InterCityExpress

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

InterCityExpress atau lebih popular dengan singkatan ICE merupakan sejenis kereta api laju yang dibina oleh Siemens AG. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Deutsche Bahn AG. Versi terbaru ICE ialah generasi ke-3, ICE 3, juga dipasarkan oleh Siemens di bawah nama Siemens Velaro. ICE bukan sahaja digunakan untuk perkhidmatan jarak jauh di Republik Persekutuan Jerman malah juga untuk perkhidmatan di negara jiran Jerman seperti ke Vienna, Austria, Zürich, Switzerland, Brussel, Belgium dan juga Amsterdam, Belanda. Untuk tahun 2007, satu jajaran baru dirancang yang akan menghubungkan Paris, Perancis dan Frankfurt, Jerman. Jajaran ini akan beroperasi menggunakan ICE dan juga Thalys, sejenis kereta api laju yang beroperasi di Perancis. Pengendali kereta api di Sepanyol,RENFE juga menggunakan kereta api berasaskan ICE 3 (Siemens Velaro). Versi yang lebih besar ditempah oleh China untuk perkhidmatan Kereta api Laju Beijing-Tianjin (CRH 3) dan juga oleh Russia untuk perkhidmatan Moscow-Saint Petersburg (Velaro RUS).

Jaringan[sunting | sunting sumber]

Jaringan ICE di Jerman
Merah: 300 km/j
Jingga: 250 km/j
Biru: 200-230 km/j
Kelabu: Landasan konvensional
ICE generasi ke-3 di "Frankfurt am Main"

Tidak seperti TGV Perancis yang lebih tertumpu di Paris,ICE mempunyai beberapa hab operasi. ICE bukan merupakan pengganti kepada sistem InterCity (IC), namun sebagai versi dipertingkat bagi IC. ICE dan IC biasanya berkongsi rel yang sama. Perbezaan utama antara kedua-duanya ialah had laju ICE lebih tinggi berbanding dengan IC. Sementara ICE dibenarkan untuk berkelajuan maksimum, perkhidmatan IC dihadkan kepada 200km/j. Satu-satunya jajaran yang tidak membenarkan perkongsian ialah jajaran yang membenarkan ICE dipandu pada kelajuan 300 km/j iaitu antara Cologne dan Frankfurt. Malah ICE dari versi yang lebih lama daripada ICE 3 juga terpaksa melalui jajaran yang mengambil masa yang lebih lama yang antara lain menyusuri bandar-bandar pelancongan di sepanjang sungai Rhine seperti Koblenz, Bingen am Rhein dan juga Mainz. Jajaran 300km/j kedua menghubungkan Nuremberg dan Ingolstadt telah dibuka pada 28 Mei 2006 tetapi jajaran ini tidak mengehadkan penggunaannya hanya untuk ICE kelas 3. Jajaran ini juga akan menjadi jajaran komuter terpantas di Jerman bermula Disember 2006.

Sejak awal 1970-an, beratus-ratus kilometer landasan konvensional sedia ada dinaik taraf kepada landasan 200km/j. Oleh itu, perkhidmatan ICE dapat menggunakan kebanyakan landasan-landasan ini tanpa perlu memperlahankan kereta api. Ini juga menyebabkan pertumbuhan pesat dalam jaringan sistem ICE di Jerman tanpa perlu membina beribu-ribu kilometer jajaran baru. Malah sesetengah landasan berkelajuan tinggi (cth. Cologne-Aachen pada 250km/j dan juga Hamburg-Berlin pada 230km/j) merupakan landasan yang dinaiktaraf dari landasan konvensional.

Utara ke selatan[sunting | sunting sumber]

Jaringan meliputi empat jajaran utama:

Barat ke timur[sunting | sunting sumber]

Tiga jajaran utama Barat ke Timur:

Jajaran antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sesetengah jajaran merantaui sempadan merangkumi negara-negara jiran Jerman:

Selepas proses percubaan dan perubahan teknikal yang lama [1], satu jajaran baru akan dibuka dari Frankfurt dan Stuttgart memasuki Perancis ke Paris,yang akan dioperasikan secara bergilir-gilir antara ICE dan TGV bermula pada tahun 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Kereta api laju: Acela ExpressAVEEurostarInterCityExpressJR-Maglev MLX01HSTHSR-350xKereta api MaglevKorea Train ExpressPendolinoShinkansenTGVThalysTransrapidTreno Alta VelocitàX2000

Laluan laju: Beijing-TianjinCTRL (London-Channel Tunnel)Cologne-AachenCologne-FrankfurtFrench LGV linesHanover-WürzburgNortheast Corridor (Boston-Washington DC)HSL 1 (Brussels-Paris)HSL 2 (Leuven-Ans)HSL 3 (Liège-Aachen)HSL 4 (Brussels-Netherlands)HSL-Zuid (Belanda)

Mengikut negara: KanadaPerancisTaiwanTurkiUnited Kingdom
Amerika Syarikat (CA · FL · NY · TX · Midwest · Southeast)