ICANN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN)
Kerangka
KependekanICANN
Cogan kataOne World. One Internet.
Jenis/bentuk sahPertubuhan bukan untung Sunting ini di Wikidata
FokusMenguruskan nombor Protokol Internet dan Sistem Nama Domain
BidangTeknologi maklumat, capaian, penapisan, demokrasi, Jurang digital, Hak digital, Kebebasan maklumat, Internet phenomena, Keberkecualian internet, privasi, sosiologi, penggunaan, Tadbir urus Internet Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.icann.org
Facebook: icannorg Twitter: ICANN Instagram: icannorg LinkedIn: icann Youtube: UCl7rV9qJaQEx3GKhtSLx4QA Youtube: ICANNnews Flickr: icann Souncloud: icann Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan18 September 1998; 25 tahun yang lalu (1998-09-18)
PengasasJon Postel Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
Ketua pegawai eksekutifGöran Marby Sunting ini di Wikidata
Tokoh pentingGöran Marby (CEO dan Presiden), Cherine Chalaby (Chair of the Board)
Perangkaan
Hasil/pendapatan 129,300,000 euro (2020) Sunting ini di Wikidata
Kakitangan/pekerja 388 (2020) Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatLos Angeles, California,
Amerika Syarikat
Lokasi
  • Amerika Syarikat, Turki, Uruguay, Singapura, Belgium, China, Switzerland, Kenya Sunting ini di Wikidata
  • California Sunting ini di Wikidata
    12025 Waterfront Drive, Suite 300Los Angeles, CA 90094-2536, USA Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Ibu pejabat di ICANN USC ISI

ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers) ialah sebuah perbadanan yang diasaskan pada 18 September 1998 dan diperbadankan pada 30 September 1998[1] dengan tujuan menyelia sebilangan tugasan berkaitan Internet yang pernah dilaksanakan secara langsung bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat oleh pertubuhan-pertubuhan lain, khususnya Internet Assigned Numbers Authority (IANA). Ibu pejabatnya terletak di Marina Del Rey, California, Amerika Syarikat.

Antara tugas-tugas yang dipikul oleh ICANN termasuk tanggungjawab peruntukan ruangan alamat protokol Internet (IP), penguntukan pengecam protokol, pengurusan sistem nama domain peringkat tinggi umum (gTLD) dan kod negara (ccTLD), dan fungsi-fungsi pengurusan sistem pelayan akar. Secara amnya, ICANN bertanggungjawab menguruskan penguntukan nama domain dan alamat IP. Kini, kebanyakan tugas ICANN adalah berkenaan pengenalan domain peringkat tinggi baru (TLD). Kerja-kerja teknikal ICANN dipangil fungsi IANA.

Prinsip-prinsip operasi utama ICANN disifatkan sebagai membantu memelihara kestabilan pengendalian Internet; memupuk persaingan; meluaskan masyarakat Internet sedunia; dan membangunkan dasar-dasar yang selaras dengan misinya melalui proses-proses berasaskan kesepakatan dari peringkat bawah ke atas.[2]

Pada 29 September 2006, ICANN menandatangai perjanjian baru dengan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (DOC) yang menggerakkan pertubuhan swasta ini ke arah pengurusan sepenuhnya bagi sistem pengecam terselaras pusat di Internet melalui model rundingan pelbagai pihak yang diwakili oleh ICANN.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ California Secretary of State, Internet Corporation for Assigned Names and Numbers Diarkibkan 2007-03-21 di Wayback Machine. Accessed 2009.09.18.
  2. ^ "MEMORANDUM OF UNDERSTANDING BETWEEN THE U.S. DEPARTMENT OF COMMERCE AND INTERNET CORPORATION FOR ASSIGNED NAMES AND NUMBERS". 25 Nov 98. Dicapai pada 2009-09-30. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ ICANN-DOC JPA 09-29-2006

Pautan luar[sunting | sunting sumber]