Internet Assigned Numbers Authority

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IANA
IANA Logo
Ibu pejabat Marina del Rey, California
Penubuhan
Pengasas Kerajaan Amerika Syarikat
Identiti
Orang penting Elise Gerich
Fokus Mengurus zon-zon akar DNS
Laman sesawang IANA.org

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Internet Assigned Numbers Authority (IANA, terjemahannya "Penguatkuasa Nombor Teruntuk Internet") ialah lembaga yang menyelia secara sejagat peruntukan alamat IP, peruntukan angka sistem berautonomi, pengurusan zon akar dalam Sistem Nama Domain (DNS), jenis-jenis media, dan simbol serta angka lain yang berkaitan dengan Protokol Internet. IANA ialah jabatan yang dikendalikan oleh Internet Corporation for Assigned Names and Numbers, turut dikenali sebagai ICANN.[1]

Sebelum tertubuhnya ICANN demi tujuan ini, IANA diseliakan oleh Jon Postel di Institut Sains Maklumat (ISI) Universiti California Selatan (USC), di bawah kontrak antara USC/ISI dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, sehinggalah ICANN ditubuhkan bagi memikul tanggungjawab ini di bawah kontrak Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "About IANA - Introduction to IANA". Diperoleh pada 17 December 2011.