Interkom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sistem Interkom di Pittock Mansion

Interkom adalah sistem telekomunikasi eletronik dalam bangunan atau sekelompok bangunan. Interkom biasanya terdiri daripada unit mikrophone/speaker yang bersambung dengan panel kawalan pusat. Interkom rumah kecil mungkin menghubungkan beberapa bilik dalam rumah. Sistem yang lebih besar mungkin menghubungkan semua bilik dalam sekolah atau hospital kepada pejabat pusat. Interkom dalam bangunan besar seringkali berfungsi sebagai sistem penyiaran umum (public address), berupaya membuat pengumuman.

Dalam kebanyakan sekolah, isyarat penukaran masa kelas dibunyikan melalui interkom, menggantikan loceng elektromekhanikal yang digunakan oleh sekolah lama.

Istilah asas:[sunting | sunting sumber]

  • Stesen ketua - Ini merupakan unit yang mengawal sistem, contoh, memulakan panggilan.
  • Sub-stesen - Unit yang tidak mampu memulakan panggilan, kadang-kala dikenali sebagai unit hamba.
  • Stesen pintu - Sebagaimana sub-stesen, unit ini tidak mampu memulakan panggilan. Ia biasanya tahan pelbagai cuaca.
  • Bekalan kuasa - Digunakan bagi membekalkan kuasa kepada kesemua unit.

Interkom boleh disambungkan kepada loceng pintu (lihat kawalan capaian (access control)).