Iran Air
| هواپیمائی جمهوری اسلامی ایران Havapeyma'i-ye Jomhūrī-ye Eslāmī-ye Īrān Penerbangan Republik Islam Iran |
|||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
|||||||
| Ditubuhkan | 1962 | ||||||
| Hab | LTA Mehrabad, Tehran LTA Imam Khomeini |
||||||
| Bandar tumpuan | LTA Mashhad LTA Isfahan LTA Tabriz LTA Shiraz |
||||||
| Pesawat | 35 | ||||||
| Destinasi | 44 | ||||||
| Ibu pejabat | Tehran, Iran | ||||||
| Tokoh | Saeid Hesami (Pengerusi) | ||||||
| Laman web | http://www.iranair.com | ||||||
Iran Air atau Penerbangan Iran ialah penerbangan kebangsaan Iran yang berhab di Tehran, Iran. Penerbangan ini mempunyai 44 destinasi.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Pada tahun 1946, sekumpulan ahli perniagaan Iran menubuhkan sebuah penerbangan kebangsaan iran yang dinamakan Iranian Airways Company. Dengan menggunakan pesawat DC-3, penerbangan ini menghubungkan Iran dengan negara-negara Eropah. Manakala, sebuah syarikat penerbangan swasta yang bernama Persian Air Services ditubuhkan pada tahun 1954 untuk pengangkutan kargo. Kedua-dua penerbangan kemudiannya bergabung pada tahun 1962 menjadi Iran Air.
[sunting] Armada Pesawat
Iran Air mengoperasikan beberapa pesawat jet yang dibina oleh Boeing, Airbus dan Tupolev. Purata umur pesawat-pesawatnya ialah 22 tahun pada Oktober 2006. Berikutan sekatan ekonomi Amerika, Iran Air mengalami kesulitan dalam penjagaan pesawat-pesawatnya dan juga pembelian pesawat-pesawat baru. Kebanyakan Boeing 747 dan Airbus A310nya kini terpaksa ditamatkan operasinya kerana kekurangan komponen ganti.
| Pesawat | Jumlah | Jumlah Penumpang | Sektor |
|---|---|---|---|
| Airbus 300-600R | 4 | 261 | Antarabangsa |
| Airbus 300-B2 | 4 | 277 | Antarabangsa Dan Dalam Negeri |
| Airbus 310-200 | 6 | 167-203 | Antarabangsa |
| Airbus 310-300 | 2 | 215 | Antarabangsa Dan Dalam Negeri |
| Boeing 727-200 | 4 | 154 | Antarabangsa Dan Dalam Negeri |
| Boeing 747-100 | 1 | 449 | Antarabangsa |
| Boeing 747-200 | 3 | 449 | Antarabangsa |
| Boeing 747-SP | 2 | 305 | Antarabangsa |
| Fokker 100 | 12 | 85-122 | Antarabangsa Dan Dalam Negeri |
| Tupolev Tu-154 | - | 114-180 | Dalam Negeri |
[sunting] Kemalangan
- 25 Disember, 1952; Pesawat Douglas DC-3 Iran Air terhempas di Tehran, Iran dengan 27 kehilangan jiwa dan dua terselamat.
- 21 Januari, 1980; Pesawat Boeing 727-86 terhempas berdekatan Tehran. Pesawat ini tersasar dari landasan ketika pendaratan di cuaca bersalji. Kesemua penumpang dan anak kapalnya terbunuh.
- 3 Julai, 1988, Penerbangan 655 Iran Air ditembak oleh tentera laut Amerika dari kapal USS Vincennes di Teluk Parsi. Menurut Washington, tindakan ini merupakan kesilapan pegawai tenteranya.
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Iran Air |