International Air Transport Association

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IATA.png
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau International Air Transport Association atau singkatannya IATA adalah satu organisasi perdagangan antarabangsa yang beribu pejabat di Montreal, Quebec, Kanada.

IATA menentukan Kod untuk lapangan terbang (3-huruf, seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: KUL) dan penerbangan-penerbangan (2-huruf, seperti Penerbangan Malaysia: MH). ICAO juga menentukan kod-kod ini.

Peraturan keselamatan penerbangan[sunting | sunting sumber]

  1. Keselamatan penerbangan merupakan perkara paling utama.
  2. Perbuatan menembak jatuh jet komersial jelas mencabuli undang-undang, standard dan konvensyen antarabangsa
  3. Kerajaan dan penyedia perkhidmatan pandu arah memaklumkan kepada syarikat penerbangan tentang laluan yang boleh dilalui mereka serta sekatan yang ada. Syarikat penerbangan mestilah mematuhi panduan yang diberi itu.
  4. Kerajaan perlu menerajui usaha untuk menilai kembali cara risiko ruang udara dilakukan selama ini. Industri penerbangan mestilah berusaha sedaya upaya untuk memberi sokongan kepada kerajaan melalui Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dalam tugas rumit yang akan dihadapi.
  5. Sebelum dan ketika terbang, pesawat mestilah memperkenalkan diri dan memaklumkan kehadirannya di koridor terbuka dan sibuk pada ketinggian yang dikira selamat.
  6. syarikat penerbangan yang sanggup mengambil risiko terhadap keselamatan penumpang, anak kapal dan pesawatnya semata-mata kerana ingin menjimatkan minyak.

Teknologi terkini[sunting | sunting sumber]

IATA menimbang lebih 30 vendor pengeluar teknologi terkini untuk mengesan semua pesawat dalam penerbangan susulan tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia Airlines 370 (MH370). Laporan IATA menyatakan bahawa terdapat 0.34 kemalangan bagi setiap juta penerbangan dalam tempoh empat bulan 2014 berbanding 0.32 dalam tempoh lima tahun sebelum 2013.[1]

MH17[sunting | sunting sumber]

Ketua pengarah dan ketua pegawai eksekutif IATA, Tony Tyler menyatakan bahawa pesawat MH17 (Boeing 777) itu diletupkan di udara .Segala usaha perlu dilakukan untuk memastikan pencabulan seperti MH17 ini tidak berulang. [2] Laluan merentasi Ukraine sebelum ini diisytiharkan selamat dan diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO. MAS telahpun menggunakan laluan itu banyak kali selain 15 syarikat penerbangan di Asia Pasifik dan Eropah.[3] Pesawat lain seperti Thai Airways dan pesawat MAS MH3 juga menggunakan laluan sama pada hari yang sama.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]