Iskandar Syah Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iskandar Syah Ismail
Lahir (1976-01-07) 7 Januari 1976 (umur 48)
Jerantut, Pahang
Nama penaDr Bubbles
PekerjaanPenulis, Penterjemah dan Doktor Badut
WarganegaraMalaysia Malaysia
PasanganNor Hayati Mohd Redzwan
Laman web
http://redbubbles.org.my/

Iskandar Syah Ismail adalah seorang Doktor Badut (Clown Doctor), penterjemah sambilan dan juga penulis yang kreatif dan aktif. Beliau adalah pengasas yang menubuhkan pertubuhan amal Red Bubbles.[1]

RED BUBBLES atau nama lainnya Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah KL & Selangor adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sekitar April 2011. Ia berdaftar bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nombor pendaftaran: 2095-11-WKL. Misi Red Bubbles adalah bagi menghibur pesakit kanak-kanak di hospital terutamanya kanak-kanak pesakit kanser. [2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Iskandar Syah Ismail memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Kimia di Universiti Bradford, England. Pada tahun 2003 beliau menghadiri kursus Caring Clown di Clown Camp di Universiti Wisconsin-La Crosse, Amerika Syarikat.

Pada tahun 2005, sekali lagi beliau ke Maine, Amerika Syarikat bagi berguru dengan Avner Eisenberg dan Julie Goell dalam bidang Eccentric Performing.[3]

Dan pada tahun 2013, beliau mendalami ilmu theatre clowning daripada Aitor Basauri.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai Doktor Badut sejak tahun 2004.

Di samping itu, beliau juga terlibat dalam aktiviti menterjemah buku. Antara buku yang beliau terjemah ialah:

Kerja Amal[sunting | sunting sumber]

Selain daripada itu, beliau juga mengusahakan projek perpustakaan di rumah anak yatim sejak tahun 2008. Sehingga kini sebanyak 19 buah perpustakaan di rumah anak yatim sudah ditubuhkan di seluruh Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Doktor badut". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-18. Dicapai pada 2013-12-08.
  2. ^ Lupa sejenak kesakitan.
  3. ^ TheStar Clowning for Health. Capaian 18 Februari 2013
  4. ^ Leaving Microsoft to Change the World | Portal PTS Diarkibkan 2013-12-11 di Wayback Machine. Capaian 18 Februari 2013