InuYasha
| InuYasha | |||
| 戦国お伽草子–犬夜叉 (Sengoku Otogi Zōshi Inuyasha) | |||
| Genre | Pengembaraan, Komedi, Drama, Fantasi, Sejarah, Romantik, Shōnen
|
||
| Manga | |||
|---|---|---|---|
| Pengarang | Rumiko Takahashi | ||
| Penerbit | |||
|
|||
| TV anime | |||
| Pengarah | Masashi Ikeda (eps 1 sehingga 44) Yasunao Aoki (44 ke atas) | ||
| Studio | Sunrise | ||
| Penyiaran |
|
||
| Senarai Filem | |||
| Portal Anime dan Manga | |||
InuYasha (犬夜叉), ( judul penuh dalam bahasa Jepun Sengoku Otogi Zōshi InuYasha, 戦国お伽草子ー犬夜叉), ataupun dalam bahasa Inggeris, InuYasha, a Feudal Fairy Tale merupakan judul manga ataupun anime Jepun berbentuk shōnen, pengembaraan romantis dan komedi yang merupakan karya Rumiko Takahashi. Kisahnya mengenai pengembaraan seorang gadis yang sedang belajar di sekolah tinggi era moden, Kagome Higurashi, seorang gadis yang boleh merentasi zaman silam melalui perigi misteri di rumahnya. Kagome ialah kelahiran semula, bagi Kikyo dan oleh sebab itu Kagome mempunyai kuasa istimewa. Kagome telah ditakdirkan bertemu dengan Inuyasha di zaman silam dan menggembara bersama-sama untuk mengumpulkan serpihan permata Shikon No Tama.
Terdapat 167 episod anime ini telah dihasilkan oleh Sunrise Inc. yang mulanya disiarkan di Nippon TV di Jepun sejak 16 Oktober 2000 hingga 13 September 2004. Biarpun episod terakhirnya mencecah 167 episod, namun siri anime ini tergantung dan tiada penyelesaiannya. Maka siri baru, iaitu Inuyasha The Final Act sebanyak 26 episod telah dihasilkan untuk mencari penamat kepada jalan keseluruhan cerita. Terdapat Manga, Filem ataupun Movie serta permainan turut dihasilkan. Siri anime ini pernah disiarkan di Malaysia menerusi saluran Ntv7, hanya selama setahun dan juga di TV9 selama beberapa bulan.
Siri ini dinamakan berasaskan watak utamanya, InuYasha. Nama "InuYasha" bermaksud "syaitan anjing". Inu (犬) dalam bahasa Jepun bermaksud "anjing". Yasha (夜叉) pula merupakan istilah berkaitan agama Buddha yang merujuk kepada pahlawan syaitan.
Isi kandungan |
[sunting] Keistimewaan dan Penekanan
Anime Inuyasha mempunyai banyak keistimewaan, antaranya :
- Anime ini menekankan mengenai keberanian dalam mengharungi cabaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Contohnya Inuyasha, Kagome dan rakan rakan mereka yang lain sanggup bersusah payah bertarung demi mendapatkan Shikon No Tama dan menghapuskan Naraku.
- Anime ini menekankan latar tempat, masa dan masyarakat era feudal iaitu di zaman Edo. Dengan ini penonton boleh mempelajari budaya Jepun yang unik.
- Anime ini turut memperlihatkan ikatan kasih sayang hubungan kekeluargaan, persahabatan dan percintaan. Contohnya biarpun Sesshomaru membenci Inuyasha, namun akhirnya Sesshomaru dapat menerima bahawa Inuyasha ialah adiknya. Begitu juga persahabatan antara Kagome dengan Miroku dan Sango.
- Anime ini menghiburkan bagi golongan muda, remaja dan dewasa kerana kehebatan pertarungannya setaraf dengan anime Bleach dan juga Naruto.
[sunting] Plot
Siri Inuyasha bermula dengan pertempuran penduduk kampung era silam iaitu pada zaman edo dengan seorang manusia separuh rasaksa yang dipanggil sebagai hanyou. Hanyou tersebit ialah Inuyasha yang ingin mencuri permata Shikon No Tama dari biara kampung tersebut. Pada hari itu, Inuyasha gagal mengawal emosi dan difikirannya hanyalah ingin memperolehi permata tersebut. Serikandi terakhir yang merupakan seorang perempuan sihir ataupun miko iaitu Kikyo mempertahankan Shikon No Tama sehingga ke titisan darah terakhir. Kikyo memanah Inuyasha tepat di dadanya dan tubuh Inuyasha terikat dengan sumpahan. Sumpahan itu membuatkan Inuyasha tidur selama 50 tahun.
Kembali ke era moden, Higurashi Kagome yang merupakan seorang pelajar sekolah tinggi mempunyai sahabat yang ramai dan keluarga yang penyayang. Datuknya membuka kedai antik dan selalu bercerita kepada Kagome mengenai permata Shikon No Tama yang menjadi lagenda bagi sejarah Jepun. Kagome tidak meminati sejarah dan dia hanya bersikap acuh tak acuh apabila datuknya bercerita mengenai permata itu. Kagome mempunyai seorang adik lelaki bernama Sota dan seekor kucing comel dan gemuk bernama Buyo. Suatu hari Buyo bermain-main dengan Sota. Buyo melangkah masuk ke sebuah bilik lama di halaman rumah Kagome. Sota yang bimbangkan keselamatan Buyo cuba mencari Buyo. Namun dia tidak berani untuk melangkah ke bilik tersebut. Sota meminta bantuan Kagome untuk mencari Buyo. Kagome membuka pintu bilik tersebut dan mencari Buyo. Buyo akhirnya ditemui, namun begitu dengan tidak sengaja Kagome terjatuh ke dalam perigi yang terdapat di bilik tersebut.
Dalam perigi tersebut, Kagome diserang oleh rasaksa lipan gergasi. Kagome cuba melarikan diri dan dia menemui jalan keluar dari perigi tersebut. Apabila Kagome keluar daripada perigi itu, Kagome terkejut kerana terdapat hutan disekelilingnya dan rumahnya tiada di situ. Kagome cuba mencari jalan pulang dengan merayau-rayau di hutan itu. Secara tidak sengaja, Kagome terjumpa dengan sebatang pokok yang besar dengan seekor makhluk telah diikat di situ. Kagome cuba mendekati makhluk itu yang sedang tidur dalam keadaan yang aman, namun terdapat di dadanya telah dipanah dengan busur. Kagome menarik keluar panah itu, dan serta merta sumpahan yang telah diikat selama 50 tahun telah dileraikan kembali. Makhluk tersebut yang merupakan Inuyasha mula bangun dan terkejut melihat wajah Kagome yang seiras dengan wajah Kikyo.
Makhluk rasaksa yang mengejar Kagome di perigi itu kembali mengejar Kagome. Inuyasha mula menyerang dan menyelamatkan Kagome. Rasaksa itu inginkan permata Shikon No Tama yang tertanam dalam tubuh Kagome. Ini adalah kerana permata Shikon No Tama dibakar dan dikebumikan bersama-sama dengan mayat Kikyo. Kagome pula kelahiran semula bagi Kikyo dan oleh sebab itu Shikon No Tama berada dalam tubuhnya. Semasa berlawan dengan rasaksa tersebut, tiba-tiba permata Shikon No Tama keluar daripada tubuh Kagome. Namun begitu, Inuyasha berjaya mengalahkan rasaksa tersebut dan Kagome menetap di rumah Kaede. Kaede ialah adik kepada Kikyo. Dia merupakan seorang miko tua yang telah lama hidup di dunia itu. Kaede percaya bahawa Kagome ialah kelahiran semula kakaknya. Kemudiannya Shikon No Tama dicuri oleh seekor burung yang dihantar oleh Naraku. Kagome dengan pantas cuba memanah burung tersebut namun akhirnya panahnya terkena permata Shikon No Tama menyebabkan permata itu pecah dan bertaburan di seluruh tempat. Dengan peristiwa itu, bermulalah pengembaraan Inuyasha dan Kagome dalam mencari serpihan permata Shikon No Tama bersama-sama.
Inuyasha seringkali bermimpi mengenai ibunya yang telah mati. Ibunya yang bernama Izayoi, ialah seorang puteri yang cantik bagi kerajaan di dunia itu. Namun begitu, kelahiran Inuyasha ditentang hebat oleh kerabat diraja manusia kerana Inuyasha ialah separuh manusia dan rasaksa. Ayahnya ialah Inu No Taisho iaitu Great Dog General yang merupakan pemerintah tertinggi bagi kerajaan langit ataupun pemerintah tertinggi bagi kaum rasaksa yang disebut sebagai Youkai. Inuyasha mempunyai ibu tiri bernama Inu No Kimi dan abang tiri yang bernama Sesshomaru. Sesshomaru sering memburu Inuyasha kerana inginkan pedang Tetsusaiga yang dikatakan pedang terhebat milik ayahnya, Inu No Taisho. Inu No Taisho mewariskan pedang yang disayanginya, Tetsusaiga kepada Inuyasha dan pedang kecilnya, Tenseiga kepada Sesshomaru. Sesshomaru merasakan ayahnya tidak adil kerana dia yang sepatutnya mendapat Tetsusaiga kerana dia ialah anak sulung dan juga berdarah rasaksa bangsawan penuh iaitu Daiyoukai, Full Fledged Demon.
Dalam pengembaraan itu juga, Inuyasha bertemu dengan Miroku yang mempunyai kuasa menyerap kesan daripada sumpahan yang telah diturunkan oleh Naraku kepada datuknya. Seluruh kehidupannya ialah untuk mencari dan memusnahkan Naraku demi membalas dendam terhadap keluarganya. Sango pula ialah seorang perempuan yang kuat. Dia memburu rasaksa bersama ahli keluarganya demi menampung keperluan hidup mereka. Namun pada suatu malam, Sango dan keluarganya telah diperdaya dan dibunuh kejam oleh Naraku. Hanya Sango yang berjaya meloloskan diri, manakala adiknya Kohaku meninggal dunia namun dibangunkan kembali oleh Naraku dengan menggunakan kuasa serpihan Shikon No Tama. Sango juga memburu dan ingin membunuh Naraku. Shippo pula ialah rasaksa rubah yang kehilangan ayahnya akibat dibunuh oleh orang bawahan Naraku. Oleh sebab matlamat mereka adalah sama maka Inuyasha, Kagome, Sango, Miroku dan Shippo bekerjasama dalam mengumpulkan serpihan Shikon No Tama dan membunuh Naraku.
[sunting] Watak Perwatakan
[sunting] Watak Utama
-
- Inuyasha (犬夜叉, いぬやしゃ Dog Demon?)
- Rencana utama Inuyasha
- Suara Latar : Kappei Yamaguchi
- Inuyasha ialah watak utama bagi siri animasi ini. Dia merupakan anak kepada seorang puteri yang cantik bernama Izayoi dari dunia manusia dan anak kepada ketua pemimpin ataupun pemerintah tertinggi dari dunia rasaksa, iaitu Inu No Taisho dalam Bahasa Inggeris, Great Dog Demon. Jadi, Inuyasha ialah separuh rasaksa, Half Demon yang telah terikat di sebuah pokok besar selama 50 tahun kerana dipanah oleh Kikyo akibat perbuatan Inuyasha yang ingin mencuri permata Shikon No Tama. Suatu masa dahulu, Inuyasha sebenarnya jatuh cinta kepada Kikkyo namun hubungan mereka hancur kerana perbuatan jahat Naraku yang menyamar sebagai Inuyasha dan menikam Kikyo dari belakang. Begitu juga dengan Inuyasha, Naraku menyamar sebagai Kikyo dan memanah Inuyasha. Kedua-duanya tidak mengetahui pekara sebenar merasakan cinta mereka dikhianati dan menyerang satu sama lain. Kikyo menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memanah Inuyasha. Kemudian Inuyasha bertemu dengan Kagome dan dia jatuh cinta terhadap Kagome. Di akhir episod Inuyasha The Final Act mereka akhirnya berkahwin. Inuyasha merupakan pemilik pedang Tessaiga yang sebelum ini milik ayahnya. Matlamat Inuyasha ialah untuk mengalahkan Naraku untuk membalas dendam terhadap kematian Kikyo dan Inuyasha inginkan Shikon No Tama untuk menjadi sepenuh rasaksa, Full Fledged Demon.
- Inuyasha mempunyai personaliti yang pincang kerana darahnya separuh rasaksa di mana kehidupan dan jiwanya mempunyai sisi gelap yang ingin menjadi rasaksa sepenuhnya. Namun begitu, setelah bertemu dengan Kagome, Miroku, Sango dan Shippo Inuyasha mula menghargai kehidupannya sebagai manusia dan jiwanya mula menyayangi dan ingin melindungi mereka yang penting buatnya. Semakin lama bersama kawan-kawannya, ikatan persahabatan yang kuat mula dibina dan matlamatnya untuk menjadi sepenuh rasaksa mula terhapus. Inuyasha ingin menjadi kuat dengan memahami kekuatan yang sebenar, iaitu menjadi kuat untuk melindungi mereka yang penting kepada dirinya. Inuyasha gemar bergaduh dengan Kagome, namun menyimpan perasaan terhadap Kagome. Brbeza dengan Kikyo, Inuyasha bersikap serius dan perasaan cinta terhadap Kikyo hampir terhapus. Inuyasha bersikap kebudak-budakkan terutamanya dengan Koga iaitu seekor serigala jadian. Inuyasha cemburu kerana Koga menaruh perasaan terhadap Kagome. Begitu juga ketika bertarung dengan Sesshomaru, Inuyasha banyak cakap dan mengutuk Sesshomaru. Mereka bertarung dengan serius, namun akhirnya ikatan kekeluargaan iaitu kasih sayang adik dan abang membuatkan Sesshomaru dapat menerima Inuyasha.
- Inuyasha berpakaian tradisional jepun yang berwarna merah. Dia mempunyai rambut yang cantik, berwarna perak ataupun silver sama seperti abangnya, Sesshomaru. Inuyasha juga mempunyai telinga yang kelihatan seperti telinga kucing. Namun begitu, Inuyasha akan berubah menjadi manusia apabila bulan memasuki fasa baru. Rambutnya akan menjadi hitam dan telinga kucingnya akan berubah menjadi telinga manusia.