menduduki jawatan itu pada bulan September 2008.