Irma Hasmie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Irma Hasmie Binti Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Irma Hasmie lahir pada 8 Januari 1982 di Kuala Lumpur. Ayahnya berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala ibunya dari Hulu Selangor. Irma berdarah campuran Pakistan (ayah) dan Cina (ibu).

Anak sulung tiga beradik ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Irma pernah memenangi Gadis Jelita 2004 anjuran majalah Jelita. Pertama kali mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004. Filem lain ialah Bujang Senang dan Diva. Secara rasmi keluar dari MIG mulai Mac 2007 dan kini mengurus sendiri kerjayanya.

Pernah bergelar pembantu pengacara Roda Impian musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin. Selain filem, Irma juga bergelar pelakon TV.

[sunting] Filem

[sunting] Drama

  • Kasih Alia
  • Janji Diana (musim ketiga)
  • Suara Merdeka
  • Agensi Abadi
  • Pendekar Melayu
  • Mas Kahwin
  • Bella
  • segalanya ku terima di TV3

[sunting] Iklan

  • Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia)
  • Fair & Lovely
  • Yamaha dan Pringle's.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan