Irama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Irama (bahasa Greek: ῥυθμός = 'mengalir', atau dalam bahasa Greek Moden, 'gaya') ialah kelainan penekanan bunyi-bunyi atau peristiwa-peristiwa lain yang berkait dengan berlangsungnya masa. "Irama melibatkan pola-pola jangka masa yang wujud pada tahap yang luar biasa dalam muzik", dengan jangka masa dikesani melalui jarak waktu interonset (London 2004, m.s. 4). Apabila ditentukan oleh peraturan ini, irama dipanggil meter. Irama wujud dalam mana-mana satu perantara bersandar masa, tetapi ia paling berkait dengan muzik, tarian, dan kebanyakan puisi.

Kajian irama, tekanan, dan nada dalam pertuturan dipanggil prosodi; irama adalah salah satu topik dalam linguistik. Semua ahli muzik, pemain muzik, dan penyanyi menggunakan irama, tetapi irama sering dianggap sebagai domain utama pemain dram dan pemain genderang.