Internet Explorer 8

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Internet Explorer 8
Internet Explorer 7 Logo.png
Pembangun Microsoft
Keluaran asal Mac 19, 2009; 5 tahun yang lalu (2009-03-19)
Sistem pengendalian
Termasuk dengan Windows 7 dan Windows Server 2008 R2[2]
Enjin Trident 4.0
Pelantar See: platform support
Jenis Web browser
Aggregator
FTP client
Lesen Proprietary, requires Windows license

Internet Explorer versions:

1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6 · 7 · 8 · 9 · 10 · 11

Windows Internet Explorer 8 (IE8) merupakan pelayar web yang dibangunkan oleh Microsoft yang dilepaskan pada 19 Mac 2009. Pelayar ini merupakan pengganti kepada Internet Explorer 7 yang dilepaskan pada tahun 2006. Pelayar web IE8 juga merupakan pelayar web asas kepada sistem operasi Windows 7 dan Windows Server 2008 R2.[3] Setakat pada bulan September 2013, anggaran pasaran global IE8 di antara 6.93% hingga 8.73%.[4][5][6]

Internet Explorer 8 merupakan versi IE pertama yang melepasi ujian Acid2, walaupun hanya mendapat skor 20/100. Menurut Microsoft, keutamaan diberikan kepada tahap sekuriti, mesra pengguna, peningkatan kualiti dalam RSS, CSS dan sokongan pengaturcaraan Ajax dalam pembinaan IE8.

Internet Explorer 8 ialah pelayar web terakhir yang boleh disokong dalam sistem operasi Windows XP dan Windows Server 2003, manakala pelayar web Internet Explorer 9 yang merupakan pengganti kepada IE8 hanya boleh disokong dalam sistem operasi Windows Vista, Windows Server 2008 R2, dan Windows 7.[7][8]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tanda tulisan pelayar IE8

Pembangunan IE8 bermula sekitar Mac 2006 dan pada 5 Mac 2008.[9] Pada bulan Februari 2008, Microsoft menghantar jemputan peribadi untuk mencuba IE8 versi Beta 1[10] dan pada 5 Mac 2008, Microsoft melepaskan versi Beta 1 kepada umum[11], walaupun versi itu memfokuskan kepada pembangun sesawang[12].

Pada 27 Ogos 2008, Microsoft melepaskan IE8 versi Beta 2 kepada umum[13]. Pengkritik IT PC World berkata pelbagai ciri-ciri didedahkan pada versi Beta 2 seperti mod InPrivate, pengasingan tab dan pengumpulan mengikut warna serta menambahbaik fungsi keserasian berbanding dengan Internet Explorer 7[14]. Dua fungsi bertukar nama antaranya Activities ke Accelerators dan Phising filter kepada Safety filter. Pada bulan Ogos 2008, fungsi baru yang diberi nama InPrivate menjadi perhatian[14].

Versi pertama bukan Beta telah dilepaskan pada 19 Mac 2009.

Pada 5 Januari 2009, Microsoft telah menyediakan perisian yang menyekat muat turun Internet Explorer 8 secara automatik menerusi Windows Update.

Pada 27 Mei 2010, Microsoft telah melepaskan Internet Explorer 8 yang dioptimumkan untuk Bing dan MSN.

Sejarah versi[sunting | sunting sumber]

Sejarah versi Internet Explorer 8
Versi Tarikh dilepaskan Windows XP SP2 /
Windows Server 2003 SP1
Windows Vista /
Windows Server 2008
Windows 7 Bahasa
Nama Nombor versi
Beta 1[11] 8.0.6001.17184 5 Mac 2008 Ya Ya Tidak 3[15]
Beta 2[13] 8.0.6001.18241 27 Ogos 2008 Ya Ya Ya 25[16]
Partner Build (Pre RC)[17] 8.0.6001.18343 10 Disember 2008 Ya Ya Ya 1
Release Candidate[18] 8.0.6001.18372 26 Januari 2009 Ya Ya Ya 25[18]
Release to Manufacturing[19] 8.0.6001.18702 19 Mac 2009 Ya Ya Termasuk 25–63*
*^  Pada mulanya, Internet Explorer menyokong 25 jenis bahasa;[19] tambahan, sebanyak 63 jenis bahasa telah dilepaskan setakat Jun 2009 tetapi tidak semua bahasa boleh didapati dalam kesemua versi Windows[20]

Sokongan sistem operasi[sunting | sunting sumber]

Senarai sistem operasi dan teras binaan CPU yang menyokong pelayar web Internet Explorer 8[21][22].

Sistem operasi Tahap service pack Teras binaan CPU
Windows XP SP2 atau kemudiannya IA-32[23] dan x64[24]
Windows Server 2003 SP2 atau kemudiannya IA-32[25] dan x64[24]
Windows Vista RTM atau kemudiannya IA-32[26] dan x64[27]
Windows Server 2008 RTM atau kemudiannya IA-32[26] dan x64[27]
Windows 7 RTM atau kemudiannya IA-32[28] dan x64[28]
Windows Server 2008 R2 RTM atau kemudiannya x64[28] dan Itanium[28]

Keperluan sistem[sunting | sunting sumber]

IE8 memerlukan sekurang-kurangnya:[29]

  • Sistem operasi:
  • Kelajuan pemproses: 233 MHz
  • Memori:
    • 64 MB dalam versi 32-bit Windows XP atau Windows Server 2003
    • 128 MB dalam versi 64-bit Windows XP atau Windows Server 2003
    • 512 MB dalam versi Windows Vista atau Windows Server 2008
  • Paparan: Super VGA (800×600) paparan dengan 256 colors
  • Perkakas lain: Modem atau sambungan Internet; tetikus atau apa-apa perkakasan yang berkaitan dengan petunjuk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Internet Explorer 8 system requirements". Microsoft. http://windows.microsoft.com/en-US/internet-explorer/products/ie-8/system-requirements. Capaian 24 Disember 2013. 
  2. "Internet Explorer 8 Upgrade Advisor does not function correctly after you install update 2183461 in Windows 7 or in Windows Server 2008 R2 (Revision: 2.0)". Microsoft. 4 November 2010. http://support.microsoft.com/kb/2398632/sv. 
  3. Heiner, Dave (June 11, 2009). "Working To Fulfill Our Legal Obligations in Europe for Windows 7". Microsoft. http://microsoftontheissues.com/cs/blogs/mscorp/archive/2009/06/11/working-to-fulfill-our-legal-obligations-in-europe-for-windows-7.aspx. 
  4. "Global Web Stats". W3Counter. January 2011. http://www.w3counter.com/globalstats.php. Capaian January 18, 2011. 
  5. "StatCounter Global Stats". StatCounter. January 2011. http://gs.statcounter.com/#browser_version-ww-monthly-201012-201012-bar. Capaian January 18, 2011. 
  6. "Browser Version Market Share". Net Applications. January 2011. http://marketshare.hitslink.com/browser-market-share.aspx?qprid=2. Capaian January 18, 2011.  Note: IE8 + "Compatibility Mode" numbers
  7. Hall, Kevin (March 17, 2010). "Internet Explorer 9 Adds HTML5, Drops Windows XP". Dvice.com. http://dvice.com/archives/2010/03/internet-explor.php. 
  8. Foley, Mary Jo (March 16, 2010). "Microsoft IE9 Developer Preview with HTML5 Support Ready for Download". ZDNet. http://blogs.zdnet.com/microsoft/?p=5572&tag=col1;post-5572. 
  9. LaMonica, Martin (March 20, 2006). "Gates Looks To Expand View Beyond Windows". CNET. http://news.cnet.com/Gates-looks-to-expand-view-beyond-Windows/2100-1007_3-6051400.html?tag=nefd.lede. Capaian August 28, 2008. 
  10. Foley, Mary Jo. "Private IE 8 Beta 1 Test Build Coming Soon", ZDNet, February 23, 2008. Dicapai pada March 1, 2008. 
  11. 11.0 11.1 http://www.microsoft.com/windows/products/winfamily/ie/ie8/readiness/Install.htm[pautan putus] Internet Explorer 8 Readiness Toolkit
  12. Thurrott, Paul. "Internet Explorer 8 Beta 1 Review". Windows IT Pro. http://www.winsupersite.com/reviews/ie8_beta1.asp. Capaian March 12, 2008. 
  13. 13.0 13.1 http://www.microsoft.com/windows/internet-explorer/beta/worldwide-sites.aspx[pautan putus] IE8 Beta 2 download page.
  14. 14.0 14.1 Mediati, Nick. "Internet Explorer 8 Beta 2: Can It Outfox Firefox?", PC World, August 27, 2008. 
  15. "IE8 Beta 1 For Developers Now Available in Chinese (Simplified) and German". Blogs.msdn.com. 2008-04-07. http://blogs.msdn.com/ie/archive/2008/04/07/ie8-beta-1-for-developers-now-available-in-chinese-simplified-and-german.aspx. Capaian 2013-01-25. 
  16. "IE8 Beta 2 Now Available in 25 Languages". Blogs.msdn.com. 2008-09-16. http://blogs.msdn.com/ie/archive/2008/09/16/internet-explorer-8-beta-2-now-available-in-25-languages.aspx. Capaian 2013-01-25. 
  17. "Microsoft Releases to Select Testers Updated IE 8 Build". ZDNet.
  18. 18.0 18.1 "Internet Explorer 8 Release Candidate Now Available". Blogs.msdn.com. 2009-01-26. http://blogs.msdn.com/ie/archive/2009/01/26/internet-explorer-8-release-candidate-now-available.aspx. Capaian 2013-01-25. 
  19. 19.0 19.1 "Microsoft Announces Availability of Internet Explorer 8"
  20. "Internet Explorer 8 is now available in 18 additional languages - IEBlog - Site Home - MSDN Blogs". Blogs.msdn.com. 2009-04-24. http://blogs.msdn.com/ie/archive/2009/04/24/internet-explorer-8-is-now-available-in-18-additional-languages.aspx. Capaian 2013-01-25. 
  21. "Availability of Windows Internet Explorer 8". Microsoft Support. Microsoft. 10 October 2011. http://support.microsoft.com/kb/944036. Capaian 15 November 2012. 
  22. "Installing Internet Explorer 8". Microsoft TechNet. Microsoft. http://technet.microsoft.com/library/cc985359.aspx. Capaian 15 November 2012. 
  23. "Windows Internet Explorer 8 for Windows XP". Microsoft Download Center. Microsoft. 19 March 2009. http://www.microsoft.com/en-us/download/details.aspx?id=43. Capaian 15 November 2012. 
  24. 24.0 24.1 "Windows Internet Explorer 8 for Windows Server 2003 SP2 64-bit Edition or Windows XP Professional 64-bit Edition". Microsoft Download Center. Microsoft. 19 March 2009. http://www.microsoft.com/en-us/download/details.aspx?id=14805. Capaian 15 November 2012. 
  25. "Windows Internet Explorer 8 for Windows Server 2003". Microsoft Download Center. Microsoft. 11 March 2009. http://www.microsoft.com/en-us/download/details.aspx?id=20335. Capaian 15 November 2012. 
  26. 26.0 26.1 "Windows Internet Explorer 8 for Windows Vista or Windows Server 2008". Microsoft Download Center. Microsoft. 11 March 2009. http://www.microsoft.com/en-us/download/details.aspx?id=22166. Capaian 15 November 2012. 
  27. 27.0 27.1 "Windows Internet Explorer 8 for Windows Vista 64-bit Edition or Windows Server 2008 64-bit Edition". Microsoft Download Center. Microsoft. 19 March 2009. http://www.microsoft.com/en-us/download/details.aspx?id=18691. Capaian 15 November 2012. 
  28. 28.0 28.1 28.2 28.3 "Internet Explorer 8 Upgrade Advisor does not function correctly after you install update 2183461 in Windows 7 or in Windows Server 2008 R2 (Revision: 2.0)". Microsoft Support. Microsoft. 4 November 2010. http://support.microsoft.com/kb/2398632/sv. Capaian 3 October 2012. 
  29. "Internet Explorer 8 system requirements". Microsoft. http://windows.microsoft.com/en-US/internet-explorer/products/ie-8/system-requirements. Capaian 3 October 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.