Irene Fernandez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Irene Fernandez (18 April 1946 – 31 Mac 2014) adalah seorang ahli politik PKR dan aktivis hal pekerja asing di Malaysia. Irene juga pengasas dan pengarah eksekutif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tenaganita Sdn. Bhd. Beliau merupakan wanita Malaysia yang terkenal kerana berani mempertahankan hak asasi manusia seperti hak pekerja asing di Malaysia.

Layanan buruk di pusat tahanan Imigresen[sunting | sunting sumber]

Kononnya pada 1995 beliau mendedahkan kepada umum keadaan buruk yang wujud di pusat-pusat tahanan Imigresen dalam satu memorandum bertajuk Abuse, Torture and Dehumanised Conditions of Migrant Workers in Detention Centres (Penyalahgunaan, Penderaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Pekerja Asing di Pusat-pusat Tahanan). Berikutan kesalahan menerbitkan dengan niat jahat satu berita palsu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun penjara mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Tetapi pada 24 November 2008, Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membebaskan Irene Fernandez setelah mengenepikan sabitannya atas kesalahan menerbitkan berita itu.

Peguamnya, M. Puravelan menegaskan alasan rekod rayuan tidak boleh difahami dan sebahagian daripada nota keterangan yang ditulis oleh hakim perbicaraan, tidak jelas.[1] Timbalan Pendakwa Raya ialah Shamsul Sulaiman. Beberapa keterangan oleh tiga saksi penting pendakwa dan satu dokumen berhubung kes itu, telah hilang.

Pilihan raya umum 1999[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Irene mewakili PKR telah bertanding di kawasan parlimen P97 - Subang, Selangor yang mempunyai 93,177 pengundi.[2] Beliau menentang Tan Sri Dr.K.S. Nijhar -(BN/MIC).

Utusan bayar gantirugi RM200,000[sunting | sunting sumber]

Irene Fernandez menyaman Utusan Melayu (M) Berhad dan wartawan, Johardy Ibrahim (kini Penolong Pengarang Berita) berhubung artikel bertajuk 'Sikap Irene Lengahkan Siasatan' dalam ruangan Fokus yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 20 September 1995. Pada 27 Oktober 2007,Hakim Datuk Tee Ah Sing di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar gantirugi RM200,000 kepada Irene Fernandez berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau.[3] Gantirugi am itu hendaklah dibayar bersama faedah empat peratus dari tarikh writ saman tersebut difailkan pada tahun 1996 sehingga tarikh penghakiman dan faedah lapan peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga bayaran dilunaskan. Beliau turut memerintahkan injunksi menghalang defendan-defendan melalui diri mereka sendiri, ejen-ejen, pekerja-pekerja atau kakitangan-kakitangan mereka menerbit atau menyebabkan penerbitan fitnah yang sama atau serupa berhubung perkara tersebut.

Memalukan negara[sunting | sunting sumber]

Irene Fernandez mendakwa pekerja warga Indonesia dan Bangladesh dilayan buruk di Malaysia kepada media asing termasuk kepada Jakarta Post, di Indonesia. Artikel 'Malaysia not safe for Indonesian migrant workers' melaporkan, kononnya rakyat Indonesia khususnya wanita yang ke Malaysia untuk bekerja sering dijadikan sebagai objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol berikutan wujudnya industri perkhidmatan pembantu rumah.

Irene mendakwa PDRM tidak ada kuasa untuk menembak tiga rakyat Indonesia iaitu Herman, 34, Abdul Kadir Jaelani, 25, serta Mad Nur, 28, yang disyaki penjenayah samun dan pecah rumah ketika menyerang polis dalam satu kejadian di Port Dickson pada 24 Mac 2012.Anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan ke atas ketiga-tiga suspek bagi mempertahankan diri. Kesemua suspek mati ditembak di dalam kawasan sebuah rumah di Port Dickson.[4] Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menyelamatkan keadaan apabila menegaskan, pihak berkuasa Malaysia tidak mencuri organ ketiga-tiga rakyat negara itu yang ditembak mati.[5]

Irene mendakwa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Rela sering menggugut pekerja asing.[6] Irene menempelak majikan yang bebas memperlakukan apa sahaja kepada amah mereka hanya kerana diberikan kebenaran memegang pasport pekerja masing-masing. Malaysia tidak selamat dijadikan tempat mencari rezeki ialah kerana Malaysia tidak memiliki rangka kerja atau sebarang undang-undang khusus untuk mempertahankan pekerja. Pembantu rumah dan buruh ladang adalah dua sektor yang dikecualikan daripada pengenalan upah gaji minimum. Majikan di Malaysia melanggar undang-undang dengan memberi rasuah kepada polis dan mahkamah. Irene secara sinis menyatakan Program 6P adalah akronim '6 Penipuan'.[7]

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memaklumkan polis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kenyataan yang dibuat oleh Irene. Irene mungkin disiasat di bawah Akta Hasutan. [8] Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa telah dua kali berhadapan dengan kes rompakan dan pembunuhan oleh warga asing.Beliau sendiri trauma apabila sering terjaga pada pukul 4.30 pagi kerana mengingatkan peristiwa dirompak penjenayah warga Indonesia pada pagi 15 Januari 2000. Pada 2006, rumahnya di Taman Melawati hampir dipecah masuk oleh warga asing.

Anifah Aman selaku Menteri Luar kecewa dengan tindakan rakyat Malaysia seperti Irene. Beliau berada di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur. Malaysia mematuhi mekanisme dua hala seperti yang termaktub dalam Akta Asean dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, selain menghormati hak pekerja. Malaysia dan Indonesia mempunyai MOU (memorandum persefahaman) yang ditandatangani pada Sidang Kemuncak Asean 2007 berhubung kerjasama dalam pengambilan pekerja iaitu mekanisme dua hala.[9]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 31 Mac 2014 akibat kegagalan jantung.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]